8/02/2011

Pensil picit: Puasa yang yok

Hari ini dah masuk ramadhan yang kedua dalam tahun ini. Semalam adalah puasa paling ngeri bagi aku. Sebabkan gastrik apa yang aku makan masa buka terpaksa diluahkan balik sampai perut nie kosong balik. Malam tadi aku sambung puasa gamaknya, bukan apa  asal makan keluar balik. Sapa jer larat gitu, harap-harap hari ini taklah jadi cam selamam. 

Teringat pulak kesah masa aku kecik-kecik. Masuk jer bulan pusa terdengarlah istilah puasa "yang yok". Sebuk disoalkan oleh orang tua-tua kepada budak-budak yang baru nak start belajar puasa. Soalannya berbunyi begini ' ko puasa tak nak'. 'Puasa jawab aku'. 'Ya yer jer ko puasa, ker ko puasa yang yok'. Begitu lebih kurang persoalan mereka. Kalau korang nak tahu apa itu puasa 'yang yok' dan aku penah jadi golongan orang yang puasa 'yang yok' gak.. hahahah.. itu semua zaman gua masih kanak-kanak hingusan. Meh tengok lukisan pensil picit @ mekanikal. First try for post kat blog harap-harap oklah kan.

Mula-mula masa sahur sanggup bangun meskipun mata dikepit ngan taik mata demi kerana lauk pagi ada ayam goreng dan milo ais. Dengan dalam dunia yang gelap aku makan sambil tersengguk-sengguk bila abah tegur baru terbeliak biji mata. Pastue yang tak best pulak puasa time musim persekolahan. Muka seorang-sorang macam sayur lembik, tak banyak cakap, pergerakkan pun perlahan dan bila time rehat ambil kesempatan tidur sampai teacher masuk kelas pun buat-buat tak tahu. Then, bila balik sekolah, sumpah lapar dan dahaga yang melamapu (masa tuelah). Aku pun dengan suka hati gie usha apa yang ada bawah tudung saji. Cantik... ada ayam goreng pagi tadi dan cantik lagi sekali tak ada orang lain kat umah.



Masa tue tak pandai sangat nak cover line nak cilok dari kantoi xpose. Akhirnya aku kena duk jauh jauh dari orang buka puasa. Paling sadis dapat makan last bila orang lain dah habis makan. Pas hari tue taubat dah nak puasa 'yang yok'. Ada juga sebenarnya pantun untuk orang yang puasa jenis 'yang yok', pakcik-pakcik yang reka sendiri bagi menyindir budak-budak kecik yang puasa 'yang yok'.

Puasa yang yok
Tengah hari buka periuk.

Hari ini aku buka puasa ngan sebijik ubat gastrik. Pas 2o minit baru boleh makan makanan dibeli kat bazar tadi. Di sini nak ambil kesempatan nak ucapakan selamat menjalanani ibadah berpuasa dan ibadah-ibadah yang lain di sepanjang bulan ramadhan nie. Apa-apa pun jangan jadi puasa 'yang yok'.






1 comment: