1/07/2012

Bila Baju Dah Tak Muat


Berpakaian segak bergaya, kaki disarungkan dengan kasut sukan berwarana ungu kelabu yang dah hampir hampir reput. Mengatur setiap langkah dengan kemas. Pergerakan lincah menjadi tumpuan. Genggaman tangan usah dipertikaikan lihat sahaja pukulan servis yang dilakukan. Setiap pukulan membawa makna kejayaan. Percikan peluh yang mengalir menghurai kesungguhannya..........

Mungkin kali pertama bagi aku dalam tahun ini keluar dari bilik untuk melakukan aktiviti bersokan. Maka apa yang digambarkan seperti di atas itu adalah tidak mungkin terjadi sama sekali. Guwa bangun dari katil dengan muka setoyer mungkin setelah beberapa kali diasak oleh Shazwan yang mengajak guwa main tenis petang tadi. Guwa boleh lupa mana letaknya kasut sukan. Jalan pergi court tenis pun macam orang nak tak nak jer. Mula mula warm up dulu, setakat pusing court dua kali terus main. Kasi servis macam budak budak baru pegang raket sumpah bikin member angin. 

Akhirnya guwa sedar akan diri ini, sudah sebulan lebih duduk rumah dengan aktiviti sehat seperti menghabiskan nasi dengan lauk yang ada dan mengadap tivi tiap tiap hari. Guwa sedar akan keadaan tubuh badan guwa telah berubah hasil daripada pemerhatian 'bila baju dah tak muat'. Kini tiba masanya mencari solution bagi membolehkan guwa memakai baju baju yang ada dengan selesanya. Akhirnya guwa main dengan bersungguh sungguh tadi. Rasa tak puas pula tadi, esok turun lagi.

sideview: tadi ramai juga yang bersokan, agaknya baju dah tak muat gak kot...










   
   


No comments: