Semalam hari ahad 29 Januari merupakan hari terakhir cuti seminggu sempena tahun baharu cina. Ramai pelajar yang bercuti di halaman kampung kembali semula ke rumah kedua mereka. Bagi guwa disini rumah kekal guwa selama satu semester ini. Guwa tak akan ada peluang nak bercuti sakan di rumah sebab harga tiket kapal terbang masa kini tak mampu dibiayai oleh student yang mengharapkan elaun kerajaan beri. Kadang-kadang perasaan hasad dengki cemburu dengan member member anak negeri yang balik rumah setiap kali cuti. Namun ,guwa yang berjiwa kental ini menepis nepis perasaan itu kerana guwa yakin lagi optimis dengan ketentuan ilahi yang memberikan guwa ruang dan peluang untuk merantau ke negeri orang dan belajar bersabar serta berkorban. Hehehehe ayat tak boleh belah tapi siyes tue yang guwa rasa.
Sudah dinamakan cuti maka segala tugasan kuliah disimpan dalam peti dan dikunci agar tak terbau pun semasa cuti. Boleh pula macam itu. Namun, sehebat mana guwa cuba lupakan kerja kerja itu semua tetapi akhirnya menghantui diri guwa sendiri. Padahnya hari terakhir cuti guwa terpaksa berusaha bertungkus lumus menyiapkan tugasan Independent Self Learing (ISL) dan tutorial. Masa inilah guwa terkial kial nak cari bahan dan siapkan kerja ini. Masa guwa menaip guna microsoft word feeling dia tak sama dengan taip sesuatu post ditwitter, facebook dan juga blog. Rasa malas dan hujung jari rasa sakit menekan nekan papan kekunci latop. Argggghh persetan itu semua, alasan bagi insan yang malas. hahahahaha. Memandangkan guwa dah terlepas waktu mengantuk biasanya dalam pukul sepuluh sehingga pukul dua belas malam maka guwa sekarang sedikit pun tak rasa mengantuk oh demmmm esok guwa ada kelas pukul 7.30 pagi sampai pukul 1.00 petang dan petangnya nak berjimba jimba urusan di bandar. Boleh pulak layan citer A Very Harold and Kumar Christmas in 3D. Jadahnya gelak sorang sorang jap lagi kena sepuk dengan rumate guwa yang dah tidur. Apa apa pun kerja guwa dah beres dan berharap ada lecture yang lupa dia ada kelas boleh guwa rehat sekejap.
Perkakas yang ada atas meja belajar guwa, lebih makan dari buku dan nota. Guwa kena wajib berhenti tengok citer mengarut tue mata guwa pun dah berpinar pinar. Esok guwa kena ceragas sebagai pelajar cemerlang biasa tapi boleh berpotensi tinggi perlu fokus dan memberi komitmen dalam kuliah dengan cemerlangnya. Masa untuk berasamara dengan tilam guwa yang disentuh dan raba sejak pagi tadi kesian dia.
Terima kasih kerana sudi membaca kisah yang tak seberapa ini.
2 comments:
isl? oh.no!!
semangat gila kowt even last minit.
;p
guwakan calon student cemerlang menjelang tahun 2015
Post a Comment