Showing posts with label profesion. Show all posts
Showing posts with label profesion. Show all posts

3/21/2011

Ayuh ke kembali ke sekolah... ayuh!!!

Assalamuaikum murid-murid, cehwah semangat yang tak dibuang lagi meskipun dah 2 jam setengah dah berada di rumah.

Ayuh ke kembali ke sekolah... ayuh!!!
Teringat kembali seni kata lagu dalam iklan kasut sekolah dulu-dulu....

Nak bagi korang semua yang hari ini merupakan first day aku masuk semula ke sekolah as a teacher selama seminggu. Hari ini juga  aku rasa nak letak jawatan jer sbb aku rasa terlampau letih, dehydrate, dan emosi tak beberapa nak stable. Agioo bayangkan aku terpacak kat sekolah dari pukul 7:00 am until sampailah kambing-kambing dah nak masuk kandang semula, kul 5:35 pm. 

Mari tengok muka annoying aku pada hari pertama...

WTH, What The Hekkk!!! Membongkang jer keje, kumpul taik mata, curik tulang dah tue tak agak-agak buat lagak aksi negri dalam bilik guru. Sumpah pas nie kena panggil masuk bilik cekgu besau. 


Kaki kelentong berpura-pura buat sesuatu yang dia sendiri pun tak tau setelah melihat kelibat sosok-sosok ghaib yang seakan -akan cikgu besau. 

Suasana bilik guru kurang produktif mari kita jenjalan a round da school. Muka bajet pegawai yang datang duk observe sekolah. 
Ada sesuatu yang menarik? Snap snap dan jenjalan lagi.....
Dengan lincahh kaduknya aku mengangkat tb jenama panasonic kaler merah nie, macam boleh bawak balik ghumah....
Jumpa pulak dengan kotak susu, nie pun nak kena rembat bawak balik ghumah..

Dah jenuh jejalan satu sekolah, makcik cleaner pun dah kenal, jumlah tangga kat sekolah pun dah hafal, jom  kita mengeteh pulak owkey.



Terkejut ker mak cik...

Terkejut tak per jangan terkentut...

Takut ada bau nanti..

Sebenarnya gegambar semua kat atas tue adalah lakonan semata-mata, so jangan korang terkejut beruk tengok aksi-aksi yang menjengkelkan seorang cikgu di sekolah. Aigoo, sebenarnya aku tengah ngantok gaban sekarang nie, sambung entry esok for the real teacher at school.. See u all again. 




3/18/2011

Kenali Dunia Disleksia Kanak-Kanak


Assalamuikum semua...
Hello...
你好..
 안녕하세요..
नमस्ते..
こんにちは..
สวัสดี..
Nah ambik ko semua bahasa semua ada pandai-pandailah korang nak jawap sapaan 'Hello'. Kali ini aku nak bawa korang ke satu lagi informasi tentang 'Masalah Disleksia' yang ada pada sesetengah orang. Dulu aku pernah tulis pasal magika disleksia amazing people (picit sampai dapat) dan kali ini nak cerita lebih mendalam sikit dan nak bagi ciri-ciri disleksia terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Apa itu DISLEKSIA?
  • Perkataan DISLEKSIA merupakan perkataan berasal dari bahasa Greek dimana DYSLEXIS.
DYS - bermaksud sukar.
LEXIS - kesukaran menggunakan perkataan.
  • Disleksia adalah sesorang yang mengalami kesukaran atau masalah dalam menulis, membaca, memahami teks bacaan dan mengira.
  • Diingatkan bahawa disleksia bukan disebabkan oleh kematangan yang lambat tetapi berpunca dari "kesukaran". 
 
Faktor - faktor boleh terjadinya DISLEKSIA...
  1. Hattum (1980), mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (disfungsi).
  2. Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya lebih kecik sebanyak 27% daripada otak orang yang normal, (Galaburda & Tallal, 1991).
  3. Daripada pemerhatian Lennerberg (1976), terdapat penglibatan yang sama rata di hemisfera cerebal pada peringkat awal perkembangan bahasa, kemudian kemajuan perkembanganya lebih di otak hemisfera kiri dan berterusan berlaku sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik sebelum dan semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan akan menyambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik.
  4. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner,1997).
  5. Secara umunmya, diakui bahawa faktor yang menyebabkan disleksia adalah daripada ginetik yang ada pada dasar yang terletak dibahagian bahasa di otak (Hulme & Snowling).
Bagaimana terjadinya Disleksia...
Ianya disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat - maklumat terutamanya sekali berkenaan bunyi, simbol dan makana.

Merujuk gamabr diatas kita boleh melihat kedua-dua hemisfera otak manusia dan serta fungsinya. Hemsifera otak kira berfungsi sebagai tempat memproses maklumat berkaitan dengan bahasa, logik, matematik dan susunan dan struktur manakala hemsifera otak kanan berfungsi memproses makluat berkaitan denga visual kreatif dan kemahiran seni. Apabila bahagian hemisfera otak kiri gagal berfungsi dengan sempurna maka tugasnya akan diambil alih oleh hemisfera otak kanan, oleh itu mereka yang mengalami masalah ini mengalami kesukaran untuk memproses maklumat lingustik. Itulah puncanya berlaku disleksia.


