3/16/2011

Dihimpit, dihempap, dipenyet bukan kes sleep paralysis

Assalamuaikum dan happy holiday kepada mereka-mereka yang sedang bercuti.
First sekali nak cakap Salam Takziah kepada penduduk Jepun yang kini sedang dalam suasana darurat ekoran kejadiaan Gempa Bumi, Tsunami, dan Letupan Loji Nuklear. Kejadiaan ini semua adalah ketentuaan dan kehendak-Nya, oleh itu marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling kita.

Owkey, bebalik kepada tajuk entri ini yang agak dramatik sikit. Sebenarnya sekarang ini aku sedang bercuti pertengahan semester selama seminggu dan aku berpeluang keluar dari kampus meskipun tak pulang ke Tanah Melayu. Kali ini seperti post yang lepas aku sekarang jauh menapak kat Lahat Datu kat ghumah kawan aku budak opsyen Pengajian Sosial. Tujuan aku menapakan diri kat sini adalah untuk persiapan awal nak gi observe sekolah pada minggu depan. Weh, kalau korang nak tahu yang aku nie dah lama tak masuk sekolah rendah selepas abis UPSR. Memang aku berasa agak kekok nak masuk sekolah balik tapi kemasukan aku kat sekolah rendah bukanlah sebagai title murid baru. Agak-agaklah muka dah macam bapak budak dengan muka berjanggut sejemput kena pakai uniform budak sekolah rendah sambil pegang botol air yang dalam dia ada straw. Ngeeeeeee tak main lah. Kali ini agak berbeza sangat sebab aku masuk sekolah balik sebagai 'seorang jejaka yang bergelar guru or cikgu yang handsome lagi berkaliber'. Statement angkat bakul sendiri dan mampu buat korang muntah hjiau. HAHAHAHAHAH, ada aku kesah. Apa yang aku berharap sekarang ni adalah semua proses dan perjalanan sepanjang minggu depan berlaku dengan mudah dan jayanya. Aku nak curik ambil semua benda yang boleh dijadikan sebagai ilmu dan panduan sebagai seorang cikgu kelak.



Masalah yang kronik sehingga aku terasa Dihimpit, Dihempap dan Dipenyet disebabkan oleh bebanan 'Tugasan' yang telah ditapaukan dibekalkan oleh pensyarah-pensyarah yang sungguh berhati mulia dan baik sesangat (gaya sentap). Buka satu dua tapi lapan sekali gus nak kena buat. Seteresnya aku dibuatnya, ini semua gara-gara adanya observation kat sekolah minggu depan. Macam-macam cikgu handsome nak kena buat bukan sahaja ada kena mengena dengan assignment tapi nak kena tengok bebudak sekolah, kena interview cikgu-cikgu lagi, nak kena wat report, kena lukis pelan sekolah lagi (nasib baik sekolah tue kecik kalau tak jenuh aku nak melukis pelan) dan banyak lagi lah. Nah ambik ko, adusss sapa suh nak sangat jadi cikgu. Tak pe, adat belajar lakh kata kan. Kita buat selow slow yang penting isinya tue. Apa-apa pun percayalah apa orang melayu pernah kata ' usaha itu tangga kejayaan' tau 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudiaan'. Betul tak korang? 



 p/s: Sorry tak dapat upload gamabau yang mengiburkan korang sebab internet lembab kalah siput vavi.




No comments: