Hari ini rasa macam nak upload gambar dengan banyaknya. Awas dengan amaran ini. hehehehe. Minggu ini merupakan minggu kedua bagi sem baru ini. Maka minggu berhibernasi telah pun tamat (tak dapat ar nak baring telentang atas katil). Sebenarnya minggu lepas tak ada ler lek mana pun sebab sibuk dengan kuliah dan itu ini Penat penat tau tak.
Apa-apa pun gambar tuan punya blog kena mendahului gambar-gambar lain. Handsome tak? Melting tak? Menggoda tak?. *hahaha :_)
Selamat datang diberi kepada students baharu yang mendaftar hari isnin lepas dan selamat berlajar dekat ipg ini sampai grad. Sekarang ini mereka semua tangah menjalani aktviti minggu pengurusan pelajar baharu. Bila tengok bebudak ini terasa tuanya bila melihat beza jarak umur sebanyak lima tahun.
Oleh kerana kemasukan unit sahaja maka kemasukan budak baru tak adalah ramai sangat, hanya sekadar satu kelas sahaja. Ini pun selepas dua tahun berturut-turut tak ada kemasukan pelajar baharu kat kampus ini.
Sesi taklimat minggu pengurusan pelajar baharu.
Kita tamatkan cerita pelajar baharu di sini. Nak cerita pasal projek inovasi yang baru jer aku dan ahli kumpulan yang lain bentang semasa pameran inovasi. Penat juga ar hari ini. Projek ini dibuat dalam tempoh 4 hari. Mula dengan brain stroming untuk creat core idea pastue terus gerak siapkan projek ini minggu part masing-masing.
ini adalah sebahagian daripada peserta inovasi pada kali ni.
Haaaa yang ini baru produk kitaorang. Buku cerita yang disertakan dengan QR Code (Quick Response Code ). QR kod yang diletakan pada setiap muka surat buku cerita ini adalah bertujuan memberi panduan kepada kanak-kanak untuk melihat video animasi yang telah bina dalam satu portal pembelajaran. Cara pengguaaannya mudah sahaja, contohnya murid mambaca pada muka surat 1 dan selepas itu dengan menggunakan telefon pintar, imbas kod berkenaan dan murid akan dapat melihat video animasi pada laman sesawang yang kami sediakan. Video animasi itu sama seperti apa yang dibaca oleh murid pada muka surat itu. Secara tidak langsung dapat merangsang lagi imaginasi murid serta melatih murid untuk bercerita dan menyebut dengan sebutan dan intonasi yang jelas dan betul.
Kebaaabooooom (bunga api). Taniah buat group aku yang berjaya menarik perhatian orang ramai dan kami pun puas hati dengan feed back orang ramai mengenai produk kitaorang.
Ok, chaw sys :)
No comments:
Post a Comment