1/11/2012

Love is...

               


Love is...
like a music to your ears.
Love is...

 encourage her attention.
Love is...
sitting up all night a sick child.

This word can express many felling and has many meanings but in written language it only mean one thing. And that word is 

'Love'


               
               


1/10/2012

Night War




   

Malam kelam yang ditemani oleh bintang galaksi kini kian semakin tua. Bunyi cengkerek bercengkarama diluar semakin buas mengikut kehendak nasfu mereka. Semaki kelam semakin bunyi dihasilkan. Kerja kerja menyusun fail dan folder bahan kuliah telah selesai. Fuuuuh, berjam jam juga nak siapkan. Bahan bahan yang tidak maujud atau softcopy yang lepas lepas  terus diuploadkan dan disimpanan gmail, jenuh juga sebab memakan masa yang lama, ini semua gara gara wifi yang percuma disediakan pihak kolej gagal memberi performace yang diimpikan. Menyesal dengan seribu sumpahan kerana tidak mahu guna internet prabayar. Takut nak habiskan 50Ringgit sebulan. "Kemut nak mapus dengan diri sendiri", kesal diriku.

Usai menunaikan solat isyak, tubuh yang menahan letih dan mengatuk ini dihepas dihamparan tilam yang menjadi medan perang takala malam sehingga menjelang subuh. Perang yang tiada penyudahnya. Hampir tiap malam, tubuh ini berhempas pulas memperjuangkan hak. Hak kebebasan untuk melakukan apa sahaja, hak menghentikan apa yang tidak disenangi. Kipas dinging berputar ligat namun anginnya gagal mendinginkan tubuh yang kini hangat dengan bahang peperangan. 



Kedua dua ruang hemispfera  otak ligat memikirkan sama ada perang ini akan berakhir dengan penemuaan jalan kedamaian atau berterusan dengan guwa terima ini semua bulat bulat. Dalam kekelaman malam ini, kepala otak yang geliga ini bercahaya bergemerlapan dengan meriah, menerangi ruang kamar yang sempit. Bak kata orang, sabar manusia ada hadnya. Lantas guwa mencari sesuatu di dalam kegelapan. Mencari apa? Mencari 'senjata' yang mampu mengubah kesengsaraan kepada kedamaian. 



Berbekalkan pengamatan yang baik pada waktu siang, guwa masih mampu menginati rupa bentuk 'senjata' yang sangat sangat diperlukan kala ini. Jari jemari yang ada nie gagah mencari 'senjata' di atas meja yang gelap. Mencari sesuatu yang kuat, strukturnya yang tinggi, sejuk diluar dan mudah membuat libasan maut. Pantas juga tangan ini mencapai senjata keramat. 

Lalu, libasan pertama dilakukan. Meskipun dalam gelap guwa tak kesah samaada libasan itu kena pada mangsanya atau tidak yang guwa yakini adalah super power yang ada pada senjata keramat itu. Libasan kedua guwa bagi kali ini lebih. Dendam kesumat guwa kali ini terbayar. Kembang kuncup lubang hidung ini, boleh masuk ibu jari kaki. Mana tidaknya, guwa jadi pahlawan pada malam ini. Pahlwan pada jasad ini daripada menjadi mangsa keraskusan peperangan. Malam ini juga mampu memberi hak yang sepatutnya kepada badan ini yang letih berkerja seharian. Malam ini guwa mampu tidur lena tanpa gangguan NYAMUK (blood sucker) dah tak sanggup dikonkak nyamuk tiap tiap malap Terima kasih kepada balang ini walaupun tinggal sisa sisa jer.












Sebelum lena panjang guwa sempat layan lagu dari superb voice, siapa lagi kalau minah fames dengan lagu 'You Got To Go', Najwa Mahiaddin. Ditujukan khas untuk nyamuk, gie mampos  ko , pembaca semua, good night semua jangan lupa gunakan speray serannga sebelum tido dan tuk guwa sendiri ,go to sleep esok ada kelas. 



sidview: pas libasan kedua guwa bingai bingai bau seperay nyamuk kuat sangat.

               



   

short thanks

Assalamuaikum semua :), 
sila senyum dengan lebarnya kerana anda memang mempunyai keupayaan untuk membuat satu senyuman yang awesome. 






 Kali ini guwa nak buat pengaharagaan kepada semua pengikut pengikut blog ini kerana sudi menjadi pembaca blog picisan ini. pejam celik pejam celik tau tau jer dah ada 100 pengkiut blog aqim razali nie. Terima kasih kepada semua terutamanya kepada pengikut yang 100, Cinta + Sayang, Myla SyiLa.






sideview: nak tulis byk tapi busy pulak, maap ek.




   

1/08/2012

Hentikan

Assalamuaikum Semua


Sorry to say tapi ia memang realiti yang aku terpaksa hadapi hari ini. Dari pagi selepas subuh sehingga hampir lewat malam menjelma, aku masih terdengar lagu ost Ombak Rindu berulang kali. Adoi, orang lain minat ada lagu pilihan sendiri juga tapi tak perlulah nak dipasang ulang kali dan bagi semua orang mendengar. Terseksa hujung minggu guwa.

sideview: Lagu tersebut mmg guwa tak berkenan jadi hentikan ini semua.





   

Nak Sentuh Atau Tidak

Salam malam minggu :)

Sungguhnya kecomelan haiwan ini tidak dapat disangkal oleh siapa siapa pun malah haiwan ini juga menjadi salah satu faberet manusia jadikan ia sebagai pet di rumah.













Kucing atau lebih dikenali sebagai, Felis silvestris catus merupakan haiwan yang manja, penyang, berdikari, rajin dan suka yek yak sana sini.

Namun, ada kejadian yang tidak diimpikan oleh kucing kucing sekalian yang menjatuhkan status label diorang kepada binatang yang haroom dipegang.

Giler kentang, tell me tell me tell me.. what happens?


















Apabila kucing kucing disarungkan dengan baju ini:

Shomel tak showball pakai baju anak pig nie?
Keliru atau memendam perasaan nie..






Kucing kucing ini sesungguhnya comel tapi bukan kerana bajunya tapi kerana dia adalah kucing buka vavi..

sideview: yek yak kucing adalah najis. (sumber)





   

Debaran Santapan Penamat MasterChef Malaysia

Assalamuaikum semua...

Malam ini merupakan malam penentuan bagi mencari juara diantara dua orang peserta akhir MasterChef Malaysia. Semoga berjaya diucapakan kepada MasterChef Wahidan dan MasterChef Ezani . Mari kita ramai ramai  saksikan kehebatan kedua dua peserta ini menunjukkan bakat serta kebolehan mereka dalam dunia seni kulinari ini.

MC Wahidan (Pekebun)

MC Ezani (Dr.Gigi)

sideview: Makan kenyang kenyang dulu sebelum tonton.








   
   

1/07/2012

Mensawa


Terasa makanan masih tidak hadam lagi masa guwa mencekek kat kafe tadi. Mula dah rasa tak rasa sedap perut. Masalah masalah. Puncanya?

Tell me...
Tell me...
Tell me...

Orang lain kunyah sampai empatpuloh kali, guwa kunya tak sampat 5 kali. Tak macam sawa. lahap Main telan semua sekali punyudahnye, perut buat hal.

sideview: Guwa kekejut beruk sebab budak kafe itu sekembar dengan Najwa latif bila sekilas pandang. (makan dengan adab yg sopan owkey)





   

Bila Baju Dah Tak Muat


Berpakaian segak bergaya, kaki disarungkan dengan kasut sukan berwarana ungu kelabu yang dah hampir hampir reput. Mengatur setiap langkah dengan kemas. Pergerakan lincah menjadi tumpuan. Genggaman tangan usah dipertikaikan lihat sahaja pukulan servis yang dilakukan. Setiap pukulan membawa makna kejayaan. Percikan peluh yang mengalir menghurai kesungguhannya..........

Mungkin kali pertama bagi aku dalam tahun ini keluar dari bilik untuk melakukan aktiviti bersokan. Maka apa yang digambarkan seperti di atas itu adalah tidak mungkin terjadi sama sekali. Guwa bangun dari katil dengan muka setoyer mungkin setelah beberapa kali diasak oleh Shazwan yang mengajak guwa main tenis petang tadi. Guwa boleh lupa mana letaknya kasut sukan. Jalan pergi court tenis pun macam orang nak tak nak jer. Mula mula warm up dulu, setakat pusing court dua kali terus main. Kasi servis macam budak budak baru pegang raket sumpah bikin member angin. 

Akhirnya guwa sedar akan diri ini, sudah sebulan lebih duduk rumah dengan aktiviti sehat seperti menghabiskan nasi dengan lauk yang ada dan mengadap tivi tiap tiap hari. Guwa sedar akan keadaan tubuh badan guwa telah berubah hasil daripada pemerhatian 'bila baju dah tak muat'. Kini tiba masanya mencari solution bagi membolehkan guwa memakai baju baju yang ada dengan selesanya. Akhirnya guwa main dengan bersungguh sungguh tadi. Rasa tak puas pula tadi, esok turun lagi.

sideview: tadi ramai juga yang bersokan, agaknya baju dah tak muat gak kot...