8/24/2011

Padah Tak Sabar

Kereta dipandu abah meluncur laju memasuki susur jalan raya dan menghala ke arah pusat bandar Alor Gajah. Hujan renyai-renyai yang menemani dari petang tadi masih belum berhenti menampakan musim hujan dah tiba. Perjalanan yang lama menyebabkan punggung ini dah tak tahan duduk melekap pada kusyen kereta honda civic lama itu.


Kini, aku merasa lega kerana kami sekeluarga singgah disebuah restaurant yang menyediakan masakan thai. Laju aku berlari ke arah dapur mencari-cari bilik tandas kerana dah tidak tahan nak membuang hajat sambil mata duk usha-usha dapur sebab nak pasti keadaan dapur bersih atau tidak. (ada motif kew?)

Memang cerewet pasal tempat makan. Macam biasa aku oder makanan faberet, nasi goreng . Tak sampai 10 minit keluar pelayan tadi dan didalam dulang yang dibawa itu ada tom yam yang ibu oder.

'Cepat pulak siap tapi air tak siap lagi' bisik aku. Namun rasa lapar tidak lagi mampu ditahan lalu aku usha tomyam ibu.

'Minta sikit ibu?' pintaku

'Nak, makan elok-elok', ibu mana yang tak sayangkan anak.

Sruppppp sruppppp aku menghirup kuah tomyam dengan kerakusan. Bila masuk suapan yang ketiga aku terhenti dengan mata terbeliak. Mulut aku mula terasa pijar dan kebas-kebas lalu air mata mengalir tanpa halangan. 'Argggggh pedaaassss lahhhh' jeritan aku ini telah mengalihkan pandangan orang lain yang duk makan kat kedai itu ke arah meja kami.  Sah aku tergigit cili hidup yang disangka sayur sedap.

Nasib tidak menyebelahi aku masa itu, air yang dioder tadi masih belum siap. Dalam hati aku nak cakap jer celaka, kenapa air lambat siap dari tomyam. Lantas aku lari melompat kepedasaan pergi ke tepi kedai lalu menadah air hujan dan masukan air ke dalam mulut yang masih pijar-pijar sambil menangis terjerit terlolong. Malam itu aku jadi tontonan orang ramai yang makan kat kedai itu. Sungguh memalukan masa tue, selepas rasa pedas hilang aku duduk kat meja dan time tue dah tak ada mood nak makan dah. Rasa nak menyorok bawah ketiak mak pun ada. Selepas kejadiaan itu aku mula anti makan benda yang pedas-pedas dan kedai masakan tomyam. 

*happen when is was a young boy....


No comments: