Showing posts with label Men. Show all posts
Showing posts with label Men. Show all posts

7/02/2011

Jimat Sen

Sekarang aku sedang menjalankan kampen jimat sen bagi menyahut cabaran elaun yang tidak keluar lagi nie. Sebelum nie duit buku dah kuar tapi aku terpaksa guna separuh daripadanya untuk beli tiket pesawat balik raya nanti. 
Buku yang dah sedia ada, so tak payah beli lagi kan?






   
Back to mission, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan jimat sen $.

Mula-mula mengamalkan makan dan minum kat bilik dengan tanpa lagi perlu kerap ker shalala kafe (kafeteria) ataupun berjimba-jima makan sup tulang kat kuar kampus. Sarapan dengan Quaker oat tambah sunsweet. Jimat sen kan dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Oat merupakan sejenis serat larut atau beta glucan yang membantu menyingkirkan kolesterol daripada badan secara semula jadi. 


+



Duit sen yang jangan dibiarkan bertaburan di atas tilam, dalam poket-poket seluar mahu pun dicelah-celah buku. Kutip sen $ yang ada dan masukkan dalam tabung ricecooker mini. Bila dah kering  hujung sem nie korek tabung semula.hahahaha bijak-bijak.


Trimas kepada yang memberi periuk nasi nie. :)

Macama mana nak bersosial di facebook dan blogging tanpa perlu bayaran?. Jawapannyer ialah menggunakan jer wifi yang ada dalam kampus nie biarkan lambat asalkan tak perlu membazir membayar bil boradband tiap-tiap bulan yang mahal tapi servis dia lebih kurang sama semput dengan wifi kampus.Then, text and voice call, aku pilih plan hot tiket hotlink sebab ada banyak sms dan tempoh panggilan 24 jam. 

Berjimat sen ini bermula minggu depan. hahahaha.harap-harap berjaya dengan jayanya mekipun orang kata usaha itu eskalator kejayaan namun aku percaya bahawa Jaya anak Pak cik Yahya tak terlibat dalam kampen nie.





   


2/17/2011

Kesedapan Terlarang (ada aku kesah ) episode 1

TERKEJUT KER?????






Terkejut tak per...



Jangan terKENTUT yurrp...



Takut ada BAU nanti...


Kesedapan terlarang merupakan salah satu kemestian yang harus di miliki oleh setiap pelajar tak kirallah korang duk kat asrama, hostel, kolej kemdiaman mahu pun rumah sewa. Kerjasama yang baik sangat diperlukan oleh setiap individu yang ada disekeliling korang. 


Apa Benda Kesedapan Terlarang tue???


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

Terlarang lah sangat...


Swiss Scallop meronta ronta dlm periuk...

Ketam celup minyak...



Sumpah time memasak tue dua tiga orang datang selepas menghidu bau Kesedapan Terlarang yang harum semerbak satu asrama. hahahahahhaha. Sorry tak leh citer banyak banyak sebab aku buzy sesangat nie. Tapi jangan lupa tuk scroll enteri Kesedapan Terlarang episode 2 pulak tau. 

P/S:
Mengait baju di ruang tamu,
duduk tersipul atas tikar mengkuang,
Kalau tuan sudah terbau bau,
Kalau nak tau, itulah kesedapan terlarang...

2/09/2011

Kalaulah Ku Tahu.....

" KALAULAH 
KU TAHU 
MASA DEPAN..."



Berpijak pada bumi yang nyata dengan menggunaka kedua-dua kaki membuatkan aku melihat sesuatu itu dengan lebih realiti bukan lagi khayalan si kaduk semata-mata. Meramal dan memastiakn masa depan yang baik dan sempurna adalah mustahil kerana kita hanyalah manusia biasa. Tapi kita tidak boleh lari dari memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Nak tak nak kita bakal hadapi masa depan sama ada dalam keadaan diri kita bersedia atau sebaliknya. Walaupun kita sudah menbuat segala persediaan yang termampu, esok yang datang seperti hari ini - tidak seperti yang kita harapkan. " Kalaulah aku boleh tengok masa depan". 

Dari jauh aku boleh nampak.. nampak hamster tercekek kuaci..















