6/29/2013

10kebaikan lemon yang aku suka

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.


Hari ini aku nak kongsikan 10 sebab kenapa aku suka minum jus lemon yang kini memang menjadi minuman kegemaran buat masa kini. Aku sukakan jus lemon kerana rasanya yang begitu menyegarkan dan sedap.

1. Anti bakteria - 

Apa bila jus lemon berada di dalam perut kita, asid dalam lemon tersebut akan bertindak sebagai anti bakteria yang mampu mencegah sebarang perkembangan bakteria dalam perut anda.

2. Vitamin c - 

Ramai orang inginkan vitamin c yang mencukupi pada diri mereka kerana vitamin c mampu menjana sistem imunisasi dan untuk pengetahuan anda juga vitamin c mampu menghapuskan H.pylori. H.pylori merupakan salah satu baktria yang terdapat pada perut yang menjadi punca kepada gastrik dan ulser. 




3. Mampu mengakalikan badan - 

hu? pelik jer bunyi nya. Percaya atau tidak, lemon mampu memberikan sifat akali pada tubuh. Ramai orang akan berfikiran bahawa lemon rasanya masam dan mempunyai asid yang banyak di dalamnya. Tapi sebaliknya, lemon tidak akan menjadi asid dalam badan malah dia membantu mengekalkan pH level dengan sifat keakaliannya. 

* Ianya baik sekiranya kita mulakan dengan air suam dan lemon pada awal pagi anda. 

4. Membersihkan hati -

Lemon dapat membantu merangsang hati anda dan membantu menyingkirkan toksin seperti urin asid. Sebab itulah lemon diyakini merupakan cleanser yang terbaik dalam usaha membuang toksin.

* Buat baik kepada semua orang pun cara terbaik nak bersihkan hati dari hasad dengki :) 

5. Vitamin P - 

Kalau tadi ada vitamin c, lemon juga ada vitamin P (flavanoids) yang memiliki sifa-sifat anti oksidan yang tinggi yang membantu meneutralkan radiasi yang bebas ada dalam badan yang menjadi punca kepada kerosakan sel dan penuaan. 

6.  Anti Kanser -

Lemon dikatakan memiliki 22 sifat anti kanser seperti lemonine yang melambatkan proses pertumbuhan sel kanser. 

7. Mencegah Artritis Reumatoid - 

Osteoartritis merupakan sejenis penyakit degeneratif yang berlaku dengan penuaan. Makanan yang kaya dengan vitamin C dapat membantu mencegah  penyakit keradangan seperti Artritis Renmatoid. 




8. Penghadaman yang lebih baik - 

Jus lemon sama seperti jus sayuran yang lain turut mengandungi pectin fiber. Pectin fiber sejenis fiber yang larut air yang membantu mengurangkan LDL (bad) level kolestrol. Selain itu, pectin boleh membuatkan ada rasa kenyang dan mengurangkan rasa ingin makan. Baik bagi mereka yang sedang berdiet. 

9. Mudah dan lawas kencing - 

Segelas lemon jus suam mampu meningkatkan kadar untuk urination. Ia baik kerana ianya membantu toxin serta bahan yang bahaya untuk badan disingkirkan dari tubuh dengan cara semula jadi malah menjadikan tubuh kita berakali pada kadar yang bersesuaian.

10. Menyegarkan tubuh -

Air suam dan jus lemon dapat menyokong sistem imunisasi dengan menghidaratkan dan mengantikan cecari dalam badan yang hilang. Apa bila kita kekurang air dalam badan pasti kita akan menjadi cepat letih, lesu, tak bermaya, sembelit, tekanan darah rendah, dan stress. Maka dengan lemon anda pasti akan kembali segar semula. 





boleh usha link ini tue resepi jus lemon yang sedap sedap Juicing Recipes

2 comments: