3/29/2013

Geng pasar malam: Roti John Kari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hari jumaat semua.

Debaaaak debuuuuk dah nak masuk seminggu cuti sekolah dan tinggal beberapa hari lagi nak menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih ada sebelum mendaftar masuk sekolah minggu depan. Menggeletar kepala lutut rasanya bila nak kena masuk sekolah dan jumpa gubeso (guru besar). Susun ayat yang good good dulu sebelum  hari isnin depan. "Assalamuaikum cikgubeso, saya  nak praktikum dekat sini boleh?", ayat skema habis. 


Yang itu kita biarkan dulu kita berbalik kepada tajuk geng pasar malam: "Roti John Kari". Memandangkan cuti masih ada semalam sempat juga melepaskan diri ke pasar malam dekat area balung. Pasar malam setiap khamis. Roti John Kari ini telah menjadi pilihan aku sejak terpacaknya payung pasar malam ini. Sila usya gambar dekat bawah ini kalau nak tahu lagi.... 


 Roti yang telah disalut dengan telur yang ada daging di dalamnya dan di masak sehingga meletop. 



Ini yang dikatakan masak sehingga meletop, asalkan telur tue garing dan kelihatan kuning keperangan sedikit. 


 Part ini yang dikatakan oleh mak cik tue, serbuk kari dan serbuk lain-lain ditabur atas hirisan kubis yang dimasak atas pan itu. kiranya kubis itu telah pun dimasak sebelum disumbat dalam roti nanti.


Tadaaaaaaaa, ini lah hasil menunggu roti john didalam kelam asap sate gerai sebelah, Ini dia roti john kari yang terlebih sos dan mayonis.. Harga: RM 3.50.


Lepas balik pasar malam dapat pula makanan dari langit, terima kasih kerana buat saya kenyang :). Nie nama dia spageti 


 Yang ini aku tak berapa nak sure apa ini yang pasti kandungan dalam dia ada jaggung, kentang, isi ketam dan bebola daging. Aku mendefinisikan ia sebagai sup campur lembab (sebab tak kering tak banjir)

Begitulah realti kehidupan semasa cuti seminggu kali ini, lebih banyak makan berbanding cuti CNY bulan lepas. Rasanya berat badan aku dah naik semua. Chiiitt jahanam misi nak mantain kuruih. Ini baru jew cerita pasal pasar malam belum lagi makan dekat tempat lain lagi. Okay, aku dah nak siap-siap nak pergi solat jumaat satgi. 


Salam Jumaat :)

2 comments:

Anonymous said...

hihihihi...makanan yg selalu target tuh beli kalau g pasar malam... roti john la..:)

Aqim Razali said...

betul tue, roti john juga dirembat dulu