Showing posts with label relex. Show all posts
Showing posts with label relex. Show all posts

2/14/2012

Sesuatu yang Terindah-Kapalai *& Mabul #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Curi-curi update dalam kelas math, kasi hilang mengantuk kalau jari jemari menaip sesuatu.

 Penyu hijau menikmati renangan terapung yang baru dipelajari
 Tengah syok syok snorkeling tetiba jer hujan, spoil mood.
 Hujan lebat bukan halangan untuk menikmati keindahan dasar laut yang terindah ciptaan yang Maha Esa, Subahannallah, sumpah cantik macam dekat dalam television ikannya, batu karangnya.
 Masih tak puas puas melihat yang terindah di dasar laut, ohsome.
 Nice, anak abah membantu auntie yang dalam keadaaan yang semput, hahahaha
 Kalau tak silap guwa nie dah kat Mabul, pemandangan dasar laut lagi cantik dan mengujakan
 The Trio Unie
 Guwa yang gelap akan tetap terus gelap.
 Anak abah yang paling selekeh, aktiviti ronda-ronda sekitar Pulau Mabul, tengok kampung orang.
 Dah macam romnbongan sekolah.
 Mybeautiful so sweet. huhuhuhhu
 Menurut cerita yang nie bekas pelantar minyak. Siyes cantik view nie.
 Terkejar atau mengejar?
 Badak melompat.
 Mybeautiful got a new ohsome gitf.
 Ada ikan kering ek, boleh dibeli bawak balik.
 Rumate guwa try buat bising kat kampuang orang, buat malu jer..
 Cantikkan pantai kat sini, susah nak cari kat tempat lain
Dua orang pelancong asing cuba buat marathon sepanjang pantai, ahaksss. 

Owkeh owkeh itu sahaja untuk kali nie.
Terima kasih kerana sudi membaca ini.:)

               

1/11/2012

JoHaRa Pagi ERA, English Class

Assalamuaikum semua.



Kenapa korang kena dengar JoHaRa Pagi ERA? JoHaRa Pagi ERA - Sketsa Johan



Takala pagi pagi dah mula kelas tapi bila sampai kelas terasa super hampa sebab lecture tak masuk. Maka guwa tak nak sia siakan masa pagi ini dengan masuk kelas English, JoHaRa Pagi ERA. Word pagi ini ialah 'lucrative' yang bermaksud lumayan. Dalam kelas nie banyak gelak dari belajarnya.  Daripada duk melopong pagi pagi sekurang kurangnya ada belajar sesuatu sambil berhibur. Apa-apa pun tengok jerrrrlah gelagat 3orang DJ ERA nie.



sideview: lucrative atau lukreatif.

1/07/2012

Bila Baju Dah Tak Muat


Berpakaian segak bergaya, kaki disarungkan dengan kasut sukan berwarana ungu kelabu yang dah hampir hampir reput. Mengatur setiap langkah dengan kemas. Pergerakan lincah menjadi tumpuan. Genggaman tangan usah dipertikaikan lihat sahaja pukulan servis yang dilakukan. Setiap pukulan membawa makna kejayaan. Percikan peluh yang mengalir menghurai kesungguhannya..........

Mungkin kali pertama bagi aku dalam tahun ini keluar dari bilik untuk melakukan aktiviti bersokan. Maka apa yang digambarkan seperti di atas itu adalah tidak mungkin terjadi sama sekali. Guwa bangun dari katil dengan muka setoyer mungkin setelah beberapa kali diasak oleh Shazwan yang mengajak guwa main tenis petang tadi. Guwa boleh lupa mana letaknya kasut sukan. Jalan pergi court tenis pun macam orang nak tak nak jer. Mula mula warm up dulu, setakat pusing court dua kali terus main. Kasi servis macam budak budak baru pegang raket sumpah bikin member angin. 

Akhirnya guwa sedar akan diri ini, sudah sebulan lebih duduk rumah dengan aktiviti sehat seperti menghabiskan nasi dengan lauk yang ada dan mengadap tivi tiap tiap hari. Guwa sedar akan keadaan tubuh badan guwa telah berubah hasil daripada pemerhatian 'bila baju dah tak muat'. Kini tiba masanya mencari solution bagi membolehkan guwa memakai baju baju yang ada dengan selesanya. Akhirnya guwa main dengan bersungguh sungguh tadi. Rasa tak puas pula tadi, esok turun lagi.

sideview: tadi ramai juga yang bersokan, agaknya baju dah tak muat gak kot...










   
   


10/09/2011

Sunday Syndrome

Assalamuaikum dan Selamat Bercuti. :)

Hari dah nak masuk petang dah pukul 12 tengah hari ko masih berada atas katil puaka dibuai mimpi-mimpi indah. Ko mimpi makan gulai tempoyak ikan patin, makan dengan lahap sebab dah pukul 12 siapa tak lapar. Tapi realitinya bila ko bangun tido ko lap air liur basi sebagai bekpes lunch yang lazat.

Ko habiskan masa dalam shower dengan menyental rambut ko ala ala korea gitu dengan mata ko masih tertutup rapat. Ko berangan mandi kat dalam suiming pool sambil buat aksi-aksi renang berirama. Realitinya setitik air pun tak kena kan badan ko sebab ko malas nak mandi.
Berjalan ke ampai baju dah macam orang mabuk, ko berangan menggunakan super power ultramen untuk jemur baju ko dan melawan angry bird dan green piggy. Tapi realitinya ko tak pernah basuh baju hujung minggu sebab ko tak ada masa untuk itu semua. 
Depan rezki dan awek ko buat hal. Ko banyangkan ko makan lamb chop berdua kat restoran mewah. Realitinya ko masih lagi tidur, nasi yang ko ambil tadi langau dah sebat dan awek ko makan hati dah siap pegang garpu nak korek biji mata ko.

Itu pucanya dari....




Nie semua gara-gara semalam ko telah berjimba-jimba dengan kekawan ko main game guna WLAN kampus....

ps:// hahaha pepahal enjoy ur weekend dan pandai-pandailah nak bagi-bagi masa.... 





  

10/04/2011

Bikin guwa angry jer.

Assalamuaikum dan Salam Selasa