10/12/2013

Rindu

Ribut 
Mesti ada angin.
Biar kencang baru sebut ribut.

Hujan.
Mesti ada air.
Biar basah baru sebut hujan.

Petir.
Mesti ada kilat.
Biar meletop baru sebut petir.

Rindu?
Mesti ada rasa.
Biar merana baru sebut RINDU. 


10/11/2013

Longest Non Stop Macro Teaching Session in Malaysia 2013: My Part.

Assalamuaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah. Salam sayang semua.


Woah tajuk nak gempak siap nak ada long longer longest bagai. Eh ini benda betul ni, aku serius kali ini. Sekarang sedang dan masih lagi berlangsung proses menjayakan projek mega yang dianjurkan oleh kampus aku pada tahun ini. Entah mimpi apa entah diorang nak buat projek mencipta cabaran  'Longest Non Stop Macro Teching Session in Malaysia 2013 dan siap masuk Malaysia Book of Records (MBR) tahun nie.

Projek cabaran melaksanakan pengajaran makro 182 Jam tanpa henti yang, lebih kurang dalam tempoh 9 hari 8 malam gitue. Bermula pada 4 Okt jam 8 pagi sehingga 11 Okt 2013 10 malam. 

Pengajaran makro ini adalah secara bergilir-gilir. Ada group masing-masing dan giliran mengajar mengikut kumpulan dan jadual. Bila turn aku?

Turn aku dah habis pun. Semalam awal pagi Rabu. 


Giliran aku pada waktu selepas subuh jam 6 sehingga 7 pagi selama 60 minit. Tapi nak juga bagi tahu yang aku terpaksa terpacak dekat set makro seawal jam 4 pagi sbb ahli kumpulan aku seramai 7 orang dan waktu bermula mengajar bagi group aku seawal jam 5 pagi. Sumpah mata masa tue kecil daripada mata yang dah lama celik. *pesen mata kecik 




Selepas 8 jam duduk dalam set makro (kematue dan kebas-kebas kaki) akhirnya aku melaksanakan tugas sebagai peserta. Pada awal sesi pengajaran jam 6 pagi itu agak gementar sedikit tapi lepaih masuk ke arena pertempuran terus bertukar watak dan perasaan. Jadi Sir yang bersemangat dan banyak cakap. hahahahaha.


Member group B. 

Bergambar di awal pagi ada senyuman paling sweet orang kata sbb muka masih fresh nak senyum.

Walaupun selepas 8 jam senyuman masih lagi sweet sbb dah shift kami HABIS!!!! 

Dan malam ini merupakan malam kemuncak dimana tepat jam 10 malam akan berakhirnya makorthon yang akan disempurnakan oleh Farid Idrus. Doakan kejayaan kami semua. 



* Dalam 22 tahun punya kenangan ada setahun ia milik kamu: Kenangan aku dan kamu. :)

10/10/2013

Sempurna

Assalamuaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah. Salam sayang semua.

Hidup.
Ramai orang kata...
Hidup kita tak sempurna.
Memanglah tak sempurna.
TAPI...
Mencari kesempurnaan itukan harus bagi manusia.
Apalah guna dikurniakan akal dan kudrat
kalau hanya terima sesuatu itu bulat-bulat.
Wake up man you got to do something better and the best for the future.
Move ur lazzy fat ass.
Bangkit dari lamunan khayalan duniawi.
Gunakan akal dan dipadukan oleh tenaga badan. 
Biar nampak poyo
Biar nampak rakus
Biar nampak tamak lahoba
Biar nampak gila
Asalkan
AKU
ihklas melakukanya.

9/29/2013

Tenaga Malam

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah. Salam sayang semua.
For the right now i am struggling to finish up all my project and hopefully can make the best coursework in this year so i can get better result soon, insyallah (grammar bersepah).
Tengok atas. CC Syukur rejeki di malam hari LIVITA with TONGKAT ALI giteww. Ada orang bagi kiteww. Tau tau jer kita perlu tenaga lebih malam ini. Tenaga nak siapkan tugasan. Jangan fikir bukan bukan eh. I tak buat benda bukan bukan. Harap harap tak meroyan malam ni.hewhewhew (gelak minta kaki) Kbai.

9/23/2013

Dilarang bodoh.

Entah demi apa dan untuk siapa aku pun tak pasti. 
salah siapa dan siapa benar bukan persoalannya.
Mungkin ada nuraka untok mereka yang mungkir janji.
Bisik hati mencadangkan, kita berdua mati malam ini.
Dilarang bodoh.
Its so sick.

Se Ikhlas hati


First day masuk kuliah semula after dua bulan praktikal.
Today is not my luck day. Watlek sudah dan buat kerja se ikhlas hati * pesan ibu dan abah. 

9/15/2013

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.


Selamat Hari Malaysia.

Konspirasi Hidup

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah.


Hidup perlu diteruskan walaupun beribu puluh-ribu ratus-ribu halangan yang terpaksa dilanggar lari. Senyuman semanis gula perlis perlu ditabur walaupun kepala duk serabut menyusun langkah. Berkata-kata seperti biasa biar indah biar gembira biar kencang takala kelat rasa liur membasah tekak takala hati gundah gulana. 

 Setiap hari mereka mahu sempurna kadang-kadang dunia perlukan hari yang santai juga. Ku menantikan nya.