8/19/2011

Pain Make Me Pening Kepala

Aduuuh, semakin hari semakin kusut jiwa ini dibuatnya. Hari nie dah masuk ramadhan yang ke-19 dan selamat berpuasa kepada semua. Setiap hari aku merasakan kesakitan ini yang berterusan dan membuat aku jadi tidak begitu selesa dengan diri aku sendiri dan persekitraan aku. Sakit kepala for the whole day dan kadang-kadang sakit kepala itu kesan apabila mendengar bunyi geseran atau bising sesuatu objek dan percakapan orang-orang disekeliling aku. Rasanya bila jer diorang mula bercakap mulalah telinga aku berdesing dan menyakitkan kepala aku, nak-nak lagi apabila perkataan tue ada huruf 's', sungguh nyaring bunyi dia. Ketika tue bila terjadinya begitu aku mula tak boleh nak fokus kepada orang yang bercakap dan kadang-kandang aku paksa orang tue ulang dua tiga kali apa yang dia katakan. Memang menyusahkan orang aku nie. 
Aqim need help.... Pening lagi kompius doe!!!
 
But sorry bukan aku nak tapi terpaksa bro. Buat masa nie aku terpaksa makan telan ubat sakit kepala pas jer solat terawikh. Sungguh sadis about my health for now, nasib baik gastrik kali nie dah berkurangan. Thanks to Allah S.W.T yang Maha mendengar doa hamba lemah nie. Kali ini aku nak dengarlah apalah pendapat korang, apalah yang lagi harus aku lakukan untuk memulihakan masalah yang dialami oleh aku nie. Moga-moga dapatlah jalan penyelesaiannya. Insyallah kerana setiap penyakit ada penawarnyakan.

               

8/16/2011

Khayalan sang nafsu kala ramadhan

Hari ini memang out of my mood. Bukan sedikit tapi menggunung. Disini agak berbaur tekanan takala aku kena bangun seawal mungkin hanya semata-mata kena keluar dari hostel setengah jam berfore kelas bermula. Satu lagi peraturan baharu yang mengarut carut lagi sungguh annoying kat sini. Then, bila masuk kelas pagi-pagi nie seluruh bahagian yang ada dalam tengkorak kepala menjadi kaku diam membisu. langsung tak boleh nak menjana cas-cas elektron yang boleh memberikan aku berfikir secara normal. Masuk jam sepuluh aku dah mula terbayangkan sedang berada di warung kopi kiah yang fames tue.  Duduk tersadai sambil borak-borak dan cuci mata. Tengah-tengah mulut lancang berkata boleh hilangkan dahaga dengan secangkir minuman yang terbaik dari warung kopi kiah dan di hidangkan sekali popia ranggup berintikan sayur campur. Alangkah indahnya kalau aku berada disitu sekarang. Hilang segala tekanan yang menjadi punca kepada siri penyakit seperti gastrik dan migraine.

Imaginasi aku jadi cam gini menyandar terdampar kekenyangan sampai terkelar gigi arnab. 

Arggghhhh...Itu semua banyangan nafsu semata-mata. Wake up from dreaming di siang hari. Ini kan bulan puasa tak perlu dijadikan alasan bagai-bagai untuk kelihatan tak bermaya atau tak bersemangat kan. Cuba fikirkan kalau bagi alasan tak boleh buat itu ini disebabkan puasa, sesungguhnya kita telah jauh menyempang dari konsep puasa. Puasalah menyebabkan kita jadi lebih bertenaga untuk melakukan pelbagai tugasan. Hahahha, masanya sekarang aku siapkan assignment yang dah lebih-lebih due date dia. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa owkeyy. Assalamuaikum. 

               

Diari Dapur Bujang: Hot Yummy Chicken Porrigde

Hari ini entah mimpi apa entah secara tetiba aku aqim nak masak bubur ayam buat sahur kali ini. Mungkin nak lepas geram pasal dah dua hari aku terlepas nak sahur gara-gara gelombang kemalasan melanda. Nak masak ayer panas cecah biskut pun tak larat nak bangun (memang malas sangat nie). Gara-gara malas nak sahur, mr gastrik pun dengan senang hatinya beroperasi takala waktu berpuasa. Back to bubur, projek menjahamkan periuk nasi hari ini memang  Hancus Lebur menjadi sedekit mesikpun rupa bubur ayamnya tak sama dengan aku masak sebelum ini. Ini semua salah si ayam yang terlalu banyak. Sudah ayam pulak jadi bahan tuduhan. Bukanlah masakan sepesial kali tak menjadi sebab aku tukar sikit dia punya cara masakan dia. Sebelum nie aku rebus ayam sekali dengan nasi tapi kali nie aku rebus ayam dulu, nak dapatkan stok atau air rebusan ayam dulu, kemudian baru kasi masuk beras dan macam-macam lagi. Penyudahnya aku gagal nak buat bubur ayam sepesial malam nie untuk sahur esok.

 Cari inspirasi sebelum masak ngan membakar diri dengan api pelita...
Terlebih lobak jingga pulak nie. Hacus-hacus bubur kali nie..

Mak datuk nenek, nie ker rupa bubur ayam. Hahaha dah tak jadi namanya nak buat macam mana. BUT rasa No Doubt lah cam biasa aku buat cuma percaturan kali kurang menjadi. Tak mengapa pas nie budak kelas aku nak buat potluck hujung minggu nie, aku nak try remake balik this "Hot Yummy Chicken Porrigde". Okalah cerita semua dah makan pun dah apa tunggu  lagi baca niat puasa tue karang terlepas pulak. Assalamuaikum dan selamat berpuasa semua.
               

8/07/2011

Puasa dan Tv

Puasa pada hujung minggu memang menyeronokkan kerana kita dapat berpuasa dan berada di rumah bersama keluarga yang terchenta. Teringat zaman kanak-kanak dulu, bila masa cuti duk rumah mula tak duduk diam ke hulu ke mari macam pengawal keselamatan. Behavioral itu disebabkan usaha supaya tidak tidur sepanjang hari dan tidak membatalkan puasa dengan sengaja seperti puasa yang yok. Saat dan ketika itu televsion atau sebutan lebih famous dikalangan masyarakat TV or TB menjadi teman sepanjang hari.

Mula-mula hanya sekadar bersahaja menonton rancangan kartun kegemaran a.k.a syok abes, Transformer dan Teletubbies (brain wash jap). 

Tetapi akhirnya kecundang juga. Sambung dalam pukul sebelas pagi usha-usha segmen memasak kuih dan kek raya dari chef-chef yang famous kemudian masuk tengah hari ada pulak citer masakan yang duk sebuk bagi resepi untuk berbuka nanti pastue mak-mak sesebuk gak capai kertas bil elektrik dan pensil 2B menyalin setiap kata pengacara Tv tue, dah macam masuk kuliah Titas. Kemudian sambung lagi lepas zohor dengan citer-citer ramdhan yang setesen tv kuarkan, syok abes sampai tergolek-golek dengan bantal busuk. Masuk pas asar, tukar channel nak tonton pulak 'Jejak Rasul' belajar sirah islam. Then, part yang paling tak miss tengok tiap tiap hari, tak jemu jemu tengok...

 Nie dia, dalam pukul lima adalah dia, pengumuman waktu berbuka puasa bagi seluruh Malaysia. Masa tue dok dengki dengan orang yang berbuka puasa di Sabah dan Sarawak, awal giler dalam pukul 6 lebih gitu. Kita kat semenanjung sejam kemudian baru nak buka puasa. Sapa penah pikir cam tue ramai-ramai angkat tangan. Nah sekarang baru aku tau rasa berbuka puasa di negeri bawah bayu ini. Memang awal giler tapi sahur pun awal lah.

Sekarang dah duk jauh-jauh nie dah tak berapa nak layan tv, skrang layan laptop mengonline dan tugasan yang lecture yang berlambak. Dari pada duk melanggok depan tv tanpa paedah lebih baik duduk diam-diam sambil berzikir banyak-banyak semoga Allah memberkati usaha dan amalan kita di sepanjang bulan ramdhan dan semoga semua pekara yang baik dibulan penuh berkat ini dapat diamalkan dibulan-bulan yang lain, Insyallah pasti boleh.

               

8/02/2011

Pensil picit: Puasa yang yok

Hari ini dah masuk ramadhan yang kedua dalam tahun ini. Semalam adalah puasa paling ngeri bagi aku. Sebabkan gastrik apa yang aku makan masa buka terpaksa diluahkan balik sampai perut nie kosong balik. Malam tadi aku sambung puasa gamaknya, bukan apa  asal makan keluar balik. Sapa jer larat gitu, harap-harap hari ini taklah jadi cam selamam. 

Teringat pulak kesah masa aku kecik-kecik. Masuk jer bulan pusa terdengarlah istilah puasa "yang yok". Sebuk disoalkan oleh orang tua-tua kepada budak-budak yang baru nak start belajar puasa. Soalannya berbunyi begini ' ko puasa tak nak'. 'Puasa jawab aku'. 'Ya yer jer ko puasa, ker ko puasa yang yok'. Begitu lebih kurang persoalan mereka. Kalau korang nak tahu apa itu puasa 'yang yok' dan aku penah jadi golongan orang yang puasa 'yang yok' gak.. hahahah.. itu semua zaman gua masih kanak-kanak hingusan. Meh tengok lukisan pensil picit @ mekanikal. First try for post kat blog harap-harap oklah kan.

Mula-mula masa sahur sanggup bangun meskipun mata dikepit ngan taik mata demi kerana lauk pagi ada ayam goreng dan milo ais. Dengan dalam dunia yang gelap aku makan sambil tersengguk-sengguk bila abah tegur baru terbeliak biji mata. Pastue yang tak best pulak puasa time musim persekolahan. Muka seorang-sorang macam sayur lembik, tak banyak cakap, pergerakkan pun perlahan dan bila time rehat ambil kesempatan tidur sampai teacher masuk kelas pun buat-buat tak tahu. Then, bila balik sekolah, sumpah lapar dan dahaga yang melamapu (masa tuelah). Aku pun dengan suka hati gie usha apa yang ada bawah tudung saji. Cantik... ada ayam goreng pagi tadi dan cantik lagi sekali tak ada orang lain kat umah.



Masa tue tak pandai sangat nak cover line nak cilok dari kantoi xpose. Akhirnya aku kena duk jauh jauh dari orang buka puasa. Paling sadis dapat makan last bila orang lain dah habis makan. Pas hari tue taubat dah nak puasa 'yang yok'. Ada juga sebenarnya pantun untuk orang yang puasa jenis 'yang yok', pakcik-pakcik yang reka sendiri bagi menyindir budak-budak kecik yang puasa 'yang yok'.

Puasa yang yok
Tengah hari buka periuk.

Hari ini aku buka puasa ngan sebijik ubat gastrik. Pas 2o minit baru boleh makan makanan dibeli kat bazar tadi. Di sini nak ambil kesempatan nak ucapakan selamat menjalanani ibadah berpuasa dan ibadah-ibadah yang lain di sepanjang bulan ramadhan nie. Apa-apa pun jangan jadi puasa 'yang yok'.






7/20/2011

wordless wednesday 1

all FIRST survey;

Do you still talk to your FIRST love?
everday... :)

What was your FIRST alcoholic drink?
i don't drink that haram jah.

What was your FIRST job?
Selling sayur.

What was your FIRST car?
My dream car Myvi lah..

Who was the FIRST person to text you today?
nobody... gua tak fames

Who is the FIRST person you thought of this morning?
my cik cyunk

Who was your FIRST grade teacher?
Cikgu Malik, who always aks us to buy pensil everyday.. (geram doe).

Where did you go on your FIRST ride on an airplane?
Tawau, come to study here.

Who was your FIRST best friend & do you still talk?
Iam bad friend

Where was your FIRST sleep over?
Grandma ouse.

Who was the FIRST person you talked to today?
my romate n cik cyunk.. sengeh jer lebih.

Whose wedding were you in the FIRST time?
Tak minat gie.. :(

What was the FIRST thing you did this morning?
drink air masak then mengeliat.

What was the FIRST concert you ever went to?
Concert nasyid amal kat sekolah rendah (Raihan tue)

FIRST broken bone?
Not yet, minta-minta tak de yang patah riuk.

FIRST piercing?
Tindik hidung cam best gak.. nop tak penah.. dosa doe

FIRST foreign country you’ve gone to?
Singapore, ikut Robotic Olympiad.

FIRST movie you remember seeing?
Hindustand movie kot..

When was your FIRST detention?
Now, in campus like prison. 

Who was your FIRST roommate?
Man, Gobi, n naaaaaaa lupa dah

If you had one wish, what would it be?
My wish to be pengacara program Makanan-makan or melancong. (kuat giler makan)

What is something you would learn if you had the chance?
learn how to drive a car!

Did you marry the FIRST person to ask for your hand in marriage/ you asked to marry?
Not ready yet,but maybe soon.

What was the first sport you were involved in?
Playing kite everyeving with kanak-kanak riang. Time tue still kanak-kanak

What were the first lessons you ever took?
Pre School, belajar abc, doa makan, belajar naik bus, belajar jalan kaki balik umah, and banyak lagi.

What is the first thing you do when you get home?
Open fan and get my katil puaka n tidur.

Who do you think will be the next person to post this?
The lucky persone that alaway be here to read im impressed, trimas from me.


Trimas also to Nur Izzatie sebab gua dapat this soalan dari ruang legar beliau.. hehehehe

7/09/2011

Makanan Orang Tua

Lapar diwaktu malamMySpace. 
 
Aku tahan.

Perut dah boleh tahan berahi lagi.
 
Aku tahan lagiMySpace.
 
Napsu dia membuak buak.
 
Aku masih bertahanMySpace.

Meskinpun baru jer dia telah dinodai oleh kepci poket file ful.
 
Aku buat-buat tak layanMySpace.

Napsunya memang membuas dengan demostrasi bunyi.
 
Aku kalis dengan seburan air mineral untuk menyuraikanMySpace.
 
Kali ini lapar membuat reformasi dengan bertukar kepada menjerut perutMySpace.
 
Akhirnya aku kalahMySpace.

Ikutkan perut meggi tapi ikutkan hati makana orang tua.....

Aku pilih nie..

Oat dengan berberapa ketulan prunes.

Tak ada makananya aku nak makan megi sebab dah dua malam berturut-turut gua tibai megi dua bungkus. Takkan jahanam usus gua nak hadam megi segera yang tak beraoa nak dijamin sihat. Oat nie dinamakan makan orang tua oleh bebudak nie sebab diaorang tak sanggup nak makan dan tengok gua makan. Gua owkey jer makan oat alah nie tak ada masalah besarMySpace.




MySpace