2/11/2013

Pantas dan muktahir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang dari Malayisa Timur.

Nak update status aku dalam dua tiga hari lepas. 

# Jauh di perantauan. Bosan gila bila cuti seminggu sempena CNY dan aku bersama mereka-mereka yang datang merantau dekat sini terperap dekat dalam kampus. 

Nak ke mana? Tak tahu dah nak pergi ke mana. Puas dah ke bandar. Jenuh kot.

# Dafuq gila bila server wifi down dah masuk hari ketiga, double bosan plus mati akal. Kenapa-kenapa dan mengapa weh. Susah ar nak melayari laman sosial yang aku suka. 

# Sources of food berkurangan dari simpanan dan terpaksa makan luar.

# Mula start jogging lepas bercuti dua minggu, tak sampai satu round dah semput. 

# Tak puas hati dengan air asia duk bagi harga tiket bukan main mahal lagi bagi penerbangan ke sini. Mohon mereka bagi buat promo gempak sikit dengan harga tiket rm 5 satu hala. Baru aku semangat nak membeli tiket balik umah. Kita ini student manalah mampu sangat nak membeli tiket mahal-mahal. Tak kesian ke kat kami ini. 

# Last day ternampak budak perempuan remaja yang sama macam iras iras adik perempuan aku, terus hati ini sayu rindu akan adik dan keluarga aku kat umah. Dammm aku homesick lagi. Ingatkan dah berumur ini tidak ada ar sangat perasaaan homesick nak balik rumah sangat. Tapi bagi aku perasaan homesick tak kira umur tua atau muda meskipun bebudak baru masuk sekolah berasrama. Bila kita terpisah dengan orang yang kita rapat dan sayang macam keluarga tersayang mesti terdetik dekat dalam hati ini rindu akan mereka, mula start meroyan homesick. Basically rasa homesick aku  boleh datang dan pergi, bila kita kesunyian ia datang dan mula bermain diminda and make a call to home and listened to their voice make me happy back :)

* Okayy already dah nak masuk maghirb pada jam 6 lebih. Satgi nak pergi open house CNY dekat BSI. Nak pergi cuci cuci mana yang patut. Kbai adiosss.. 


2/07/2013

Hari-hari berlalu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam semua.

Blup...blup...blup...blup. lemas dalam bernafas ketika ini. Benda yang tak dijangka-jangka Wow menjadi realiti. Masa bergerak pantas begitu juga dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kandang tak sempat nak diamati satu persatu akan yang berlaku di perimeter ini. 

# Hari monday hari itu sangat sangat memenatkan dan mengembirakan. Akhirnya aku dapat melaksankan dan menyelesaikan satu event bagi batch aku. Proud and thanks to my self and other members. First event yang aku berjaya manage dalam sem ini. Penat-sibuk sampai terlupa nak makan sampai ke petang, balasanya perut aku penuh dengan angin  mujur tak gastrik. Aku berjumpa dengan lecture yang berasal juga dari Melaka. Akhirnya rama juga orang Melaka kat sini. Proud to be Melaka. . 

# Voting for me masa piliharaya haritue agak memeranjatkan. Apa-apa thanks pada yang memberi kepercayaan, insyallah amanah yang diberi akan dilaksanakan dengan penuh iltizam. Pergghh ayat melambung lambung. Eh bukan apa cuma nak bagi tau yang aku ini baru nak memulakan langkah baru untuk menjadi pemimpin pada diri dan orang lain, jadi aku memerlukan semangat dan sokongan dari orang sekeliling aku. Bolehkan?.

# Petang semalam aku baru join kontraktor budak sains buat curve padang . Kerjanya ala-ala masuk bidang kejuruteraan cuma ianya kejuruteraan padang. Buat line curve agak mencabar juga sebab kena buat dengan teliti supaya tak herot atau lari garisan dari paski padang. Sebenarnya group aku dah buat padang kat bahagian lompat jauh dan lompat kijang. Cepat siap berbanding buat trek balapan. Apa-apa pun ini pengalaman berharga meskipun penat dan kepanasan dengan suhu 31'. 

# Malam ini perut agak boroi baru lepas makan (dah boroi pun dr mulanya) steamboat and grill dengan group aku. Thanks pada yang sudi belaja kita, next time kita belanja awak pula ya. Sekali sekala makan dengan member group memang happy :). Happy ker? Mesti ar. Makan-makan sambil snap pic. 

# Lately aku cepat sangat rasa penat sampai tak larat dan malas nak buat benda penting. Makan b complex tak jadi juga. Hanya tambah selera makan jer, jadi berisi semula badan ini tapi masih maintain tough (nie semua poyo) , Untuk lebih bertenaga terpaksa beli blackmores mutlivitamin, perhaps berkesan sementara menanti 4life dari rumah. 

# Sekarang aku perlukan belaian manja seperti ini untuk TIDUR. Please please please........


* Good night peeps 

2/04/2013

P

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam semua.

#Penat

#Pening

#Pitam

#Pi tidur sana 

Good night and sweet dream :)

KELAM MALAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam semua.

Kusut kepala bila fikirkan semua apa yang aku sedang lakukan ini. Kerja gila weh, sumpah tak pernah sekumit perasaan atau terlintas difikiran untuk buat benda ini. Bagi aku ini semua ibarat aku bermimpi di siang hari. Mimpi? bilalah nak sedar dari mimpi. Nak tunggu tersunggur jatuh dari katil baru nak sedar. Tapi ini semua bukan mimpi tetapi kenyataan. Sedar atau tidak bukan penghalang bagi aku nak teruskan kehidupan ini cuma aku perlukan bimbingan atau panduan agar tidak tersilap langkah.

Pilihan tepat atau tidak? :{

Memang kehidupan kita sebagai manusia yang mentadbir dunia ini tidak akan pernah lari dari pilihan. Semua benda memerlukan kita membuat pilihan. Dari benda yang kecil sehinggalah pada pekara yang rumit. Cuma kita perlu membuat pilihan itu agar ia memberi manfaat kepada kita. Namun, terdetik juga dihati kecil ini, adakah pilihan aku ini benar atau sebaliknya? Kusut dibuatnya, masa semakin hampir.

Biar masa mementukan? :#

Pasarah dengan ketentuan atau membiarkan masa menentukan segalanya tapi bila. Jangan nak malas sgt nak berusaha. Hidup kau, sendiri yang tentukan. Gunakan momentem yang ada dalam diri kau. Move on aqim.

Doa sat, :)

Mohon pada yang maha Esa agar diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh kejutan serta diberikan panduan semasa membat pilihan semoga pilihan atau langkah yang diambil dapat memberi manfaat pada diri ini serta orang disekeliling aku. 

Moga malam kelam ini dapat menghilangkan nafas resah yang berlengar di ruang minda. 
Moga malam kelam ini dapat memberi 1 kepastian yang nyata.
Moga malam kelam ini tak sekelam hati ini. Huk?
Moga malam kelam ini dapat tidur nyenyak.
Moga malam kelam ini dapat mimpi yang best-best, mimpi jadi PSY pun masyuk juga hoho.

#Penat aku layan emosi gila  ni, hahaha mengah mengah ni, kbai.
#Moga pilihan untuk bertanding AMT JPP adalah pilihan bermakna dan bermanfaat.



1/30/2013

Dewi Malam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam semua.

#Penat

#Letih

#Lesu

#Lemau

#Kuyu

* GOOD NIGHT DEWI MALAM. MUAH 

1/12/2013

Saat menjelang duapolohdua tahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam semua.


Dikitai buas oleh mereka-mereka yang bernafsu huahuahua yang seminggu lagi dah plan nak perdajal aku. Awas kepada mereka bila menjelang saat duapolohdua mereka kelas. Adios. 

11/09/2012

Hari terakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua.

Hari ini merupakan hari terakhir semester bagi tahun 2012. Ini bermakna berakhirlah Sem 2 Tahun 2 perjalanan aku dalam menjadi pelajar di IPG ini. Fuuuuuh nafas lega dapat dihelakan dan kini aku bersemangat untuk bercuti di rumah yang dirindui termasuklah orang yang dalam rumah tue sendiri.

Dalam Hati ada Taman, Dalam Taman ada Bunga 



Esok pagi  baru aku bergegas balik sebab warrant tiket yang diberikan telah menetapkan tarikh penerbangan bersama Air Asia pada 10.11.12. Aaaaaaaaa chantek betul tarikh yang diberikan.  Saat dan ketika ini aku tengah......




Mengira waktu........

11/05/2012

Kertas




(˘◦◦┐˘) Releks dulu ada empat hari lagi untuk pulang kembali ke pangguan keluarga terchenta. Perasan sekarang ini boleh digambarkan macam bunga kertas dekat atas ini. Macam gitulah perasaan bila sudah nak cuti semester dan dapat jumpa kembali keluarga di seberang Laut China Selatan  (˘ʃƪ˘).. Sekarang ini tinggal satu lagi kertas peperiksaan yang perlu ditemu duga oleh aku sebelum tamat sem ini. Habis sudah satu sem, "(`-`) (._. ) (· - ·) ( ._.) ( ' -')"  cepat tak cepat masa berlalu. 

............... (˘o˘). Mengantuk arr pagi penat menjawab kertas pkp3108 td , tidur dulu kabai.