Kunci utama mengesan kanak-kanak DISLEKSIA...

  1. Nampak cerdik, pandai dan seorang yang ceria.
  2. Fasih bertutur atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
  3. Fahaman lisannya baik.
  4. Lemah dalam ejaan dan penulisan.
  5. Pencapaian akademik berbeza mengikut subjek.
  6. Suka bertanya.
  7. Sifat ingin tahu yang tinggi.
  8. Minat subjek yang tidak banyak membaca.
  9. Pemerikasaan perubatan.
Fizikal dan pengurusan diri kanak-kanak Disleksia...
  • Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor.
  • Butang baju salah butang (baju jadi senget sebelah).
  • Tali kasut tidak diikat dengan betul.
  • Kidal
  • Tidak minat belajar (subjek banyak membaca).
  • Pemerhatian singkat.
  • Pengamatan lemah.
  • Perangai kelakuan tidak kosisten.
Masalah Pembelajaran Kanak-kanak Disleksia...
  • Bacaan - sukar membaca dan memahami teks yang diberi.
  • Tulisan amat buruk dan tak boleh dibaca.
  • Kerap menggunakan pemadam untuk memadam tulisan mereka.
  • Menekan pensil semasa menulis.
  • Mungkin pantas dalam matematik.
  • Pura-pura membaca buku lisan berpandukan gambar yang dilihat.
  • Membalikkan perkataan seperti gula jadi lagu atau batu jadi tuba.
  • Menambah atau membuang huruf dalam sesuatu perkataan.

Ciri-ciri kanak-kanak Disleksia di peringkat prasekolah dan sekolah rendah...


Pra Sekolah

Permainan LEGO dapat membantu kemahiran halus kanak-kanak disleksia.
  • Kemajuan pertuturan agak lambat.
  • Susah nak ingat atau faham arahan yang diberi.
  • Lemah kemahiran motor kasar seperti menyambut dan membaling bola.
  • Sukar menepuk tangan mengikut irama
  • Hyperaktif dan tak tentu arah.
  • Cekap dengan permainan binaan. 
Sekolah Rendah

  • Lemah bacaan, tulisan dan ejaan.
  • Selalu menterbalikan huruf, perkataan dan nombor.
  • Memiliki semangat ingin tahu yangtinggi dan suka bertanya.
  • Berbakat kreatif.
  • Bertutur dengan baik. 
  • Nampak cerdik dan pandai.
  • Pencapaian akademik tidak seimbang mengikut subjek.
  • Pengetahuan am yang baik.
Kanak-kanak disleksia perlu diberi pemerhatian khusus agar mereka dapat membaca dan menulis dengan baik. 

Nampaknya tue sahaja informasi yang mus nak kongsi ngn korang semua. Kalau ada penambahan atau perkongsian idea please comment owkey. 




p/s: Mencari potensi dalam diri ibarat mencungkil permata yang terbenam, oleh itu kita harus berusaha mengoreknya kerana  ' Kejayaaan itu adalah Usaha kita'. Berusaha menyiapkan post ini meskipun internet lemah longlai lagi lesu tak bermaya... huhuhuhuhu...

1/29/2011

Magika Disleksia Edisi Amazing People

Apa itu Disleksia?

Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara yang menyatakan bahawa masalah pembelajaran spt disleksia mempunyai masalah signifikan dgn masalah pemulihan (Chow, 1992). Masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri seperti berikut:
(i) kesukaran berbahasa
 
(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
 
(iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
 
(iv) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru
tulisan dari papan hitam atau buku).
 
(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian
kepada tulisan, dan
 
(vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).
Namun, bagi anda yang berada dlm golongn disleksia janganlah terus berfikiran negatif dan merasakan malang yang tidak dapat mencapai apa-apa kejayaaan dalam hidup kita atau menakluki dunia.
Untuk pengetahuan korang semua sama ada sedar atau tidak terdapat beberapa ikon atau fames personaliti dalam dunia ini adalah dari golongan mereka yang mengalami disleksia sejak dari kecik.
Meh kita kenal Magika Disleksia Fames People 
Santis Fames, Albert Einten
John F Kennedy, Presiden AS ke-35

Leonard da Vinci, arkitek dan pelukis terkenal
Salma Hayek, Pelakon hot

Sapa xkenal mamat ensem nie, Tom Cruise
Whoopi Goldberg, suka rambut beliau.
ps: apa-apa pon diri kita nie, yakin lah setiap insan tu ada keistimewaan masing-masing dan jgn lah korang rasa rendah diri dengan kelemahan yg korang adew coz benda tue semua bkn penghalang kpd kejayaan korang didunia dan akhirat kelak. Kpd guru-guru permulihan klu adew kanak-kanak disleksia dlm kelas ada jgn lupa polish budak sampai berkilat supaya bila diorang dah beso nnti diaorg jd org2 yg fames cam kat atas nie.

11/02/2010

Pengumuman

Kepada semua staff ahli resources sekalian..
Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, facebook, twitter, blogger, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM5.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Bebaskan diri anda dari masalah di tempat kerja :)