" Masa aku kecik-kecik dulu selalu sangat main korek tanah dalam-dalam, untuk membuat  sungai buatan manusia pertama (boleh jadi) pas tue aku letak air dalam sungai buatan serta dihiasi oleh jambatan yang dibuat dari batu-batu merah. Aku bermain dengan lori pasir palstik yang penuh dengan pasir sampai lah nak kepetang. Pastu bila malam menjelma mak aku bising pasal tiap-taip malam aku mengadu gatal punggung, mak cakap aku kena cacaing kerawit sebab main pasir." 
( Aku ingat masa tue pada masa depan aku akan menjadi seorang Pegawai Perancang Bandar yang disegani)

Berhati-hati main pasir nanti kena cacaing kerawit..


" Masa kecik-kecik dulu aku suka sangat bermain dengan anak-anak ayam yang baru lepas menetas dan masa tue lah kita boleh tengok kehebatan dan kegarangan ibu ayam yang sentiasa mengawal ketat anak-anak ayam. Pada masa tue aku tak kesah bertapa garangnya ibu ayam tue yang penting aku dapat tangkap anak ayam meskipun tanganku penuh dengan patukan ibu ayam. Auuuuh sakit tapi hahahahaha anak ayam dalam gengaman aku. Pernah mak aku cakap (sebab aku dah lupa) yang aku genggam anak ayam tue lama-lama dan bila aku lepaskan gengaman tangan tengok-tengok anak ayam tue dah terkulai layu, ish3 kesian anak ayam."
(Aku ingat masa tue pada masa depan aku akan menjadi Penternak Ayam yang berjaya yang ada ladang ayam yang besau)

Anak ayam power ranges yang ingin membalas dendam ngn aku...


" Meningkat besar sikit aku masuk sekolah rendah dan memliki tebiat suka mengumpul duit syiling. Banyak tak banyak tue aku dah tak berapa nak ingat tapi tebiat lagi satu aku dengan duit syiling tue adalah aku suka sangat susun duit syiling atas meja satu persatu mengikut nilai dan saiz duit tue. Pas tue aku akan kira satu persatu duit tue sampai mak aku bising pasal aku buat kejer tak berfaedah."
(Aku ingat masa tue pada masa depan aku akan menjadi Pegawai Bank yang hari-hari duk menghitung duit yang ada dalam bank tue > mata duitan)

Menabung amalan sihat..


" Masuk sekolah menengah aku mula mencari-cari hala tuju melihat masa depan yang masih kabur-kabur ayam. Masa tue aku minat satu subjek nie, minat gila-gila sampaikan kepala otak ini duapuluhempat jam memikirkan bertapa hebatnya aku belajar subjek ini. Subjek yang aku maksudkan ialah Biologi, sampai sahaja masa kelas subjek ini aku tidak mensia-siakan pengorbanan mak ayah aku hantar sekolah dengan memfokuskan diri hundred percent dan melibatkan diri secara mampan dalam setiap aktiviti terutamanya eksperiment. Masa itu aku tidak pedulikan subjek-subjek lain dan anggap subjek lain sebagai subjek sampingan sahaja."
(Aku ingat masa tue pada masa depan aku akan menjadi Ahli Bioteknologi yang membuat penyelidkan pasal keberkesanan air ketum)

Agak-agaknya daun ketum leh buat pengganti mint dlm colgate?..


" Kini selepas tamat SPM, aku melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama dalam bidang "pendidikan". Memasukan diri ke dalam institut pendidikan guru merupakan pilihan aku sendiri walaupun pada masa yang sama hati aku mahu memlilih kerjaya lain. Masuk sahaja aku ke institut ini aku mula bergelumbang dengan perhal mengenali profession perguruan. Segala kelemahan dengan kekurangan yang ada dalam diri aku mesti perbaiki kerana aku sebenarnya tidak berapa suka dengan kerjaya ini atas beberapa sebab yang masuk akal. Walaubagaimana pun aku cuba memaksa diri untuk membiasakan diri dengan ini semua kerana ini adalah realiti kehidupan aku pada masa hadapan, menjadi seorang pendidik yang sudah pasti duapuluhempat jam memikirkan tentang kerjaya ini".
(Aku ingat masa ini pada masa depan aku akan menjadi Seorang Guru yang melahirkan berjuta Pegawai Perancang Bandar, Ribuan Tauke Ayam Kapci, Pemilik Bank, Ahli Saintis dan pelbagai lagi murid-murid yang cemerlang dan berjaya pada masa depan dunia dan akhirat)

Cekgu Pak mus.. pak MusTAFA...

p/s: Kekuatan azam dan keyakinan kepada diri adalah dua ramuan yang boleh memberi kesan postif kepada resepi kejayaan hidup kita sebagai manusia biasa.