Hai hai hai hai ((ง •̀_•́)ง semangat sungguh)
Kali ini aku nak kongsi sesuatu yang harus dikongsikan sesuatu bagi kebaikan bersama. Kerana bagi aku adalah lebih bagi membantu kepada mereka yang juga sama-sama mengalami masalah yang sama dengan kongsi pengalaman.
Adakah anda tahu penyakit psoriasis? emmmmmmmm baiklah let me terangkan apa itu psoriasis. Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit biasa yang yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan lebih cepat pada permukaam kulit dan akan menyebabkan pembentukan sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulakn rasa sakit yang berlarutan.
Dalam erti kata lain, sel kulit kita (psoriasis) jenis yang lebih cepat tubuh berbanding sel kulit yang normal. Biasanya sel kulit manusia biasa akan tumbuh dalam tempoh 2-3 minggu tapi mereka yang mengalami psoriasis sel kulit akan tumbuh dalam masa 2-3 hari sahaja. Penyakit ini bukan penyakit berjangkit.
Oleh kerana penyakit ini tidak boleh sembuh (jangan risau) ianya boleh dikawal secara rawatan secara berpanjangan. So, pesakit kenalah.........
1) Kena jaga pemakanan.
Elakan dari makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan boleh berlaku pada anda seperti Makanan Laut. Memang sedap kalau dapat makanan laut tapi kena ingat kesanya pada pesakit akan menyebabkan kegatalan dan menyebabkan kulit menjadi luka dan kemerah merahan. Makanlah makanan yang dikata baik untuk kesihatan
2) Digalakan sukan tetapi biar bersih.
Pesakit digalakan bersukan bagi mengurangkan tekanan dan menyihatkan badan tetapi jangan biarkan peluh menjadi punca kepada kegatalan dan ruam. Kalau boleh lepas main bersukan tue pergilah bersih bersihkan badan. Biar wangi semula.
3) Berjemurlah.
Mendapatkan cahaya matahari yang cukup pada waktu pagi sangat-sangat membantu pesakit mendapatkan vitamin dari cahaya matahari (baik untuk kulit). Ingat!!! waktu pagi bukannya tengah hari. Kalau korang duk berjemur tengah hari itu cari masalah namanya.
4) Give some air and space for your skin.
Bagi ruang pengudaraan yang baik bagi kulit bagi mengelakan peluh yang terperap dan menyukarkan mendapat cahaya kena pada kulit. Senang skit kulit tue nak bernafas.
5) Pakai pelembab atau krim
Bagi mengekalkan kelembapan kulit, disarankan untuk menggunakan krim pelembab atau krim berasaskan coal tar (arang) atau kortison yang disarankan oleh doktor. Make sure dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar kulit bagi menentukan tahap keseriusan penyakit dan kaedah rawatan yang terbaik bagi mengatasi masalah anda.
6) Bebaskan diri anda dari TEKANAN.
Stress dan tekanan adalah salah satu pemangkin atau penggalak kepada berlakunya psoriasis. Hipotesisnya senang jer, semakin ada stress semakin banyak psoriasis tumbuh. Maka korang kena pilih cara hidup paling sihat dan kalau tekanan itu cepat cepat pergi happy-happykan diri anda dengan cara tersendiri.
Need more information dapat rajin-rajinlah pergi page ini Psoriasis Association Malaysia
Kenapa eh !!!! tetiba aku nak tulis pasal psoriasis nie. Dah nak jadi doktor ke? Tak ada lah, sebenarnya aku juga merupakan salah satu insan yang dikurniakan dengan dugaan ini. Dah lama rasanya hidup dengan psoriasis kalau tak silap dari sekolah menengah lagi. Tempat paling worst sekali dekat bahagian kepala. Kesannya ada unsur-unsur kelemumur disitu. Ekceli itu bukan kelemumur tetapi adalah sel kulit kepala yang tumbuh dengan pantasnya.
Hahahah, pantas tak pantas dia tumbuh. Walaubagaimana pun usaha untuk menyembuhkannya tidak pernah putus dalam hidup ini sebab aku percaya dengan ini " Setiap penyakit ada penawarnya".
Kalau nak tahu sekarang nie aku ambil 4life Transfer Factor sebagai supplement yang membantu mengurangakn masalah psoriasis ini. Allahamdulilah dengan 4life Transer Factor ini telah mampu mengurangkan penyakit ini. Kalau dulu dalam kategori agak teruk kini dalam keadaan sederhana. 4life dapat membantu menyokong sistem imun badan kita.
Kalau dulu aku setiap bulan pergi klinik dan buat rawatan dengan doktor. Setiap kali itulah aku akan diberi injection bagi mengurangkan rasa gatal dan kemerahan kulit. TAPI lepas mengambil 4lfe (atas saranan doktor aku juga) aku dah tak pergi jumpa doktor sebab aku takut ada side effect dari injection yang diberi. Resdung yang ada pun dah berkurangan. Siyes ini. Muka pun tak ada jerawat dan bertambah comel macam Kak Ton. Betul tak Kak Ton. hehehehe peace.
Beprosalic lotion bagus untuk mengurangkan kepingan-kepingan sisik dan kemerahan kulit. Memang berkesan, cuma kena kerap gunalah, once berhenti seketika ada balik.
Disini bukannya nak promot produk-produk berkenan cuma hanya untuk berkongsi pengalam an menggunakan itu semua. Sharing is Caring bukan. Kepada mereka yang nak mencuba itu tak salah pun, yang penting kita ada usaha untuk merawat penyakit ini. Okaylah aku berharap apa yang bagi ini dapat sedikt sebanyak dapat membantu mereka yang mempunyai rasa yang sama aku. Usahlah rasa tekanan sangat dan sedih dengan apa yang menimpa kita. Ini semua dugaan dari-Nya buat kita dan hadapinya dengan ceria.
#Petpotpetpot: Hilang tekanan bila dah nak penghujung sem.
3 comments:
promoter tintontinton haha :D
salam ziarah mus.maken kacak hang kan ngan impak lampu liplapliplap itu.hehe
suka lagu kau =')
lama sungguh tak datang sini. heheheheh sesat jalan ker..
Hai..saya syafiqa dan saya pun menghidap psoriasis. jemput singgah blog saya untuk info dan rawatan bebas steroid, http://syafiqadanpsoriasis.blogspot.my/
Terima kasih
Post a Comment