8/07/2011

Puasa dan Tv

Puasa pada hujung minggu memang menyeronokkan kerana kita dapat berpuasa dan berada di rumah bersama keluarga yang terchenta. Teringat zaman kanak-kanak dulu, bila masa cuti duk rumah mula tak duduk diam ke hulu ke mari macam pengawal keselamatan. Behavioral itu disebabkan usaha supaya tidak tidur sepanjang hari dan tidak membatalkan puasa dengan sengaja seperti puasa yang yok. Saat dan ketika itu televsion atau sebutan lebih famous dikalangan masyarakat TV or TB menjadi teman sepanjang hari.

Mula-mula hanya sekadar bersahaja menonton rancangan kartun kegemaran a.k.a syok abes, Transformer dan Teletubbies (brain wash jap). 

Tetapi akhirnya kecundang juga. Sambung dalam pukul sebelas pagi usha-usha segmen memasak kuih dan kek raya dari chef-chef yang famous kemudian masuk tengah hari ada pulak citer masakan yang duk sebuk bagi resepi untuk berbuka nanti pastue mak-mak sesebuk gak capai kertas bil elektrik dan pensil 2B menyalin setiap kata pengacara Tv tue, dah macam masuk kuliah Titas. Kemudian sambung lagi lepas zohor dengan citer-citer ramdhan yang setesen tv kuarkan, syok abes sampai tergolek-golek dengan bantal busuk. Masuk pas asar, tukar channel nak tonton pulak 'Jejak Rasul' belajar sirah islam. Then, part yang paling tak miss tengok tiap tiap hari, tak jemu jemu tengok...

 Nie dia, dalam pukul lima adalah dia, pengumuman waktu berbuka puasa bagi seluruh Malaysia. Masa tue dok dengki dengan orang yang berbuka puasa di Sabah dan Sarawak, awal giler dalam pukul 6 lebih gitu. Kita kat semenanjung sejam kemudian baru nak buka puasa. Sapa penah pikir cam tue ramai-ramai angkat tangan. Nah sekarang baru aku tau rasa berbuka puasa di negeri bawah bayu ini. Memang awal giler tapi sahur pun awal lah.

Sekarang dah duk jauh-jauh nie dah tak berapa nak layan tv, skrang layan laptop mengonline dan tugasan yang lecture yang berlambak. Dari pada duk melanggok depan tv tanpa paedah lebih baik duduk diam-diam sambil berzikir banyak-banyak semoga Allah memberkati usaha dan amalan kita di sepanjang bulan ramdhan dan semoga semua pekara yang baik dibulan penuh berkat ini dapat diamalkan dibulan-bulan yang lain, Insyallah pasti boleh.

               

No comments: