2/27/2011

Tolong Aku Sedut Habis Nie Semua

Merempuh masuk blog aku bukan satu yang asing bagi korang, welcome2. Entah kenapa rasa malas meluap luap dalam body aku nie dah macam rasa nak kena satu rawatan terapi  jeer. dan masalah pemikiran yang kronik. Meh tolong aku sedut semua benda alah nie yang menjadi penghalang kesejahteraan diri aku skarang nie... (guna hampasgas)



  • Baru lepas balik kem Bina Insan Guru (BIG) dan Kejohanan Olaharaga Tahunan (KOT) - letih membabun kot.

  • Tahap kandungan oxygen (tak pandai ejaan dlm BM) dalam kepala pada tahap yang kritikal - aku mengantuk sepanjang hari.


  • Blog aku terbiar selama seminggu tanpa sebarang perkembangan yg terbaharu - aku masih tak ada mood dan tak idea yg bernas lagi bergeliga.


  • Kain baju masa berkemah aritu dah basuh tapi masih bau bangkai - nak buang sayang baju baharu tue.


  • Keadaan bilik masih normal tetapi padat dengan bebarang aku - perlu bantuan Eric Leong (Deco bersama Eric)


  • Kerja - kerja assignment masih suci dalam debu (tak mula buat lagi) - mungkin tunggu saat - saat terakhir kot (rajin tapi malas, cam ner tue ekkk??).


  • Sakit kepala masih berlarutan macam biasa (jap dia cucuk tang sana, jap dia cucuk tang sini) - aku terima sebagai satu ujiaan, tabahkan hati jeww lah.


  • Tengah membuat pelan tindakan untuk membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kat Lahat Datu (ghumah Farid) - aku tak ready lagi daaaa...


  • Masalah homesick masih ada dalam hati aku yang comel nie - Sabar bulan lima baru balik Melaka.


  • Masih menanti kemunculan video terbaharu BigBang Comeback 2011 (Korea) - Harap-harap gempak,gempak,gempak dan gempak.

Teknik-teknik mengemas:


Sediakan satu mesin penyedut hampasgas dan mula sedut habis semua benda kotor yang menghalang kepala otak aku berfikiran cerdas lagi cergas supaya boleh mengeluarkan idea yang cemerlang lagi terbilang.

Dah sedut habis semua, pas tu letakakan benda alah tue semua dalam tong-tong kitar semula mengikut kaler yang ada. Kaler Hijau untuk masalah yang simple mimple, kaler jingga untuk masalah yang separa kronik dan biru untuk malasah kronik (klu bolhe buang habis). hahahahhahaha. Selesai sudah, kini boleh hidup ngan aman lagi harmoni. lalalalalallalalalalalallala

P/S: Jangan biarkan diri korang diselubungi misteri malas fasa 5.  




   

Kesedapan terlarang episod 2

Seperti mana yang aku janjikan dulu nak postkan satu lagi kisah tentang kesedapan terlarang yang berlaku di asrama aku. Kali nie menunya ialah Nasi Goreng Huru Hara. Kenapa nama sebegitu rupa sebabnya masa memasak tue bilik aku jadi huru hara, haru biru, lintang pukang dan porak peranda. Nasi goreng nie pown bukan yang cam biasa kat umah yang selalu mak or kakak korang masak, nie spesial dari Cheif Tuuuu (tukang masak), yang mencampur adukan segala benda yang ada dalam nasi goreng dia. Ahaakssss.... malas nak cakap banyak korang tengoklah sendiri aksi-aksi terlarang nie.....


Berikut adalah step2 nak masak nasi goreng hura hara nie:


Bawang dipotong halus mulus...

Panaskan minyak..

Tumis bebawang tadi sampai ada bau-bau yew cik kiah...


Pas tu letak cili boh dan perasa secukup rasa maggi..

Gaulkan nasi sehingga sebati..

Taddaaa kan dah siap...

Pas makan nie kompom perut korangmengalamai sedikit huru hara, samaada kekenyangan melampau tak pun kekejangan sebab sedap senagat kot.

P/S: Berhati hati kalau nak makan sometings...

2/20/2011

B.I.G !!! besar mana tue????

Ahaks korang merempuh masuk lagi ek... Welcome2, jemputlah masuk jangan segan eh. 


[B.I.G]


Apa tue???


Ada kat mana-mana jerrr BIG...


kat depan laptop ada BIG....





kat dalam perem gambau pown ada gak BIG...





nak tido malam masih ada BIG.. kusut doe..





periuk nasi pon jadi tempat BIG berada..



senang citer BIG kini menghantui aku.. seram lak gitu..


Apa semua benda nie BIG sama BIG sini, tak senang duduk dibuatnya. Kalau korang nak tau BIG adalah singkatan Bina Insan Guru fasa dua  yang akan aku berkamping pada minggu depan selama empat hari tiga malam (ikut credit hours lah kn) kat Borneo Paradise Lahat Datu. Bebudak fasa satu telah pown balik ke kampus ngn selamat dah sihat walafiat gamaknya. Taniah buat korang semua yang berjaya menempuh semua yang berlaku kat sana tue. Dengar-dengar citer ada yang nak pergi lagi sebab diorang kata memang best giler ( boleh giler ke) dan rugi kalau sapa tak gie sana. Kalau nak tau gak BIG merupakan progaram akan menawarkan aktiviti yang mencabar ketahanan korang dari segi mental, fizikal, tahan dari nak memaki orang (means kena sabar),  kepantasan berfikir, kerja kumpulan dan macam-macam ada. Berdasarkan taklimat yang jumaat lepas aktiviti yang akan aku kena (cam terpakasa jer) dicampakan tengah laut (fuyoooh), kembara ( maaakk oit) berjalan malam ( ngeeeee), dan macam-macam agi. Pergggghhhhh, cam best jer tue semua tapi skarang perasaan aku bercampur baur, berdebar, teruja, dan bersemangat waja (walaupun tak banyak). Buat masa skarang nie aku belum lagi siap berkemas dan tak tengok lagi check list barang yang nak kena bawak nanti. Bukan aku malas atau tak bersemangat doe cuma nak siap kan buku progaram untuk sukan kampus next week gak lepas jer aku balik BIG nanti. Apa-apa pown mudah mudahan  semoga Allah akan mempermudahkan urusan aku sepanjang minggu nie.

'Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku' amin.....



Tak lupa gak, meh nak habak mai kat hang pa semua pasai blog yang aku nak kata tak baru tak gak aku teroka tapi blog nie memang best dan dia punya owner pown mesra dan baik hati. Kalau korang free meh luangkan masa sekejap meneroka di kerolezone dengan domo-kun nyer yang telah menjadi follower aku yang ke-24. Huwwyeaaahhh!!!!!.

Nampak gayanyer aku akan tak menghapdate blog nie semala seminggu, cuti lah kali nie. Rehat-rehatkan keyboard, tetikut, dan berukband dulu pas tue pulun semua....
P/S:
Kayuh perahu bersama sama,
Bermudik kita sampai ke muara ,
Pabila BIG tiba masanya,
Mari kita hadapi bersama sama...

2/19/2011

Green Day OF Saturday


 Green Day OF Saturday 

Hulllaaaaa Korang semua....

Tetiba jer aku hari mengedikan diri untuk kebun mengebun pada waktu tengahari tadi. Kerja kerja memindahkan anak pokok limau nie ke dalam pasu, niat sebenar nak menyelamatkan dia dari dicabut oleh pakcik pakcik cleaner nanti.  Proses yang merumitkan tapi best lah kot ( buhasan giler time nie mmg dah tak da keje lain).




Agak susah nak dicabut...


Akhirnya dapat kuar gak...

Pasu free cilok kat depan asrama..



Berjaya menyumbatkan nya dalam pasu...

Harap2 tumbuh ngn sihat lah gamaknya pas nie...

P/S: Berkebun lebih baik dr berFB...

2/17/2011

Kesedapan Terlarang (ada aku kesah ) episode 1

TERKEJUT KER?????






Terkejut tak per...



Jangan terKENTUT yurrp...



Takut ada BAU nanti...


Kesedapan terlarang merupakan salah satu kemestian yang harus di miliki oleh setiap pelajar tak kirallah korang duk kat asrama, hostel, kolej kemdiaman mahu pun rumah sewa. Kerjasama yang baik sangat diperlukan oleh setiap individu yang ada disekeliling korang. 


Apa Benda Kesedapan Terlarang tue???


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

Terlarang lah sangat...


Swiss Scallop meronta ronta dlm periuk...

Ketam celup minyak...



Sumpah time memasak tue dua tiga orang datang selepas menghidu bau Kesedapan Terlarang yang harum semerbak satu asrama. hahahahahhaha. Sorry tak leh citer banyak banyak sebab aku buzy sesangat nie. Tapi jangan lupa tuk scroll enteri Kesedapan Terlarang episode 2 pulak tau. 

P/S:
Mengait baju di ruang tamu,
duduk tersipul atas tikar mengkuang,
Kalau tuan sudah terbau bau,
Kalau nak tau, itulah kesedapan terlarang...

Kisah Outing Edisi Bas Mini

Salam manja MJ (malam jumaat) wat korang semua yang telah berjaya merempuh masuk blog aku nie.

Kali aku nak share pengalaman aku kuar outing ke bandar dengan menaiki Bas Mini TAPI bentuk dia mmg ianya merupakan sebiijik van. Bas nie memang merupakan salah satu element trasportation yang ada di Tawau nie. Memang dah lama giler aku tak naik bas nie tuk gi bandar ( masa tue jadi jakun balik) sebab pas abis sem satu masa foundation dulu terus aku ngan kekawan aku sewa kete tuk gi bandar atau tempat lain. 

Kenapa perlu naik Bas Mini nie....
  • Menjimatkan sen $,  berkoskan RM 10 utk tambang gi dan balik. Kalau sewa kete kos belanja tue akan berlebih-lebih.
  • Lebih cepat sampai dan selamat, ni disebabkan derebar van nie semua dilatih dan terlatih memandu secara berkhemah yerp.
  • Senang dan mudah berurusan, telepon jer dereba bas tue cakap kat mana dan bila masa, kompom2 korang dijemput ambil.
  • Sebagai alternatif lain pabila kete sewa kat kampus penuh dibooking. 
Tips bila naik Bas Mini nie....
  • Pastikan kaki korang sehat walafiat sebelum nak tawaf satu bandar. Sebab korang kena menapak kat bandar dengan menggunakan kaki yang ada. Siyes kaki korang akan kebas-kebas bila balik nanti.
  • Pilih tempat duduk yang strategik, seat yang paling belakang sekali dan di hujung atau tempat yang tak memerlukan korang bergerak bila ada orang lain nak kuar masuk bas.
  • Pilih tempat yang ade tempat yang korang boleh letak kaki supaya tak terasa gegaran enjin bas tue.
Kaki kaku
 
Bestnnya naik Bas Mini nie..
  • Boleh bukak tingkap leluas sebab bas tue tak de penghawa dingin.
  • Boleh merasakan kemeriahan outing reramai, rombongan dengan kelas mate.
  • Boleh tido dalam bas dan tak terasa letih.
Separa sewel dok sedut angin...

Kurengnye pabila naik Bas Mini nie...
  • Terpakasa dok berhimpit himpit bila dah ramai orang.
  • Kena tahan panas bila hujan sebab tak de aircond.
  • Tak leh nak menapak jauh jauh lenguh kepala lutut nak jalan jauh.
Fully bas..

Pekara yg annoying bila naik Bas Mini nie..

Aku rasa bukan aku sahaja yang wat benda nie tapi semua bebudak maktab juga wat benda yang sama - ' Bila mula-mula naik bas, mulalah korang akan duk bising macam ayam nak bertelur duk berciter antara satu sama lain tapi bila dah dua tiga selekoh mulalah korang duk senyam dan ada yang dah tersengguk-sengguk. Dan seterusnya korang akan duk senyap ketiduran dalam bas tue'. BETUL kan apa yang cakap nie...

Hahahaha, apa pown chill and relaks lah kan... memang naik bas semalam mengimbau kembali jaman aku masa mula-mula datang kat Tawau nie. Masa tue tiap tiap kali nak ke bandar tue lah trasport yang kitaorang selalu naik. Skrang nie dah jarang naik sebab duk sewa kete sebab dah ade lesen dan nak beli barang banyak.

P/S:
Ikan kaloi renang-renang girang,
Berenang riang  dalam kolam ikan,
kenangan lama jangan dibuanag,
Biar duk segar dlm ingatan..



2/16/2011

TimeLESS

Assaalamuaikum and happy carzy wednesday buat pembaca yang sudi menjengok belog aku yang tak seberapa nak best nie( merendah diri lak tue). Apa-apa pown jutaaan BILLION terima kasih wat korang yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam penglibtan aku dalam dunia blogger. Tak tahu kenapa sejak dua menjak nie aku dah  terinspirasi pulak nak mengupdate blog dengan lebih kerap mengerap. Pada nie mulalah  datangnya idea yang mencurah-curah kat dalam kepala hotak dah kesepuluh puluh  jari jemari nie gemar pulak  menghentak-hentak  papan kekunci komputer dengan penuh semangat waja (berkhidmat demi negara konon). For U all informatin maybeee lepas nie kerja-kerja megupdate akan berkurang disebabkan kesebukkan akan menlanda dalam tempoh yang terdekat. Kehidupan normal aku akan terganggu, kekusutan minda berlaku, ketidakseimbanga mental terjadi, dan keletihan tubuh akan kelihatan. Berikut adalah check list pekara yang sure dan siyes akan aku lakukan dalam bulan dua nie.

Aktiviti kecut perut sepanjang bulan nie:
  • Selaku pemegang jawatan setiausaha kelas (macam aku rajin buat keje2 kerani) kena siapkan paper work lawatan pemerhatian pada bulan tiga nanti.Tergeliat jari aku nak menaip paper work nak kasi tunjuk sama pengarah.
  • Kampus bakal mengadakan Sukan Kampus yang kali entah keberapa, memang terpaksa memaksa terpilih dan dipilh menjadi AJK ( Ahli Jana Kuasa) seksyen buku program, sah-sah kena pulak dah buat buku program semasa sokan nanti. Apa-apa pun Majulah Sukan utk Negara.
  • Pak cik kena gie BIG (Bina Insan Guru-nak jadi cekgu katakan) perkhemahan di Borneo Paradise kat Lost Had Datu (lahat datu) selama empat hari tiga malam (mengikut package yang disarankan). Pas nie kulit bakal bertukar menjadi bontot periuk kena sunbrun.
  • Kehadiran dan kemunculan kembali assignment2 kejam yang menjerut kepala otak dan mental bakal menghantui hidup, tak senang duduk dibuatnya. Needs maid from Korea boleh????  
Aku memang suka wat keje lebih2 nie, Bawah sikit dr Menteri Besau dan atas skit dari Kerani Opis Skolah.

Rasa-rasanya tue sahaja aktiviti yang mampu buat aku mendaftar masuk rumah orang tua2 ( tempat yang menenagkan jiwa). Aku harapkan semua kebuzy an tue berjalan ke merangkak ke or mengengsot dengan lancar bukannya lancau serta apa yang aku buat semua nie adalah demi kebaikan dan pengalaman aku dalam kehidupan nie yang penuh dengan pacaroba. Lastly kehidupan kat sini dah mula menjadi kusut disebabkan dah tiga hari tak ada air. Buat masa skarang tandas merupakan tempat paling seram untuk membuat lawatan sambil belajar. Sumpah seh bau kandang kuda lagi wangi doe, agaq agaq lah kan bila lah masalah ayer akan berakhir. Kadang-kandang tu nak mandi pagi pun takde mood dah. Siyes bai mana puas mandi ngn ayer sebaldi. Malas nak cter panjang lebau nanti kompom korang buhasan nak dengar aku dok merepek bukan-bukan. Aku skrang nie tengah mengalami masalah besau nak tau pebenda masalahnya, korang kena baca enteri aku seterusnya 'Misteri katil berpuaka'.

p/s:
Dua tiga cicak berlari,
mana nak sama mak cik Bedah,
dua tiga boleh aku hadap,
klu dah blambak awal2 aku belah. 

Peace No Stress :)

2/15/2011

Menikahlah dengan ku



sekian lama kita bersama arungi lautan asmara
tak pernah henti untuk selalu mencintai
berdua kita jalani kisah cinta yang penuh cerita

suka dan duka telah lalui bersama



 aku sayang kamu, aku cinta kamu
bersandarlah di pelukku dan janganlah engkau ragu
ku kan selalu menjagamu hingga di ujung waktumu sayang

tataplah mataku dengarkanlah bibirku bicara
terucap satu janji tuk mengikat kita selamanya
hanya satu pintaku menikahlah denganku
 aku sayang kamu, aku cinta kamu
bersandarlah di pelukku dan janganlah engkau ragu
ku kan selalu menjagamu hingga di hujung waktumu sayang

tataplah mataku dengarkanlah bibirku bicara
terucap satu janji tuk mengikat kita selamanya
hanya satu pintaku menikahlah denganku
sayang.......




Just like star in bottle









video

p/s: Jom kita tengok bintang malam nie, dok kira baper banyak bintang yang ade kat langit.

2/13/2011

Belek out lagi.. kesah aku dibuatnya!!!!

Asaalamuaikum and happy crazy sunday to all my readers i hope u all in pink of health.

Tariiiiiikkkk nafas dalam-dalam....
Hembusssssss nafas bagi habis.....
Ulang sampai banyak2 kali...

Itu lah akitiviti yang boleh dilakukan buat masa saat dan ketika ini iaitu semasa bekalan elektrik terputus lagi doe. Nasib  baik cuaca hari ini bervariasi waktu pagi panas cam biasa, menjelang tengahhari sikit hujan lebih mencurah-curah ke ladang sawit, pop jadilah minyak sawit seri murni (melalut jer lebih) dan petang ini pulak suasana menjadi suam-suam kuku, cam ner leh jadi tue. Cuaca mendung sejuk kan pas tue panasnya sebab kipas tak berputar (blackout) kesah (ketiak basah) aku dibuatnya sekarang. TAPI nak bagi kredit kat Jaid kerana ke baikan anda membuat aku senang hati sekarang ini. Thanks for delicious and marvelous cocktail yang diberikan oleh Jaid (jiran bilik).   

Makan sorang2 malas nak ajak bdk sbelah join...
p/s: 
Hujung minggu tanam pokok Melaka ,
pokok Melaka menghias laman,
klu tuan dah berhati mulia,
terima kasih ku ucapakan.

2/11/2011

saat dan ketika itu

Takala aku berada di bawah kelengkang pelangi petang,

disaat itu aku melihat awan kelabu mengheret kali berlalu pergi,

disaat itu sang mentari pula mula tuduk bersembunyi disebalik awan gemuk,

disaat itu bayu bertiup semput datangnya bersama ombak malas menghempas pantai,

disaat itu sang kodok hijau berkaraoke girang menyambut kedatangannya,

disaat itu kedengaran anak kambing polka dot lari bertempiran sambil mengembek bersahut-sahutan,

disaat itu dedaun berguguran pohon lalu berterbang bebas dismash  angin,

disaat itu kelihatan kolek-kolek di muara sungai terumbang ambing disergah ombak,

disaat itu anak ketam bersipul-sipul meniru gaya emaknya berjalan cat walk,

sesungguhnya aku merindui saat itu.......



P/s: rindu sesangat dengan suasana cam gini.

Takala Cengkerek Bergosip....

Dahi aku yang sedikt dongga sejak dari tadi tak berhenti-henti berkerut dah macam Albert Einstein. Namun aku bukanlah pemikir yang hebat cam beliau yang yang duapuluhempat jam ligat memikirkan sesuatu yang boleh dijadikan bahan kajian tetapi dahi aku berkerut kerana memikirkan sesuatu yang belum beres. Meskin pun aku cuba melelapkan mata tetapi fikiran aku rungsing memikirkannya , klu nak tahu aku dah hampir tigapuluh minit duk berlingkau atas katil dengan niat mahu melupakan pekara itu dengan melelapkan mata seketika. Malangnya organ-organ deria serta hormon aku masih lagi membuat desakkan tanpa henti. Mendesak dengan keras seperti sesuatu pakataan yang mendesak agar tuntutan mereka ditunaikan. Arrgghhhh, aku bagaikan sudah mula hilang pertimbangan yang waras. Ikutkan rasa hati dah malas nak layan persaan ini namun nak buat macam mana tarikan dan desakkan membuatkan aku bangkit dari katil lalu aku........................................................................................... bersama ditemani oleh bebunyi cengkerik yang tak habis-habis duk mengumpat secara bersahut-sahutan kedenganran dari luar bilik aku....... Apa yang sebenarnya yang dah terjadi????????

Aku jadi Zomba Lapar ditengah malam

Grraaaaaaaaggaaaa...Nak Makan Budak berIQ Tinggi sahaja...


Edisi Terjah Bermula...

Persoalan utama, mengapakah aku jadi begitu?


Perut aku mengedik lapar walaupun dah melantak lepas isyak tadi.


Apa jer yang Zomba Lapau dapat selongkar supaya menghilangkan ketagihan makan tak ingat dunia?

Auntie Rossie kaya sebab dia jual kaya kaler emas....

Roti disalputi kaya membuat zomba senang hati... hahahahahaha :)

Persediaan awal kalau tercekek sebab makan dengan lahap...

Apakah perasaan selepas melantak?

Perasaanya macam nie, "Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan  minuman kepada kami, dan yang telah menjadikan kami orang-orang muslim." Ini bermakan aku dah kenyang pas nie boleh tido balik. hahahahahaha nampak sangat tak mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Sebelum tue mari layan dulu video nie sampai jadi separa koma.. ZzzzzzZZZZzzzzZzZZZ...... jumpa lagi buddy n nite korang, Asssalamuaikum.






p/s:
Kura-kura merentas desa 
malam lusa baru tiba 
kalau hati dah meminta
janganlah lagi duk tunda-tunda..