2/09/2012

Tak Lari Dari Kenyataan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tak lari dari kenyataan atau sebaliknya. Kenyataan atau realiti kehidupan sebagai seorang pelajar yang menetap di kampus yang jauhnya dari pikuk kota raya.  Damainya bukan kepalang samapai ada yang tidak mahu lari dari kenyataan ini. Guwa juga tak lari dari kenyataan kehidupan guwa kat sini sebagai seorang student....


Lima hari seminggu dari jam 7 pagi  sehingga 1 tengahari guwa berada dalam bilik kuliah memunggah segala data dan maklumat ke dalam otak ini, kadang-kadang terpaksa guna google nak dapatkan extra knowledge. Hari-hari mengadap muka kelasmate yang kadang-kadang rasa nak cucuk guna pen kat lubang idung diorang, baru nampak friendly relationship yang utuh, tapi tak boleh kang tak pasal pasal kena belasah secara berjemaah. 

Hidup dalam habuk? Kenyataan yang benar takala guwa sendiri tak tahu mana datangnya partikel partikel halus ini yang memenuhi ruang hidup guwa. Yang jelas lagi nyata guwa memang malas nak kemas bilik huahuahua.


Gigih mengayuh basikal fixie biasa meskipun kepala lutut terketar ketar menahan lapar. Tak ada pilihan lain melainkan bessikal pemberian abah yang menjadi pengangkutan yang mampu membawa badan ini ke kedai makan kat luar kalau kafe gagal memberikan serbis yang terbaik kepada student , apa taknya hari hari sayur kubis, sat lagi guwa pakai baju kubis sebagai tanda protes.

Meja belajar sentiasa penuh dengan kertas surat saman parking , surat dari peminat peminat guwa, dan kertas resepi masak nasi guna rice cooker jenama pensonic. Okay guwa tipu, semestinya atas meja belajar penuh dengan kerja tugasan tutorial bila menjelang due date. Printer guwa akan beroperasi dengan bunyi bunyi yang menyakitkan telinga. Sumpah guwa akan jadi kerani bila malam menjelama, busy skit.


Tak lari dari kenyataan ini, guwa kini ketagih dengan laman so sial ini . Menurut kata Selina Gemas " Twitter diibaratkan kurap, lagi digaru lagi sedap, lagi banyak twitt lagi lagi masyuk  dan sebab twiiter i jadi pames". Menurut kata guwa pulak " Bertwitter sambil buat kerja tidak akan menjejaskan kualiti kerja malah menjadi lebih ohsome"hahahahah,. Nak caya ke tidak, lantak ko lah. Sesungguhnya guwa hanya pelajar biasanya yang turut bersaing dengan mereka mereka untuk menjadi insan yang sempurna. Sengala dugaan yang dihadapi guwa terima dengan redha dan berusaha untuk memperbaiki diri ini.  Tak akan lari dari kenyataan ini.

Apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca nukilan yang tak seberapa ini.

1 comment:

Daydenn said...

ehh babeh. nak cucuk pakai pen? :P haha. semoga lebih bersemangat lagi kita bljr utk mnjadi cikgu yang berpointer tggi dan tidak alpa utk mengingat rakan2 psl study ini. teehee... twitter tidak addict okay? dan tidak buat sakit hati. peace!