Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Semoga sihat dan ceria selalu tanpa stress. Hari ini merupakan hari ke-8 aku bercuti sempena CNY dan lapan hari juga aku tak makan nasi malaya a.k.a nasi campur. Weh pecah rekod dunia aku rasa dan hari ini aku rindu gila nak makan nasi berlauk. Dan saat saat gentir ini aku mula membayangkan makan tengahari dekat rumah di Melaka sana. Ada nasi putih, sayur goreng, asam pedas ikan pari, gulai lemak, telur dadar, sup rangka aya. Sluuuurrrrrppp sluurrrrrrppp. Tolong daku insan yang diperantauan weeeehhhh.
Punca-punca tak makan nasi campur pada minggu ini telah dapat dikelanpasti. Mudah sahaja, kedai makan kat area-area sini jarang menyediakan lauk pauk dan nasi putih. Maka jadilah sindrom makan apa yang ada. Inilah menu sama sepanjang minggu ini:
# Sarapan- Nasi kuning/Mee goreng/Kuay teow goreng.....
# Lunch- Nasi goreng kampung/Kuay teow goreng....
#Petang (mujur ada) - Bakso/Pisang goreang......
# Malam- Nasi goreng blablablaa/Buger......
Nampakkan, jadi mengharapkan food court buka minggu depan terpakasa aku menahan perasaan ini sehingga minggu depan.
(Jemu makan benda yang sama). Meroyang dan protes 3 minit................
Melayan nafsu makan seketika, ini nak share cerita mengenai Happy Steamboat (nama kedai sebenarnya). Program makan-makan steamboat ini sebenarnya dah lama berlaku dalam....... minggu lepas lepas dan lepas. KIra dalam awal bulan ini. Tak ada lama manakan. Sebenarnya ini merupakan majlis (konon) makan besar bersama budak kelas aku yang masing-masing baru jer lepas dapat biasiswa (katanya). Jadi rancangan ini telah dirancang bersama maka beramai-ramai mereka turun ke Happy Steamboat di Kubota Square Tawau, Sabah.
Pintu masuk depan kedai Happy Steamboat dan BBQ KING.
Krew-krew Van Tv3 dah bersedia siaga menghadapi cabaran di Happy Steamboat. Naik van jerrr ramai-ramai dari hostel, jimat belanja transportation dari sewa kereta dan lebih menyeronokan naik ramai-ramai.
Jamu selera tak ingat dunia pun bermula. A lots of seafood yang siyesly segar dari laut. Ada dua jenis kuah iatui Tom Yam dan Sup Ayam. Plate untuk grill makanan yang ada turut disediakan.
Kemahiran memasak menggunakan 3 teknik utama iaitu GRILL, KUKUS, CELUP telah menjadi kaedah terbaik dalam penyediaan makan malam yang terbaik.
Master Chief musim ke tiga wannabe. Chief Fitrah lebih gemar celur,celup dan rebus. Yang baju kuning ue makan tak padang orang lain dah. Sedap sangat ker?
Hotsss Guy Who Cook, diaorang lebih suka makan sayur yang dgoreng dan dicelup dalam sup.Menjaga kualiti kesihatan katakan Motif sangat wehh...
This happen at 5 minutes before finishing the marathon. Clean and clear semua . HUHUHUUHHUH (ง •̀_•́)ง
Macam biasa, camera addicted semuanya bebudak ini.
Another side, same habit. Smile :)
Nak cakap apa lagi ar.... tengok jerlah.. (ง •̀_•́)ง jangan marah :)
Threesome......
At the four year being together, bagi aku ada banyak pengalaman yang telah kita lalu bersama. Recah kehidupan bersama mungkin dah sebati. Kalau orang tengah adun kek tue dah boleh dikatakan dah kembang adunan tue tinggal masa untuk masuk oven lagi. Persahabatan kadang kala menguji kejujuran kita dalam menilai diri kita dimata orang lain. Persahabatan merupakan anugerah yang tak ternilai untuk kita jaga sehingga akhir hayat. That all for today. Thanks for your reading my blog.
# Tonight ada party BBQ lagi dekat astaka, pada yang tiada tuewww mohon dengki. hahahahaah
(ง •̀_•́)ง menari nari lagu tamil
6 comments:
laparlaparlapar!!!!
makan-makan jom. Mana cerita macam di KK.
aku merajuk sebab gambar aku ko xsimpan banyak2 !....huaaaaaaaaaaa.... histeria sebentar..
bestnya makan-makan ramai2 :)
Sujen gambar hang memang tak banyak der...
Aku penghibur: Memang menyeronokan. Masa masih belajar nie nak bersama. Dah kerja nanti susah nak jumpa.
Post a Comment