Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

7/01/2013

Projek Makan: Warisan Ibu

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Kali ini nak bagitau tentang makanan. Ahad lepas (mean semalam) merupakan hari makan-makan buat perut-perut insan yang sentiasa lapar. Diyakini ada bela anak naga dalam perut. Padan buncit. hahaha. Okay kali ini projek makan-makan telah diketuai oleh Miss Mj dan dibantu oleh krew-krew (sila rujuk bawah) yang sentiasa ada masa untuk projek ini. 

Kali ini keluar makan untuk brunch (breakfast dan lunch), macam mana boleh jadi brunch sebab waktu makan tue in the middle antara breakfast dan lunch. Alang-alang terus jer brunch. 


Miss Amirah (Team Leader) 

Krew Makan-makan: Zul, Shafiq & Afifi

Minuman paling menyegarkan pada saat dan ketika itu, Avocado Blend. Siyes sedap ini kerana 100 % avokado dalam cawan di atas malah rasa lemak-lemak berkrim avokado tue buat rasa nak sedut sampai habis, srrooot srrooott. (Sengaja bagi korang teleng tengok ini) 

Pekena Roti Cobra sebelum makan betul-betul. Cobra??? Letak kari cobra ke? Entahlah mana datang nama cobra yang penting atas roti canai tue ada telur mata dan kuah banjir. Yang ini aku punya sebab lapar nak arwah kot selepas 6 jam dari aku bangun subuh, barulah dapat hidu dan rasa makan. Azab tak azab hehehehe. (Ada banyak cobra ni dekat kedai mamak kat Tawau)


Mee goreng mamak yang di oder oleh Afifi. Siyes kenyang dengan dilimpahi dengan isi ayam dalam mee goreng mamak ini. Terasa mamaknya.

Om om om om yum, nasi ayam mayonis. Rupanya macam lebih kurang nasi ayam biasa cuma olahanya pada ayam goreng yang diletakan mayonis. Yang nie dioder oleh Syafiq. 


Yang ini kuay teow goreng mamak yang beraja dihati Miss Team Leader. Macam mee goreng tadi penuh dengan isi ayam dan rasa mamak tue yang penting,

Tataaaaaa yang ini yang spesial dekat sini, Nasi Goreng Wariasan Ibu. Haaa yang ini baru aku punya. Nasi goreng ini macam betuk gunung berapi yang nak meletop di dalamnya ada lauk (lava yang akan meruap ruap keluar ke ladang gandum pop jadilah..... bukan iklan coco curch yerr) dan di kelilingi dengan keropok belinjo. Sumpah azab kenyang bila nak kena habiskan ini. Banyak sungguh isi lauk dan nasi. Lepas makan kena lari 8 padang baru kuruih balik.





Nak tahu dekat mana ini?



Boooooommmmm (party poppers sound)


Restoran Warisan Ibu, Jalan St. Patrick Tawau. 



Okay dah siap ada peta dari google, bolehkan nampak jalan ke Warisan Ibu. Okay, kepada sesiapa yang tak tahu nak makan apa di mana, when you are here in Tawau. Datang ler ke restaurant Warisan Ibu  yang terletak di tengah Bandar Tawau, berhadapan bangunan LA Hotel. Warisan Ibu menyediakan makanan tempatan, makanan indonesia  dan makanan barat.

Lepas makan masing-masing duk tayang perut.



*Potpetpopet: gambar gua tak ada dalam cerita ini Y_Y

1/26/2012

Missing You, Flashmob KLIA

Muuunngkin ramai dah tengok video persembahan Flash mop mop mob  yang terdiri daripada 100 penyanyi & penari sebagai salah satu hiburan spontan sempena sambutan tahun baru.
Just nak dikongsikan bersama-sama.
Sharing is power of knowledge and view.



11/23/2011

Kembali ke lubuk

Assalamuaikum dan Hye hye semua

Setelah sekian lama dah menghentak-hentak papan kekunci dengan lacangnya akhirnya telah kembali ke pada lubuk dunia blogger. Siyes guwa cakap agak kekok bila nak buat satu post yang macam nie. Kehilangan selama ini disebabkan guwa agak sibuk sebelum peperiksaan semester dan  pekse kali ini betul betul menguji akal  malah guwa pedap giler masa jawap kertas murid dan alam belajar, belajar bagi nak rak tapi tak dapat jawap dengan baik, tapi kawan kawan belajar sambil nari zapin  dan poco poco tapi boleh score . Rasa nak koyak koyak kertas jawapan diaorang tapi takut nanti kena belasah berjemaah pulak. 
Sekarang semester dua dah habis dan guwa gak dah kembali ke lubuk asal guwa. Finally i at home sweet home in Melaka. Siyes gembira tak terkata takala menghirup udara tanah air sendiri biar pun kelat dengan kentut dan yang bestnye jumpa sanak saudara dan keluarga tersayang. Sekarang nie masih blur ayam nak merancang cuti semester nie supaya terisi dengan pekara yang berpaedah dan pekara seperti ini tak terjadi :
  • Bawa kucing-kucing bersiar-siar kat pantai pastue kat pasar ikan.
  • duduk mengadap depan laptop sampai mak baling dengan kuali.
  • Tidur sampai tengah hari dan abah ko dah siap telepon ambulance sebab cuak ko tak bangun bangun.
  • Duduk layan running man, ketawa terbahak bahak sampai tak ingat nak solat.
     
Dan hari ini dah 3 hari kat rumah masih belum buat apa apa lagi, masih lagi duduk depan tv tekan tekan punat alat kawalan jauh.Siyes, semua siaran gagal memberi layanan terbaik baik guwa layan blogger jadi silent reader jerr.. hahahahaha. 







   

10/21/2011

Thai Movie Addicted: Crazy Little Thing called Love (aka First Love)

Assalamuaikum dan heylo..

Kemunculan minggu yang ada berkaitan dengan cuti umum di Malaysia ini ada kalanya guwa terpaksa bertahan dan menahan sebak dan kerinduan hendak balik tanah malaya. Takala hari ini semua orang dah angkat kali pulang ke rumah dan bertemu yang tersayang, guwa melayang kebuntu minda yang dah mula menjengkelkan dengan kesunyian seketika dengan menonton 'Carzy Little Thing Called Love (aka First Love) . Perggggg layan jiwa felling fall in love jap. Menyampah... 

First love mengisarakn realiti kehidupan apabila hati seorang remaja perempuan yang ter'crush' dengan senior dia. Sesungguhnya cinta itu gila, dia sanggup melakukan perubahan 360' demi mendapatkan perhatian dan cinta sang arjuna yang telah meranggut cintanya. Persoalan sebagai seorang junior yang comot geek, dan huru hara mampukan dia memperoleh cinta pada zaman persekolahanya...

Malas guwa nak bagitwa lebih-lebih, nanti korang malas pulak nak memonoton First Love.







 
 




   
 

3/17/2011

Nak lagi boleh...

Hello and BIG SMILE :) to all my follower and stalker. Ada ker orang nak stalker blog aku yang sememeh nie. 
Hari ini dah masuk hari yang ke-lima aku berada di LD (Lahat Datu) dan cuti pun dah nak sampai ke penghujungnya. Memang tak diduga cepat betul masa berlalu. Rasa cam baru dua tiga hari cuti dan baru nak setart jejalan area-area LD ini. Aku masih lagi dalam mood cuti meskinpun dalam kepala otak ini duk ligat pikir pasal assigment yang tengah buat Q line berebut-rebut suh aku peluk dan belai sekor-sekor.

P/S: Bole tak kalau aku extent cuti ini lagi, please.....?????





   

2/06/2011

Tinggal Sisa-Sisa Masa Sahaja, Sempat Lagi Owkey...

Masa yang ku rasa kan kini bergerak pantas seperti LRT yang sarat dengan isi di dalamnya bergerak pantas menuju ke perhentian seterusnya.

Apa kes nie????

Coopppp2.....

Nak demo jam baharu daaaaaa......
JAM QUARTZ dari DAISO JAPAN.
Dah tak perlu tengok jam VAIO lagi..


Cuti CNY dah nak pon habis... Nak extend cuti boleh tak???

Mari kita menghabiskan sisa-sisa cuti ngn benda2 yang berpaedah cikit....


FRIDAY

Bonce back to Tawau Tercehenta nie, huh! Sedih giler nak tinggalkan ghumah.


Bahbye AKIL

SATURDAY

Jejalan PUTAU2 (putar2 in melaka) satu Bandar Tawau dgn tiga orang hot chicks nie, Amirah, Afifah dan Nusrah. Aku! sebagai pilot ari tue. Memang best lah kuar ngn korang sebab MAKAN banyak, BELI tak ingat dunia, LAWAK habis, dan LETIH tak terasa cuma cam nak kerusi urut OGAWA jer...

Muka paling POYO di Malaysia..

List makanan dan minuman ari tue:

  • Roti telur
  • Horlicks ais
  • KFC 
  • Air soya
  • Air oren
  • Air sembayang ( eh boleh minum ke?)
  • Air mineral ( nak masuk list gak)
  • Air milo cincau
  • Nasi lalap 
Camgine rupa nasi lalap, memang marvelous kata orang lah...


Mak oi! ari tue perut pon dah macam 'air beg' yang penuh dengan udara2 tercemar.


Ade apa dengan sekokin getah yang dicari oleh Afifah?

Cam nie kot setokin getah yang Pah nak beli nie nak dipadankan dengan kasut getah.



SUNDAY DAH :(

Last day dah before start kelas semula.

Aktiviti hari nie

  • Bangun lewat giler (sumpah mak aku bising klu dia tahu ni)
  • Makan tengahari dengan 'sayang' pas tue dok mengumapat together2
  • Kemas bilik yang dah macam UFO yang bakal terhepas sekejap lagi
  • Pasang alamari baru
  • Buat macam2 lagi (malas nak bagitau )



Almari baharu dalam bilik aku..Jangan tanya kenapa kotak tue kaler PINK tau sebab memang tak ada jawapan untuk itu. Kini susunan lebih kemas berbanding dulu dan kehiduapan dalam 'gua' (terasa cam zaman paleolitik doe) nie lebih selesa. 
MONDAY, Esok lah (planing note)
  • Gi kuliah cam biasa lah kan (mood cuti lagi)
  • Bagi ole2 dari melaka tuk kelas mate (just want to share something)
  • Bagi something untuk 'sayang' (OMG, belum siap lagi dah)
  • Dah itu jer kot event besau dalam hari esok, harap2 semuanya berjalan lancar, amin....

p/s: morality mutual support respect