6/14/2013

Yang Terlepas

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.


Merenung ke luar jendela, Melihat kebesaraNya..... Lagu ada mu yang dinyanyikan oleh Najwa Latif, gadis gitar yang pop-ular dan menjadi tatapan dibibir-bibir remaja (yew kew???). Hari ini dah nak habis masanya kemudianhanya tinggal lagi dua hari sebelum aku pulang kembali ke Borneo bagi meneruskan pengajian. Sebenarnya hari agak kelam, terkilan, dan sebak sebenarnya (Y_Y). Rasa kelat ini terjadi selepas melihat keputusan peperiksaan sem lepas. Berpinar-pinar mata bila melihat punggutan purata sem lepas sama dengan sem lagi satu lepas. WTH, bila aku duk ulang-ulang itulah juga yang nombor tertera pada bacaan purata sem lepas. Memang YANG TERLEPAS  habis ini.


Macam manalah aku nak cekau itu semua tuk cover balik dengan sem lepas punya keputusan . Tetiba persoalan yang muncul dalam sanubari "Dengan purata kelas dua bahagian bawah dapatkah aku dipostingkan?" 


Tapi tak mengapa. Ini mungkin takdir yang boleh diubah pada masa akan datang. Mungkin Tuhan nak uji aku bagaimana aku hadapi dugaan ini. Ingat EMPAT 4 pekara ini untuk dijadikan kekuatan dalam membina keyakinan diri dan membina semangat pada hati untuk teruskan kehidupan ini.

a) Jangan membenci orang lain
b) Jangan Membenci akan diri sendiri
c) Jangan kesali pekara yang lalu * YANG TERLEPAS
D) Jangan takut dengan masa DEPAN

* Dari Prof.Dr Muhaya. Ni page dia > Prof.Dr Muhaya. Ada dua ayat best untuk diamati yang dipetik dari kata-kata Prof:

 " Untuk dapatkan sesuatu kita perlu buat sesuatu"

" Untuk buat sesuatu kita harus jadi sesuatu"

" Dunia luaran kita adalah cermin dunia dalaman kita" (dalaman: fikiran rohani, emosi & sikap) 

Mungkin aku perlu more more more effort to get better dan jadikan cerminan dalam dan luaran adalah terbaik untuk diri ini, Amin dan Insyallah - mudah-mudahan :)



*Lagu cengkerik berirama dah berkumandang, nak suh tido ar tueeee..





No comments: