8/21/2011

Diari Dapur Bujang: Tortila Ayam

Assalamuaikum dan selamat berpuasa semua. Kali ini aqim nak citer pasal pengalaman memasak masakan yang baharu maksudnya pertama kali dibuat. Menu kali ini merupakan masakkan yang ringkas lagi mudah "Tortila Ayam" namanya, cam gempak jer nama dia. Baru kali pertama buat katakan maka memang semuanya ada yang jadi ada yang tak berapa nak jadi. Bentuk Tortia kali nie semuanya jadi macam roti KIRAI yang dah dicarik-carik dan dilenyek dengan kereta api. Teruk bebeno nampaknya kan. Nie semua gafra-gara roti tortila yang dibeli kat Giant macam siouuuut. Bila nak kelepet disikit dah patah sana sini. 

Ini merupakn isi yang akan diletakkan dalam roti tortila. Bahan-bahan isi dia adalah seperti berikut:
  • Ayam dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu. Kemudian dimasak dengan sos cili atau tomato dan sedikit bawang putih.
  • Cili bengala dan tomato dipotong dadu.
  • Mayonis, serbuk lada hitam bawang besar dan bawang merah
  • Semua bahan-bahan ini digaulkan sekali sampai sebati. 
 
Sekarang bentangkan atau hamparkan sekeping royti tortila dan diatasnya diletakan kepingan-kepingan keju. Kemudian letak isi yang kita dah duk gaul-gaul kan tadi di atas roti. Selepas itu gulungkan roti tortila dan masukan @ panaskan roti tue dalam oven supaya ia menjadi lebih ranggup.

Nie lah rupa nya Tortila ayam aku kali ini siyes dah macam roti kirai. Apa-apa pun sedap doe rasa dia. Hahahaha sengal mintak puji.

Mood: Tension sebab Giant nyer roti ruined my Tortila Ayam. 


               







6 comments:

zanafahmi/PB said...

pandainya memasak? salah roti ke....salah org yg buat? hehe...mcm tu la org pompuan, kalau masak tak menjadi, rasa nak baling kedinding je, nak telan pun tak lalu.

Muhammad Mustaqim Razali said...

pandai sgt tue xadalah tp bole skit2... emmmm rasanya salah dua-duanya lah.. first skali roti dia mmg cepat patah. Seconds aqim bru jer try buat tortila nie. Hahaha.. org lelaki tak kesah yang penting ada rasa. nggeee.. thanks sbb comment. :)

Siti Nadzirah Zakariah said...

roti tortila. first tyme dengar nih. serius x pernah makan dan x pernah jumpe pun roti tu =.='

Muhammad Mustaqim Razali said...

ada kat pasaraya. trylah cuba buat.

heiswhatheis said...

nli kt giant ea sume brg2 tu??

Muhammad Mustaqim Razali said...

aaha, rembat kat giant.. tp klu nk kat tempat lain pun ada gak..