Showing posts with label ahad yang membosankan. Show all posts
Showing posts with label ahad yang membosankan. Show all posts

1/30/2012

Kisah Hari Ahad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam hari ahad 29 Januari merupakan hari terakhir cuti seminggu sempena tahun baharu cina. Ramai pelajar yang bercuti di halaman kampung kembali semula ke rumah kedua mereka. Bagi guwa disini rumah kekal guwa selama satu semester ini. Guwa tak akan ada peluang nak bercuti sakan di rumah sebab harga tiket kapal terbang masa kini tak mampu dibiayai oleh student yang mengharapkan elaun kerajaan beri. Kadang-kadang perasaan hasad dengki cemburu dengan member member anak negeri yang balik rumah setiap kali cuti. Namun ,guwa yang berjiwa kental ini menepis nepis perasaan itu kerana guwa yakin lagi optimis dengan ketentuan ilahi yang memberikan guwa ruang dan peluang untuk merantau ke negeri orang dan belajar bersabar serta berkorban. Hehehehe ayat tak boleh belah tapi siyes tue yang guwa rasa.

Sudah dinamakan cuti maka segala tugasan kuliah disimpan dalam peti dan dikunci agar tak terbau pun semasa cuti. Boleh pula macam itu. Namun, sehebat mana guwa cuba lupakan kerja kerja itu semua tetapi akhirnya menghantui diri guwa sendiri. Padahnya hari terakhir cuti guwa terpaksa berusaha bertungkus lumus menyiapkan tugasan Independent Self Learing (ISL) dan tutorial. Masa inilah guwa terkial kial nak cari bahan dan siapkan kerja ini. Masa guwa menaip guna microsoft word feeling dia tak sama dengan taip sesuatu post ditwitter, facebook dan juga blog. Rasa malas dan hujung jari rasa sakit menekan nekan papan kekunci latop. Argggghh persetan itu semua, alasan bagi insan yang malas. hahahahaha. Memandangkan guwa dah terlepas waktu mengantuk biasanya dalam pukul sepuluh sehingga pukul dua belas malam maka guwa sekarang sedikit pun tak rasa mengantuk oh demmmm esok guwa ada kelas pukul 7.30 pagi sampai pukul 1.00 petang dan petangnya nak berjimba jimba urusan di bandar. Boleh pulak layan citer A Very Harold and Kumar Christmas in 3D. Jadahnya gelak sorang sorang jap lagi kena sepuk dengan rumate guwa yang dah tidur. Apa apa pun kerja guwa dah beres dan berharap ada lecture yang lupa dia ada kelas boleh guwa rehat sekejap.


Perkakas yang ada atas meja belajar guwa, lebih makan dari buku dan nota. Guwa kena wajib berhenti tengok citer mengarut tue mata guwa pun dah berpinar pinar. Esok guwa kena ceragas sebagai pelajar cemerlang biasa tapi boleh berpotensi tinggi perlu fokus dan memberi komitmen dalam kuliah dengan cemerlangnya. Masa untuk berasamara dengan tilam guwa yang disentuh dan raba sejak pagi tadi kesian dia. 

Terima kasih kerana sudi membaca kisah yang tak seberapa ini.










   

1/29/2012

My money keeps....

My money keeps...

success in happiness. Success means you will survive in society. Success means you have a good paying job. Success means you will able to provide for yourself and your family.

Money is there are to buy happiness But then... why do we feel the need buy expensive cloth/product? to appear successful... even when you buy that new shirt you want you'll still go back to wanting something else in a few days. The happiness only last for a week. And that allusion of "happiness" only relies on your money.

depressing isn't?

depressing = unhappiness 

... buying me

unhappiness





   

9/25/2011

You Saka Pergi Jauh Jauh

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera Buat Kalian Semua.

Sejak kebelakangan ini dalam dua tiga hari nie wa terasa berat bahu memikul beban saka yang sentiasa mengekori duapolohempat jam. Keadaan ini berlarutan hingga kini. Rasa resah memburu wa sepanjang masa. Patut wa selalu keletihan sehingga wa tertidur (pedahal kaki tido). Wa tertekan dengan peristiwa aneh nie. Kina tiba masanya wa cari jalan penyelesaian bagi menghapuskan saka-saka yang durjana ini.



  • Minggu ini wa  kena bertarung dengan saka assingment dah berasak asak sampai wa tak lena tidur. 
  • Saka exam buat wa seram sejuk sebab wa belum buat revision lagi (last minute study lagi berkesan).
  • Gastrik kali nie merasuk kejam, ruined my day with pain. Elok-elok wa chubby dulu skrang dah kering.
  • Saka yang tak boleh dibuang, kemalasan di hujung minggu buat wa malas nak gerak sana sini.
Dengarkan kata kata ini wahai saka saka semua 
"You Saka Pergi Jauh Jauh!!!!!!!".

ps:// Gagal Merancang Merancang Kegagalan. Manage ur self and time wisely so no stress no pressure No Saka