2/02/2011

Jiiipun datang lagi dah...

Hello and Welcome to February 2011...
That means one month already past in this year and a lot of this happen that always make me stuck in the big problems. This CNY holiday, i have bounce back to Melacca and having leisure break with my family. Sempat gak semalam kuar jejalan dengan Power Pow Gurl yang pepagi lagi dah bising2 ajak aku gi Aeon or Jusco. 


Rabbit Gergasi di tengah-tengah Jusco!!! Almaklumlah sambutan Tahun Baharu Cina tak lama lagi dan tahun nie merupakan turn bagi Tahun Arnab mengikut kelendar masyarakat cina. Tapikan kenapa arnab nie matanya sepet macam mata Deasong BigBang tuu..








Sebelum merayap kat tempat lain, pekata kita mengisi perut yang dah mula bermain keroncong (kruukkkkkkkkruuk) ngn makanan yang adew kat FoodCourt. Menu pilihan masa tu adalah Nasi Ayam Black Paper, Sedap sehingga menjilat pinggan doe. Jangan wat perangai tak seononh depan orang ghamai. Next, Bebola panas atau nama Jepunnya TAKO TAO tapi klu yang kat Tawau namanya TAKOYAKI. Mane satu nama sebenar Bebola Panas Jepun nie, tak peduli lah yang penting kaler ngn bentuk lebih kurang sama jer. Aku panggil makanan nie bebola panas sebab benda alah nie hanya sedap dimakan time panas-panas jer. Klu dah sejuk  tak sedap langsung. Lagi satu pasal bebola nie ade macam-macam jenis inti cam sotong, udang, dan abalone. Last sekali Sushi, Power pow gurl yang bedal semua nie. Aku tak makan benda alah nie. Buweeek tak sedap langsung. Pas makan tak lupa gak tau baca doa pas makan.
"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan  minuman kepada kami, dan yangtelah menjadikan kami orang-orang muslim."






Gaya-gaya makan masa kebuluq !!!!!!!


Aktiviti Pas Makan! Wat Gapo Tueeeee........








Main gegendang Jepun kat level atas. Sebenarnya nie tempat dan cara-cara nak wat latihan main gendang sempena CNY, mana tau kalau-kalau ada jemputan jejiran gi umah diaorang then boleh tunjuk bakat main gendang tuk tarian singa nanti.. waakakakakakaa.. Boleh gak lepas geram ngn mengetuk gendang nie dengan sekuat hati dan lantaklah pe makcik2 tue tengok aku main benda alah nie yang penting puas.

  Pas main gegendang Jipun nie kompom telapak jari akan merah....





Sah, dah tak de keje lain. Masuk air betul lah dah cam kekanak rebina.




Sebelum balik singgah sekejap kat kedai DAISO JAPAN, merupakan kedai yang menjual barang-barang datang nya dari negara terbit matahari. Kalau kat Tawau tu macam kedai 100 YEN tuu. Harga satu barang yang dijual kat DAISO adalah 5 ringgit malaysia dan dalam kesempatan itu aku sempat grab 2 3 barang tuk dibawak balik Tawau nanti. 

P/S: Just enjoy ur self by doing things that can make u smile sampai ke telinga :) 

2/01/2011

Leisure Ur Mind With Maga Zink


hello at magkaroon ng isang magandang araw dlm bahasa Filipina (hello and have a nice day)..
Hari nie orang nak bagi taw korang semua salah satu aktiviti yg aku lakukan pada masa2 free terutamanya cuti panjang. Last week sempat gak aku gi kedai buku cari 2 3 MegaZink bagi mengisi masa lapang cuti CNY nie. Alamaklumlah cuti CNY kali nie aku berkesempatan balik umah. So peluang aku nak mendekatkan diri dengan kedai2 buku nie adalah lebih cerah berbanding kalau aku berada di Tawau. 
Adew lima megazink utk dieja satu persatu..

Antara megzink-megazink yang dapat dibeli wat masa kini, klu beli banyak-banyak pas2 tak baca kan membazir tue.




iSIHAT
Apa isu yang menarik? Meh selongkar.....
  • Kurang Tido Bahayakan Jantung
  • Malaysia Diserang 'Penyakit' Homeseksual
  • 6 Soalan Untuk Dr Anda
  • Rawatan Untuk Sindrom Down

POPCORN
Hot Topic ? Lets cekidout...
  • Baba Chuah's 20 Years Plus Odyssey in Malaysian Comic
  • Matrix Dissects The Secrets of His Art
  • Harvey Tolibao On Creating Fantastic World's and Deadly Women
Utopia
 Majalah KOMIK + HIBURAN ! Apo ade meh selongkau...
  • Cter pasal Alex Pettyer
  • Filem terbaharu 'Black Swan
  • Jom naik ATV

MASKULIN

Maskulin kew? Pe2 jew lah...
  •  8 rahsia manfaat minuman tenaga
  • 35+ cerita chinta
  • Adew pasal Noh Hujan
  • Macam-macam ade doe

SOLUSI
M+  ilmu tentang Islam! Mari kita......
  • Tanpa akhlak rosak ibadah
  • 48 daya tarikan cinta
  • Siapakah 10 golongan org kanan

Kesemua megazink nie adalah keluaran untuk bulan Febuari nie. So, kepada korang yang masih tercari-cari bahan bacaan bulan nie meh try baca megazink pilihan aku minggu nie. Owkey guys aku nak sambung membaca megazink2  nie.
makita kang muli , Bahasa Filipino (see u again)

1/31/2011

Pagi Hari di Kayu Hijau

Hello Handsome boy...
Hello Cute girl....
Hello everyone....

Cuaca yang agak basah sejak dari petang semalam menyebabkan aku bangun lewat skit, nasib baik sempat solat subuh. Pepagi lagi ibu dah mengomel di dapur suruh anak2 yg masih berlengkau atas katil bangun manakala abah bersiap siap mengenakan tshirt dan jeans. Wah kemana beliau di pagi hari? emmmmm Gerak hati ingin mengetahui. Dari gayanya mmg destinasi nya agak jauh klu setakat area2 melaka tue xmain lah kan. Maybe nak gi Kelumpo (kuala lumpur versi melaka) kot abah nie. Aku xberani nak tanya abah, ibu sebagai sumber informasi dalam umah nie menjadi tempat aku bertanya. " Kemana abah tue ibu?". " Nak ke Kelumpo nak bwak ko berubat migarin". Sah tekaaan aku tadi, lantas aku bersiap siap dan terus melompat ke dalam kereta. Melalui lebh raya plus semua keter bergerak perlahan kerana hujan lebat dan jalan raye yang licin. Dalam kul 11 lebih sampai dah kat taman gomak setia di Pusat Perubatan Islam DarulSalam. Orang keje kat si tue kata tempat tue bukak kul 2 setengah petang nie. Masih adew 2 jam lebih, abah kata lebih baik kita gi Kayu Hijau! heekk kayu hijau ? apa benatang itu. Oh rupa-rupanya Greenwood Gombak. Meh kita cekidout per yang adew kayu hijau nie..........

Sebelum jejalan sengseng kaki suar, basah lencun nnti
Kedai kasut bundel....

deretan kasut, bau kaki doe
Fish Jungle....

Sepinggan 5 henggit jer...
nasi bubur greenwoood...

sedap sesangat di mkn waktu hujan2 gini...

Cam biasa selepas 15 minit..... 
Band hujan masih mengamuk, ondaway to UPM SERDANG after rawatan.  Gi jenguk kak ngah.

Makan petang di taman upm, nasi goreng ayam.

=)  habis dah, xsempat nak share ngn korang.
After that, drive back to melacca with hati yg manyak senang meh. lalalalalalalalalalalalalalalala
Malas nak tulis pe lagi dah....
See u  Next tyme Hooolaaaaa....

i m impressed....: Preview "Pagi Hari di Kayu Hijau"

i m impressed....: Preview "Pagi Hari di Kayu Hijau"

Adik Mee Sup Satu

Hai korang, (mood kurang cekap & mesra)
coz sejak balik semenanjung cuaca agak sejuk dek kerana hujan lebat berterusan sepanjang masa entah bila nak berhenti. Tengah malas - malas berhibernate atas katil tetiiba jer suara-suara  kekanak riang memanggil nama aku suh bersiap siap. " alang abah ajak makan mee sup kat tepi sawah" suara adik . Abah nie cam tau2 jer hasrat dihati nie yg aku nie mmg tengah kebulur dan kesejukkan. Memang dah lama aku tak gi warung leman yg mmg fames kat area2 Bukit Rambai, Klebang dan sewaktu dengannya. Warung nie fames dgn mknan yg best2 cam pau (bom2 pow), roti canai dan mee sup. Venue nie mmg strategik coz terletak kat tepi sawah yg sedap mata memandang klu lepak2 petang hari sambil menghirup udara fresh dan minum teh tarik. Sekali sekala dtg kedai nie dengan big family mmg menyeronokkan byk benda nak diborakan. Lets, cekidout....



Warung leman bukan kat tepi sawah yg ade tapak pendaratan alien tue k

Masa makan telah masuk, marilah kita sama-sama menunaikan tuntuan perut yg lapo (penuh ngn hawa nafsu di situ). Jgn lupa baca doa makan ek...

Mee sop mangkuk besau (Extra kuah jer)


Mee sop mangkuk kecik ( bagi mereka yg nak jaga badan)




Selepas beberapa seketika di Warung Leman.....

Cam biasa, hanya tinggal kuah saje...



Abibah bkn pemilik kedai, mampu menghabiskan 3 mangkuk... sorry pah :)

Dengarkan pantut nie, khas buat korang:

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
hahahahahhahahahahhaah
see u all at NEXT post " pagi hari di Kayu Hijau Gombak"..

13 KELEBIHAN ,MINUM SUSU

Asssalamuaikum dan salam satu malaysia buat korang semua.

Entry kali nie aku akan bagi tau korang semua kelebihan minum susu. Sebagai salah seorang peminum susu tegar mmg mengalakkan korang semua minum susu. Ini coz susu lembu dapat memberi manfaat kpd kesihatan diri kita. Wah makna nya entri kali nie ckp pasal kesihatan la pulak.

Meh kita tgk ada ape ngn SUSU lembu, MOOOooooooooooo (korang akan mengembuu pas minum susu lembu)

Adik-adik kecik mmg suka minum cucu


1 Susu lembu kaya dgn kandungan kalsium. Kalsium nie penting bagi dlm proses pertumbuhan dan perkembangan tulang. Kalsium yg bergabung dgn fosforus utk membentuk kalsium fosfat yg merupakan bahagian penting dlm hidroksiapatit. Ia membantu memberikan struktur dan kekuatan tulang. so, sesiapa yg xmoh reput tulang meh kita minum susu.

2 Kewujudan kalsium dlm susu lembu juga memberi manfaat yg lain. Cam contohnya membantu melindungi sel-sel usus korang dari bahan kimia yg boleh menyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan PMS ( Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.

3 Kalsium berguna dlm mencegah OBESITI di kalangan kanak2. Ia juga membantu org dewasa yg juga mempunyai masalah berat badan terutamanya obesiti terutamanya di bahagian PERUT.

4 Kewujudan kalsium dlm susu membantu dlm pengoksidaan lemak tubuh dan dengan demikian ia mampu menurunkan hormon paratiroid. Oleh itu, tahap hormon ini dipertahankan pada tahap ug lebih rendah.

5 Kalsium sangat bermanfaat melawan kanser payudara. Ini juga memainkan peranan penting dlm pembekuaan darah, kontraksi otot, pengawalan tekanan darah dan fungsi membran sel.

6 Susu lembu mengandungi protein yg berkualiti tinggi dan sangat penting bagi tubuh.

7 Susu juga membantu dalam melawan gout, yg merupakan penyebab artritis.

8 Susu lembu mengandungi ribonflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua-dua vitamin ini berfungsi dlm penghasilan tenaga untuk tubuh. Vitamin ini juga berfungsi dlm perlindungan sistem kardiovaskular.

Wow Fresh milk..


9 Vitamin B12 berperanan penting dlm pengeluaran sel darah merah. Ia boleh mencecah anemia dan membantu dlm pembangunan penuh selsel saraf.

10 Susu lembu mengandungi iodin dlm jumlah yg tinggi dan merupakan kompenen penting untuk hormon triidothyronine dan tiroksin.

11 Vitamin A pula yg ada dalam susu lembu diperlukan utk pertumbuhan dan perkembangan rangkaian epitel dan mukosa di dlm usus. Rangkaian ini melindungi tubuh terhadap racun dan organisma dari menyerang badan kita.

12 Satu cawan susu lembu menyediakan 10.8 % dari keperluan tubuh seharian utk kalium. Kalium diperlukan untuk kontaksi otot, termasuk otot jantung dan juga diperlukan dalam sistem saraf.

13 Susu yg kaya dengan kalsium dan potassium mencegah pembentukan batu karang dalam tubuh

BEWARE, ada juga sesetengah orang yang alah klu minum susu nie, ni kerana susu mengandungi laktosa. Kesannya ialah lepas minum susu orang itu akan mengalami cirit-birit dan terpaksa mendapat rawatan dgn segera.

Kalau dah sedat susu lembu cam nie makna nya nak kena peyepak ladam lembu


That all information yang aku nk share ngn korang semua. Owkey see u all at the NEXT post..

1x hua
2xhua
huahuahua bye2
Assalamuaikum Buddy

1/29/2011

Magika Disleksia Edisi Amazing People

Apa itu Disleksia?

Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara yang menyatakan bahawa masalah pembelajaran spt disleksia mempunyai masalah signifikan dgn masalah pemulihan (Chow, 1992). Masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri seperti berikut:
(i) kesukaran berbahasa
 
(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
 
(iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
 
(iv) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru
tulisan dari papan hitam atau buku).
 
(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian
kepada tulisan, dan
 
(vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).
Namun, bagi anda yang berada dlm golongn disleksia janganlah terus berfikiran negatif dan merasakan malang yang tidak dapat mencapai apa-apa kejayaaan dalam hidup kita atau menakluki dunia.
Untuk pengetahuan korang semua sama ada sedar atau tidak terdapat beberapa ikon atau fames personaliti dalam dunia ini adalah dari golongan mereka yang mengalami disleksia sejak dari kecik.
Meh kita kenal Magika Disleksia Fames People 
Santis Fames, Albert Einten
John F Kennedy, Presiden AS ke-35

Leonard da Vinci, arkitek dan pelukis terkenal
Salma Hayek, Pelakon hot

Sapa xkenal mamat ensem nie, Tom Cruise
Whoopi Goldberg, suka rambut beliau.
ps: apa-apa pon diri kita nie, yakin lah setiap insan tu ada keistimewaan masing-masing dan jgn lah korang rasa rendah diri dengan kelemahan yg korang adew coz benda tue semua bkn penghalang kpd kejayaan korang didunia dan akhirat kelak. Kpd guru-guru permulihan klu adew kanak-kanak disleksia dlm kelas ada jgn lupa polish budak sampai berkilat supaya bila diorang dah beso nnti diaorg jd org2 yg fames cam kat atas nie.