2/11/2013

Pantas dan muktahir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang dari Malayisa Timur.

Nak update status aku dalam dua tiga hari lepas. 

# Jauh di perantauan. Bosan gila bila cuti seminggu sempena CNY dan aku bersama mereka-mereka yang datang merantau dekat sini terperap dekat dalam kampus. 

Nak ke mana? Tak tahu dah nak pergi ke mana. Puas dah ke bandar. Jenuh kot.

# Dafuq gila bila server wifi down dah masuk hari ketiga, double bosan plus mati akal. Kenapa-kenapa dan mengapa weh. Susah ar nak melayari laman sosial yang aku suka. 

# Sources of food berkurangan dari simpanan dan terpaksa makan luar.

# Mula start jogging lepas bercuti dua minggu, tak sampai satu round dah semput. 

# Tak puas hati dengan air asia duk bagi harga tiket bukan main mahal lagi bagi penerbangan ke sini. Mohon mereka bagi buat promo gempak sikit dengan harga tiket rm 5 satu hala. Baru aku semangat nak membeli tiket balik umah. Kita ini student manalah mampu sangat nak membeli tiket mahal-mahal. Tak kesian ke kat kami ini. 

# Last day ternampak budak perempuan remaja yang sama macam iras iras adik perempuan aku, terus hati ini sayu rindu akan adik dan keluarga aku kat umah. Dammm aku homesick lagi. Ingatkan dah berumur ini tidak ada ar sangat perasaaan homesick nak balik rumah sangat. Tapi bagi aku perasaan homesick tak kira umur tua atau muda meskipun bebudak baru masuk sekolah berasrama. Bila kita terpisah dengan orang yang kita rapat dan sayang macam keluarga tersayang mesti terdetik dekat dalam hati ini rindu akan mereka, mula start meroyan homesick. Basically rasa homesick aku  boleh datang dan pergi, bila kita kesunyian ia datang dan mula bermain diminda and make a call to home and listened to their voice make me happy back :)

* Okayy already dah nak masuk maghirb pada jam 6 lebih. Satgi nak pergi open house CNY dekat BSI. Nak pergi cuci cuci mana yang patut. Kbai adiosss.. 


No comments: