11/09/2012

Hari terakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua.

Hari ini merupakan hari terakhir semester bagi tahun 2012. Ini bermakna berakhirlah Sem 2 Tahun 2 perjalanan aku dalam menjadi pelajar di IPG ini. Fuuuuuh nafas lega dapat dihelakan dan kini aku bersemangat untuk bercuti di rumah yang dirindui termasuklah orang yang dalam rumah tue sendiri.

Dalam Hati ada Taman, Dalam Taman ada Bunga 



Esok pagi  baru aku bergegas balik sebab warrant tiket yang diberikan telah menetapkan tarikh penerbangan bersama Air Asia pada 10.11.12. Aaaaaaaaa chantek betul tarikh yang diberikan.  Saat dan ketika ini aku tengah......




Mengira waktu........

11/05/2012

Kertas




(˘◦◦┐˘) Releks dulu ada empat hari lagi untuk pulang kembali ke pangguan keluarga terchenta. Perasan sekarang ini boleh digambarkan macam bunga kertas dekat atas ini. Macam gitulah perasaan bila sudah nak cuti semester dan dapat jumpa kembali keluarga di seberang Laut China Selatan  (˘ʃƪ˘).. Sekarang ini tinggal satu lagi kertas peperiksaan yang perlu ditemu duga oleh aku sebelum tamat sem ini. Habis sudah satu sem, "(`-`) (._. ) (· - ·) ( ._.) ( ' -')"  cepat tak cepat masa berlalu. 

............... (˘o˘). Mengantuk arr pagi penat menjawab kertas pkp3108 td , tidur dulu kabai.


10/28/2012

Pecutan Terakhir

Kini tiba masanya.

Tiba masanya aku bertindak.

Langkah semakin pantas.

Namun godaan datang menyelubungi nafsu.






Arggggh persetankan semua itu.

Fokus pada yang utama pada Pecutan Terakhir.

# Wish me luck for exam this final semester.

# Must call or texting my mom to gets her blessing before tomorrow exam :).

# Make sure take care of my health for this two week.

# Study smart not so hard.

Jika punya keinginan dan keazaman yang tinggi jangan lenturkan. Terus berusaha. Suatu hari kau akan senyum gembira.

" Wahai tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasa, ketakutan, kekikiran, kegundahan dan dari azab kubur".

10/27/2012

D

Huruf 'd' untuk:

- dada
- dadu
- daki
- dagu
- dahi
- daif
- daki
- duka
- datuk
- dapur
- dasar
- dakap
- dedak
- dulang
- daging
- dilema
- DISKRIMINASI

10/26/2012

Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Korban buat semua kenalan. Semangat beraya meskipun di tempat orang. Entah kali yang keberapa entah. Perasaan nak pulang membuak-buak sebab tengah mengidam makan sate. Tak pe tak pe fokus pada yang perlu. Biar selesai baru terbang pulang. Selamat hari raya. Adios. 

9/27/2012

Berongsang


Mungkin cara aku ini disilap disilap tafsir olehnya. Bukan niat dihati hendak menguris hati dan perasaan orang. Bukan sifatku yang suka memberongsang terhadap orang lain. Hanya satu jadi petanda dalam hidup aku ini. Paling tidak suka dimarahi oleh orang lain jika berlaku maka akan dibenci orang itu seumur hidup ku ini. Oleh itu, agak sukar untuk aku untuk memarahi sesorang tanpa sebab kerana aku tak nak dibenci orang. Kedamaian dan ketenagan menjadi pilihan hati bukannya uring-uring dan kekacauan.

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

*bersongsang = marah-marah, meradang, memanas.
*uring-uringan = marah

9/26/2012

Kejanggalan

Aku akan

Canggung

Kekok

Awkward

# Bila mula-mula jumpa orang yang baru kita kenal.

# Bila mula-mula nak mula benda yang betul betul baharu dalam hidup aku.

# Bila bertembung dengan crush yang selalu kita usya dari jauh.

# Bila disoalkan soalan yang agak sukar untuk dijawab oleh aku, akan aku kelentong mereka.

# Bila orang bercakap dengan aku tetapi aku tak dengar, sumpah aku awkward takut tersalah    cakap.

# Bila orang yang kita kenal buat tak tahu dengan kita. Siapalah diri ini nak berkawan dengan dia.

# Bila kawan kolej yang selalu duk main tweet atau komen dekat blog tapi bila bersemuka senyap membisu macam tak kenal.

* Hidup ini penuh dengan perasaan kejanggalan. Tanpa perasaan ini siapalah kita sebagai manusia biasa.

9/16/2012

Masih ada semangat

Assalamuaikum dan Selamat Hari Malaysia.

Entah kenapa hati ini tergerak untuk buka blog sendiri.
Bila tengok semula lama sangat tak menaip sesuatu dekat blog sendiri.
Rasa rindu nak menaip pun datang tak diundang.
Itu maknanya 'Masih ada Semangat Lagi'.

Upload muka toyer
 Kbai