1/27/2012

Meroyan Tak Sudah

Diam diam.. berpandangan mata bertentang mata. Malu malu.. aku malu.. kau buat aku begitu.  Stop it, Ahaaahh sudah kenapa guwa masih lagi henti henti duk ulang nyanyi lagu yang sama meskipun sudah masuk pukul empat pagi. Dah nak masuk waktu subuh. Tolong guwa penyakit meroyan tak boleh tidur datang lagi. Bila sebut tentang meroyan guwa teringat akan situasi yang berlaku kat tempat guwa belajar ini. Bulan satu ini merupakan bulan yang agak haru biru rata-rata students kat sini dalam keadaan "meroyan" dan ada kalanya tak tentu hala. 
Mereka bukan meroyan bukan sebab dalam tempoh pantang lepas bersalin yang menjerit tak tentu pasal. Tetapi mereka menoyan menanti Elaun yang tak kunjung tiba meskipun dah sebulan dekat sini. Antara gejala meroyan yang sempat guwa perhatian macam update status Facebook yang mengambarkan tahap meroyan mereka.

Status Fuad:
"Hari ini makan lauk bujang, kecap ABC sebagai penyedap rasa".
Seminit kemudian...
"Bila nak duit nak masyuk niee, dammm" 
google mari












Status Selina Gemas:
 "Kitew nak makan kepsi tapi....... :( "
Seminit kemudian...
"mamam nasi goreng ayam pun ok juga heheheh."

Dalam memempuh dugaan ini, ada juga yang ambil peluang untuk diet dan berpuasa sunat. Alhamdulillah baguslah tue sekurang kurangnya dapat juga buat amal ibadat dalam keadaan begini.

Namun hari ini status meroyan berubah corak kepada yang agak sedih kepada gembira tak tentu pasal. Mana taknya, Elaun yang dinanti nanti dah pun masyuk, Guwa turut tumpang gembira sebab guwa dah kaya hahahahahaha (persetan itu semua).

Status Fuad:
"yes, akhirnya kau masyuk juga. boleh beli kecap ABC dua kotak".
Seminit kemudian..
"adui potong ar, member dah sebut pasal hutang, dammm".


Status Selina Gemas:
"hari ini kitew nak borong kasut kat vincci "
Seminit kemudian...
" kitew kena bayar kasut kawad lah , mencik mencik."
Status meroyan tak sudah, tak dapat meroyan dapat pun meroyan juga. Sebenarnya guwa pun hampir hampir meroyan juga takala duk pikir macam macam yang hendak dibuat dengan duit yang sedebuk dibaginya, thanks  to rakyat Msia. Takut takut tak sampai sebulan tinggal tak berapa nak cukup, Tak pasal pasal meroyan pulak dekat fb. Apa yang penting kena pandai pandai lah menguruskannya. 





   



1 comment:

eyqa amin said...

kompom jap lg dye g bersoping sakan ngan cik awek dye~~~~hek