3/31/2013

Daftar Masuk

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan hai semua

Daftar Masuk Semula Ke Sekolah

Mohon diberikan kesenangan, kemudahan, kekekuatan, kesungguhan, dan kesabaran untuk menghadapi cabaran hidup ini. Mudah-mudahan. 



Popetpopet: Lima setengah pagi dah kena gerak pergi sekolah T_T

3/30/2013

Percutian Pantas: Sandakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan hai semua

Apa kabau semua, acer senyum sikit biar nampak berseri muka yang dah sedia manis tue, bertambah sweet  lagi bila senyum. Aku tak nak ar korang baca blog aku dalam keadaan monyok, rabak dan kelat. Be happy peeps. Kali ini nak kongsi cerita pasal pengalaman yang ada semasa cuti penggal semester ini. Ha cuti yang bakal berlalu pergi pada esoknya. Aisyyyhhh cepat sungguh masa berlalu. Kalau nak diputarkan kembali masa adalah sesuatu yang mustahil tapi kalau kita lakukan sesuatu yang bermakna pasti mudah untuk kita ingat kembali saat dan ketika perisitwa yang kita telah lakukan itu. 

Sandakan ke Tawau tidaklah jauh mana kalau dilihat pada peta geografi tetapi pada realitinya agak jauh dengan menaiki kenderaan. 4 jam lebih driving sampai sakit tulang belakang, kebas-kebas punggung dan longgar lutut baru sampai sana. Nasib baik taim itu ada driver drifter yang mampu memotong dua buah lori sawit dengan gigihnya. Bebalik kepada motif asal aku pergi Sandakan dengan Shafiq atas dasar meneman Miss Fizah pergi hantar manja dia (kucing) pergi klinik veterinar sakit gigi katanya.




Akhirnya aku dapat menjejak bumi lepas kecut perut,sakit punggung, kejang kaki dan lain lain tanda lenguh dalam kereta. Miss pandu kereta kacil dia macam bawa BMW, semua lori di overtake. Lepas drop manja dekat klinik terus cari tempat nak tidoq malam nanti. Daftar masuk, The Pavilion Hotel menjadi pilihan untuk dijadikan tempat penginapan.


Kebosanan melanda takala ini hanyalah satu percutian pantas semata-mata nak hantar manja untuk menerima rawatan. Alang-alang hantar manja bolehlah juga dianggap berjalan ke Sandakan. Bertapa dalam bilik hotel sampai esok pagi. 


Dah puas bertapa, masa untuk makan malam. Inilah makan malam aku dengan shafiq. Pesan dari bawah, malas sungguh budak dua orang ini nak makan dekat bawah, huhuhuhu. Angkat telefon bilik dan pesan makan, oder itu ini last-last dapat yang ini. Makan jerlah apa yang ada.

Nasi dengan kari ayam dan Mushroom Soup. 



اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Islam

Amiinnnnn, jangan lupa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya


Dalam cemas-cemas sempat juga shafiq melawat sedara dia dekat Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre pada keesokan harinya



Eeeeehhh kita pun ada juga ar. Tak lama dekat situ tapi sempat juga jumpa orang hutan yang tengah tunjuk bakat panjat pokok buluh. Lepaih itu, pusing balik semua ke bandar pergi klinik haiwan untuk tengok keadaan manja. Manja telah diisytiharkan mengalami jangkitan pada gusi dan terdapat gigi yang rosak dan perlu dicabut. Maka appointment telah dibuat dua minggu akan lagi manja akan dibawa semula ke klinik untuk dicabut gigi. Amboi lama juga, lepaih itu dengan pantasnya aku dilantik untuk menjadi pemandu untuk perjalan pulang ke Tawau. Perghhhhh, non stop driving boleh buat aku kerem punggung lepas sampai sana. Sebolehnya nak sampai sini seblelum malam kerana agak bahaya bila dah malam dekat sini; Tapi aku sebagai pemandu yang berhemah telah berjaya memandu pecut meskipun lewat sedikit, biar lambat asalkan selamat. Sebenarnya belum puas mana pun berjalan insyallah ada rezeki ruang dan masa akan aku datang juga ke Sandakan buat kali kedua. 


3/29/2013

Tak tentu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan hai semua

Hari yang dilalui hari ini tidak tentu hala hari ini. Mengikut rentak cuaca hari ini, panas mentari pada pagi hari dan hujan lebat semahu-mahunya di tenaghari dan panas kembali pada petangnya. Malamnya dingin bayu malam. 



Good Bye


Geng pasar malam: Roti John Kari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hari jumaat semua.

Debaaaak debuuuuk dah nak masuk seminggu cuti sekolah dan tinggal beberapa hari lagi nak menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih ada sebelum mendaftar masuk sekolah minggu depan. Menggeletar kepala lutut rasanya bila nak kena masuk sekolah dan jumpa gubeso (guru besar). Susun ayat yang good good dulu sebelum  hari isnin depan. "Assalamuaikum cikgubeso, saya  nak praktikum dekat sini boleh?", ayat skema habis. 


Yang itu kita biarkan dulu kita berbalik kepada tajuk geng pasar malam: "Roti John Kari". Memandangkan cuti masih ada semalam sempat juga melepaskan diri ke pasar malam dekat area balung. Pasar malam setiap khamis. Roti John Kari ini telah menjadi pilihan aku sejak terpacaknya payung pasar malam ini. Sila usya gambar dekat bawah ini kalau nak tahu lagi.... 


 Roti yang telah disalut dengan telur yang ada daging di dalamnya dan di masak sehingga meletop. 



Ini yang dikatakan masak sehingga meletop, asalkan telur tue garing dan kelihatan kuning keperangan sedikit. 


 Part ini yang dikatakan oleh mak cik tue, serbuk kari dan serbuk lain-lain ditabur atas hirisan kubis yang dimasak atas pan itu. kiranya kubis itu telah pun dimasak sebelum disumbat dalam roti nanti.


Tadaaaaaaaa, ini lah hasil menunggu roti john didalam kelam asap sate gerai sebelah, Ini dia roti john kari yang terlebih sos dan mayonis.. Harga: RM 3.50.


Lepas balik pasar malam dapat pula makanan dari langit, terima kasih kerana buat saya kenyang :). Nie nama dia spageti 


 Yang ini aku tak berapa nak sure apa ini yang pasti kandungan dalam dia ada jaggung, kentang, isi ketam dan bebola daging. Aku mendefinisikan ia sebagai sup campur lembab (sebab tak kering tak banjir)

Begitulah realti kehidupan semasa cuti seminggu kali ini, lebih banyak makan berbanding cuti CNY bulan lepas. Rasanya berat badan aku dah naik semua. Chiiitt jahanam misi nak mantain kuruih. Ini baru jew cerita pasal pasar malam belum lagi makan dekat tempat lain lagi. Okay, aku dah nak siap-siap nak pergi solat jumaat satgi. 


Salam Jumaat :)

3/12/2013

Aku tak seputih melati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam semua.

Fuuuuuuuhhhhh penat, semakin hari semakin penat dengan kerja itu ini. duk termenung tak tahu nak buat apa. Bukan ada benda nak dibuat tapi dah tak boleh nak fikir apa. Tangan gatal picit youtube jumpa lagu ini. Sedap pula dilayan penat-penat begini. Oklay dengar jelah owkay. 

Lagu ini sebagai penghibur lewat malam ini. 

Putih putih melati - ST 12 ( aku tak seputih melati versi aku kot)




Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerana kau tak seputih melati
Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
Karena kau tak seperti melati

 Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima ahh haa
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

# Tutup tingkap, tarik langsir lalu rebah ke bumi. Lelap mata rapat seketika semoga berjumpa pada esok harinya. Insyallah jika dengan izin ada untuk hari esok. Moga hari ini jadi rujukan untuk hari esok dan hari esok lebih baik dari ini. 

3/11/2013

Lunch Box

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengahari semua.

Lunch Box yang diimpikan saat dan ketika ini...



Tiga bahagian lunch box yang penuh dengan isi yang menyelerakan...



Setiap suapan sudu tiada banding bezanya, emmmmmmmmmmmmmmmm sedapnya......




Yang tak bestnya, model lunch box agak tonyer. 




# Rindu lunch box masa kursus BSMM dekat KK haritue. Siyerisly sedap.


3/07/2013

Khamis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan yoooooooo semua.







































# Mood masyuk air dan lapar 
# Bila kelas nak habis nie.
# Baju batik epi sensei, thanks
# Hari mendung, mengantuknya. (apa kena mengena)
# Hari bertweet dengan budak sebelah (bisu apa)
# Hari yang dan akan busy (jangan lupa makan vit)
# Duit dalam poket dah habis, bila boleh keluar dari kubu yang selamat ini. 
# Weh malam ini ada pasar malam, nasi kuning mak jemah dan roti john kari berapi. Yummmmmm. 
# Esok jumaat dan lusa sabtu. Gembiranya rasa. 
# Dah nak pergi makan. Kbai peeps. Have a nice day.

* Abaikan muka selekeh kat atas tueee.

Muhasabah Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua.







Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

# Note to myself.
# Pray for Sabah and Our Warriors