8/16/2011

Khayalan sang nafsu kala ramadhan

Hari ini memang out of my mood. Bukan sedikit tapi menggunung. Disini agak berbaur tekanan takala aku kena bangun seawal mungkin hanya semata-mata kena keluar dari hostel setengah jam berfore kelas bermula. Satu lagi peraturan baharu yang mengarut carut lagi sungguh annoying kat sini. Then, bila masuk kelas pagi-pagi nie seluruh bahagian yang ada dalam tengkorak kepala menjadi kaku diam membisu. langsung tak boleh nak menjana cas-cas elektron yang boleh memberikan aku berfikir secara normal. Masuk jam sepuluh aku dah mula terbayangkan sedang berada di warung kopi kiah yang fames tue.  Duduk tersadai sambil borak-borak dan cuci mata. Tengah-tengah mulut lancang berkata boleh hilangkan dahaga dengan secangkir minuman yang terbaik dari warung kopi kiah dan di hidangkan sekali popia ranggup berintikan sayur campur. Alangkah indahnya kalau aku berada disitu sekarang. Hilang segala tekanan yang menjadi punca kepada siri penyakit seperti gastrik dan migraine.

Imaginasi aku jadi cam gini menyandar terdampar kekenyangan sampai terkelar gigi arnab. 

Arggghhhh...Itu semua banyangan nafsu semata-mata. Wake up from dreaming di siang hari. Ini kan bulan puasa tak perlu dijadikan alasan bagai-bagai untuk kelihatan tak bermaya atau tak bersemangat kan. Cuba fikirkan kalau bagi alasan tak boleh buat itu ini disebabkan puasa, sesungguhnya kita telah jauh menyempang dari konsep puasa. Puasalah menyebabkan kita jadi lebih bertenaga untuk melakukan pelbagai tugasan. Hahahha, masanya sekarang aku siapkan assignment yang dah lebih-lebih due date dia. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa owkeyy. Assalamuaikum. 

               

2 comments:

eqbalzack said...

salam mus,
terima kasih singgah blog abg eq..
kad raya 'cyber' tu untuk semua followers/reader eqbalzack.com.
abg eq alu2kan untuk letak kat blog ok...
selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba...

Muhammad Mustaqim Razali said...

terima kasih abg eq..
boleh2 nnti aqim letak kat dalam im impressed..
selamat hari raya juga..