Tarikh: 11/9/2010
Hari: Selasa
Lokasi: Dewan Exam kot
Tempat duduk: Hot seat (30)
Kertas: MT3311P
Tempoh Menjawab: 1jam15minit
Sangat mendugakan aku apabila kertas yang dijawab tadi ada beberapa kesilapan teknikal seperti tidak memberi maklumat yang mencukup serta arahan yang mengelirukan semua org yang ambik paper nie.
Berpeluh gak otak aku berhempas pulah menjawab soklan yang "demand" lebih nie. Soklan trasformation yang melibatkan drawing a polygon mengambil masa setengah jam dan beberapa skolan dibiarkan kosong kerana mmg aku xpaham soklan n xpenah jumpa soklan cam 2.
BTW aku dah jawab ngn sebaik mungkin lah kan. Harap2 aku pass for this paper dan skrang fokus tuk last paper, PM3312P.
YESS, akhirnya tamat juga pengajian aku bagi program persediaan sebelum sambung wat program degree tahun depan. Selama tempoh setahun setengah banyak ilmu dan pengalaman yang dapat aku ceduk buat jadi petunjuk dan panduan yang berguna pada masa hadapan. Kalau nak diceritakan balik apa yang aku lalui kat sini mmg tak kan habis 3 hari kerana banyak betul yang nak dikongsikan bersama. hahahaha.. poyo jer ayat tuu.
Tapi kan duk kat tempat orang dah berjauhan dengan keluarga yang terchenta memang membuat aku menjadi lebih berdikari. Apa tak nya semua urusan dilakukan sendiri dan kawan-kawan juga sedikit sebanyak membantu dalam mewarnai kehidupan di kampus. AKU sebagai pelajar biasa sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan segala nikmat-Nya maka dapatlah aku mengerti erti sebuah kehidupan seorang insan agar mengharagai sesuatu dan sedar akan tugasnya di muka bumi ni.
Yahoooo, minggu depan ialah minggu terakhir aku di Tawau bagi tahun 2010, maka bermulalah cuti semester. Trimas diucapakan kepada pihak yg bertanggungjawab kerana sudi memberi tiket penerbangan percuma pada 20 hrbln nie. Tak sabar rasanya menjejak kaki ke bumi hang tuah dan jumpa keluarga tersayang. Omak den pesan sebelum balik tuuu, beli ikan bilis dari Indrasabah, Udang Kering dan Ikan Keropok kat Pasar Tanjung. Huhuhuh.. ade-ade jer my mom nie. Owkey2 no problems omak.
No comments:
Post a Comment