Showing posts with label hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label hujung minggu. Show all posts

2/18/2012

Tertinggal

Kemarin kau tertinggal.

Semalam kau tertinggal.

Hari ini kau masih tertinggal.

Esok mungkin kau tertinngal.

Lusa kau akan tetap tertinggal.

Sudah-sudahlah tinggalkan yang tertinggal itu.

Pastikan  ada yang tak akan meninggalkan kau bersendirian.

Jawapannya ada pada yang tertinggal itu.





   

1/26/2012

Missing You, Flashmob KLIA

Muuunngkin ramai dah tengok video persembahan Flash mop mop mob  yang terdiri daripada 100 penyanyi & penari sebagai salah satu hiburan spontan sempena sambutan tahun baru.
Just nak dikongsikan bersama-sama.
Sharing is power of knowledge and view.



1/25/2012

Malu malu lagi ke?

Paberet song guwa bulan nie. Tiap tiap hari pasang lagu nie dan dapat sokongan memberangsangkan dari roomate guwa yang tak disangka sangka hafal lirik lagu nie. Malah disebutkan sebagai lagi wajib dalam playlist guwa.

Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

payah nak tulis lirik panjang panjang just clik play on this video.



10/21/2011

Thai Movie Addicted: Crazy Little Thing called Love (aka First Love)

Assalamuaikum dan heylo..

Kemunculan minggu yang ada berkaitan dengan cuti umum di Malaysia ini ada kalanya guwa terpaksa bertahan dan menahan sebak dan kerinduan hendak balik tanah malaya. Takala hari ini semua orang dah angkat kali pulang ke rumah dan bertemu yang tersayang, guwa melayang kebuntu minda yang dah mula menjengkelkan dengan kesunyian seketika dengan menonton 'Carzy Little Thing Called Love (aka First Love) . Perggggg layan jiwa felling fall in love jap. Menyampah... 

First love mengisarakn realiti kehidupan apabila hati seorang remaja perempuan yang ter'crush' dengan senior dia. Sesungguhnya cinta itu gila, dia sanggup melakukan perubahan 360' demi mendapatkan perhatian dan cinta sang arjuna yang telah meranggut cintanya. Persoalan sebagai seorang junior yang comot geek, dan huru hara mampukan dia memperoleh cinta pada zaman persekolahanya...

Malas guwa nak bagitwa lebih-lebih, nanti korang malas pulak nak memonoton First Love.







 
 




   
 

10/09/2011

Sunday Syndrome

Assalamuaikum dan Selamat Bercuti. :)

Hari dah nak masuk petang dah pukul 12 tengah hari ko masih berada atas katil puaka dibuai mimpi-mimpi indah. Ko mimpi makan gulai tempoyak ikan patin, makan dengan lahap sebab dah pukul 12 siapa tak lapar. Tapi realitinya bila ko bangun tido ko lap air liur basi sebagai bekpes lunch yang lazat.

Ko habiskan masa dalam shower dengan menyental rambut ko ala ala korea gitu dengan mata ko masih tertutup rapat. Ko berangan mandi kat dalam suiming pool sambil buat aksi-aksi renang berirama. Realitinya setitik air pun tak kena kan badan ko sebab ko malas nak mandi.
Berjalan ke ampai baju dah macam orang mabuk, ko berangan menggunakan super power ultramen untuk jemur baju ko dan melawan angry bird dan green piggy. Tapi realitinya ko tak pernah basuh baju hujung minggu sebab ko tak ada masa untuk itu semua. 
Depan rezki dan awek ko buat hal. Ko banyangkan ko makan lamb chop berdua kat restoran mewah. Realitinya ko masih lagi tidur, nasi yang ko ambil tadi langau dah sebat dan awek ko makan hati dah siap pegang garpu nak korek biji mata ko.

Itu pucanya dari....




Nie semua gara-gara semalam ko telah berjimba-jimba dengan kekawan ko main game guna WLAN kampus....

ps:// hahaha pepahal enjoy ur weekend dan pandai-pandailah nak bagi-bagi masa....