3/30/2013

Percutian Pantas: Sandakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan hai semua

Apa kabau semua, acer senyum sikit biar nampak berseri muka yang dah sedia manis tue, bertambah sweet  lagi bila senyum. Aku tak nak ar korang baca blog aku dalam keadaan monyok, rabak dan kelat. Be happy peeps. Kali ini nak kongsi cerita pasal pengalaman yang ada semasa cuti penggal semester ini. Ha cuti yang bakal berlalu pergi pada esoknya. Aisyyyhhh cepat sungguh masa berlalu. Kalau nak diputarkan kembali masa adalah sesuatu yang mustahil tapi kalau kita lakukan sesuatu yang bermakna pasti mudah untuk kita ingat kembali saat dan ketika perisitwa yang kita telah lakukan itu. 

Sandakan ke Tawau tidaklah jauh mana kalau dilihat pada peta geografi tetapi pada realitinya agak jauh dengan menaiki kenderaan. 4 jam lebih driving sampai sakit tulang belakang, kebas-kebas punggung dan longgar lutut baru sampai sana. Nasib baik taim itu ada driver drifter yang mampu memotong dua buah lori sawit dengan gigihnya. Bebalik kepada motif asal aku pergi Sandakan dengan Shafiq atas dasar meneman Miss Fizah pergi hantar manja dia (kucing) pergi klinik veterinar sakit gigi katanya.




Akhirnya aku dapat menjejak bumi lepas kecut perut,sakit punggung, kejang kaki dan lain lain tanda lenguh dalam kereta. Miss pandu kereta kacil dia macam bawa BMW, semua lori di overtake. Lepas drop manja dekat klinik terus cari tempat nak tidoq malam nanti. Daftar masuk, The Pavilion Hotel menjadi pilihan untuk dijadikan tempat penginapan.


Kebosanan melanda takala ini hanyalah satu percutian pantas semata-mata nak hantar manja untuk menerima rawatan. Alang-alang hantar manja bolehlah juga dianggap berjalan ke Sandakan. Bertapa dalam bilik hotel sampai esok pagi. 


Dah puas bertapa, masa untuk makan malam. Inilah makan malam aku dengan shafiq. Pesan dari bawah, malas sungguh budak dua orang ini nak makan dekat bawah, huhuhuhu. Angkat telefon bilik dan pesan makan, oder itu ini last-last dapat yang ini. Makan jerlah apa yang ada.

Nasi dengan kari ayam dan Mushroom Soup. 



اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Islam

Amiinnnnn, jangan lupa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya


Dalam cemas-cemas sempat juga shafiq melawat sedara dia dekat Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre pada keesokan harinya



Eeeeehhh kita pun ada juga ar. Tak lama dekat situ tapi sempat juga jumpa orang hutan yang tengah tunjuk bakat panjat pokok buluh. Lepaih itu, pusing balik semua ke bandar pergi klinik haiwan untuk tengok keadaan manja. Manja telah diisytiharkan mengalami jangkitan pada gusi dan terdapat gigi yang rosak dan perlu dicabut. Maka appointment telah dibuat dua minggu akan lagi manja akan dibawa semula ke klinik untuk dicabut gigi. Amboi lama juga, lepaih itu dengan pantasnya aku dilantik untuk menjadi pemandu untuk perjalan pulang ke Tawau. Perghhhhh, non stop driving boleh buat aku kerem punggung lepas sampai sana. Sebolehnya nak sampai sini seblelum malam kerana agak bahaya bila dah malam dekat sini; Tapi aku sebagai pemandu yang berhemah telah berjaya memandu pecut meskipun lewat sedikit, biar lambat asalkan selamat. Sebenarnya belum puas mana pun berjalan insyallah ada rezeki ruang dan masa akan aku datang juga ke Sandakan buat kali kedua. 


2 comments:

anak ayah said...

uiyooo! jenjalan sampai sandakan laa --,

btw, slmt berpraktikum mus ^_~

Aqim Razali said...

benda tak dirancang pun tapi sekurang-kurangnya dapat pergi sana. Thanks, selamat praktikum