8/21/2011

Indahnya Sabar

Dalam menghirup udara awal pagi yang segar dan dingin malam mula menusuk tubuh ini yang agak berisi. Sungguh tenang dan mententeramkan daripada suasana siang tadi yang agak tidak begitu selesa dilalui. Aqim terpikir sejenak mengenai kesabaraan kita dalam menghadapi segala musibah atau masalah yang datang dalam hidup kita. Musibah atau masalah yang kita alami ini menyebabkan kita terpaksa menempuhinya meskipun pahit dan kelat untuk meneruskan perjalanan. Kadang-kandang kita merasakan kehidupan atau urusan seharian kita ini sebagai seorang khalifah di bumi ini agar sukar dan tidak begitu adil kepada kita. Kita akan merasa kekecewa, hiba, kehampaan dan sedih berpanjagan apabila apa yang diimpikan oleh kita tidak dapat atau menjadi. Kita akan mula hilang pertimbangan, mencampakkan kesabaran di dalam bulan Ramadhan yang dikenai sebagai bulan menguji kesabaran. Di saat itu kita mula mencari punca kepada permasalahan yang timbul. Maka munculah pelbagai persoalan seperti siapakah yang bersalah dalam situasi, bagaimana ini semua boleh terjadi, kenapa ini terjadi kepada diri ini, kenapalah dunia ini tidak adil kat aku dan pelbagai lagi persoalan yang timbul.  
 
               
 
Namun begitu, korang harus ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita. Jangan bersedih kerana kesedihan terhadap musibah itu akan melahirkan pelbagai musibah yamg lain. Hal ini kerana ketika sedang bersedih dengan dugaan ini, maka kita akan menambahkan lagi kedukaan kita. Betul tidak, contohnya kita bersedih kerana kita telah dikhianati oleh rakan baik kita. Ketika kita sedang bersedih  mengenangkan musibah itu, hati yang lemah itu akan mula goyah dek kerana bisikan nafsu amarah dan kita akan mula membuat pekara yang tidak sewajarnya. Sepatutnya kita bersabar dan menganggap ini adalah dugaan dari-Nya. Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi  tubuh badan yang sihat, dianugerahkan akal, senang citer semua nikmat Allah bagi kepada kita. Insyallah apabila kita redha dengan ketentuan Nya nescaya Allah akan redha dengan kita. Kerana kita masih percaya akan rukun iman yang ke-6 , beriman kepada qada dan qadar. Ingatlah bahawa takala kita dalam musibah janganlah kita bersedih dan menunding jari ke arah orang lain sebaliknya kita memuhasabah diri, yang baik kita tambah dan mana yang tidak baik kita tolak. Sesungguhnya sabar itu manis rasanya dan indah untuk dirasai. Bersabarlah meskipun diri mu merasakan letih kerana bersabar. "Sikit-sikit bersabar, penatlah gitu". 
 
Sebenarnya apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni. Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Renung-renungkan dan sematkannya dihati mu.

Sekian Sahaja....

               

 

No comments: