2/11/2011

Takala Cengkerek Bergosip....

Dahi aku yang sedikt dongga sejak dari tadi tak berhenti-henti berkerut dah macam Albert Einstein. Namun aku bukanlah pemikir yang hebat cam beliau yang yang duapuluhempat jam ligat memikirkan sesuatu yang boleh dijadikan bahan kajian tetapi dahi aku berkerut kerana memikirkan sesuatu yang belum beres. Meskin pun aku cuba melelapkan mata tetapi fikiran aku rungsing memikirkannya , klu nak tahu aku dah hampir tigapuluh minit duk berlingkau atas katil dengan niat mahu melupakan pekara itu dengan melelapkan mata seketika. Malangnya organ-organ deria serta hormon aku masih lagi membuat desakkan tanpa henti. Mendesak dengan keras seperti sesuatu pakataan yang mendesak agar tuntutan mereka ditunaikan. Arrgghhhh, aku bagaikan sudah mula hilang pertimbangan yang waras. Ikutkan rasa hati dah malas nak layan persaan ini namun nak buat macam mana tarikan dan desakkan membuatkan aku bangkit dari katil lalu aku........................................................................................... bersama ditemani oleh bebunyi cengkerik yang tak habis-habis duk mengumpat secara bersahut-sahutan kedenganran dari luar bilik aku....... Apa yang sebenarnya yang dah terjadi????????

Aku jadi Zomba Lapar ditengah malam

Grraaaaaaaaggaaaa...Nak Makan Budak berIQ Tinggi sahaja...


Edisi Terjah Bermula...

Persoalan utama, mengapakah aku jadi begitu?


Perut aku mengedik lapar walaupun dah melantak lepas isyak tadi.


Apa jer yang Zomba Lapau dapat selongkar supaya menghilangkan ketagihan makan tak ingat dunia?

Auntie Rossie kaya sebab dia jual kaya kaler emas....

Roti disalputi kaya membuat zomba senang hati... hahahahahaha :)

Persediaan awal kalau tercekek sebab makan dengan lahap...

Apakah perasaan selepas melantak?

Perasaanya macam nie, "Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan  minuman kepada kami, dan yang telah menjadikan kami orang-orang muslim." Ini bermakan aku dah kenyang pas nie boleh tido balik. hahahahahaha nampak sangat tak mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Sebelum tue mari layan dulu video nie sampai jadi separa koma.. ZzzzzzZZZZzzzzZzZZZ...... jumpa lagi buddy n nite korang, Asssalamuaikum.






p/s:
Kura-kura merentas desa 
malam lusa baru tiba 
kalau hati dah meminta
janganlah lagi duk tunda-tunda..



No comments: