Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

7/06/2013

Masa depan

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua. 




Akhirnya aku jumpa juga pintu depan tempat bakal aku praktikal pertengahan bulan ini. Yang ini tempat kedua praktikal bagi semester ini. Praktikal lepas aku pilih sekolah bandar dan kali ini sekolah luar bandar yang darat sedikit. Maksud aku jauh sedikit dari pantai. Mungkin praktikal 3 aku pilih luar bandar tapi dekat pantai. Kenapa suka pindah-pindah? Sengaja jer aku nak cari pengalaman yang berbeza mengikut geografi lokasi sekolah dan budaya. Bak kata orang dulu-dulu 'lain padang lain belalangnya'. Lain tempat lain juga ragam manusia dekat situ. Seronok tau bila kita dapat belajar sesuatu yang lain dari yang biasa yang kita pernah tengok. Sebab tue juga kena pindah-pindah tempat praktikal biar merasa semua keadaaan. Nanti bila dah dapat kerja tak ada ar rasa kekok sangat.

Boleh tak gaya gini gie praktikal? 



Bila cakap masa depan aku berharap dapat melakukan yang terbaik bagi praktikal kali ini dan mencedok berguni-guni ilmu (dah sedia dua gayung dan guni) dan pengalaman untuk di bawa ke masa hadapan.Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan membuahkan hasil yang mampan untuk bekalan masa kelak. Sengala-galanya akan terjadi dengan izin yang Maha Esa. Aminnnnn.

Tiga kerat pemandangan sekolah


Potpetpotpet: Aku tengok budak-budak dalam ceria pop-star gigih mencari duit dan kerjaya pada usia kecik lagi. Macam yakin jer itu kerja dia orang pada masa depan. Aku yang duk belajar kat ipg 5 tahun setengah belum tentu ada kerja.emmmmmm kbai. 

Projek Terbang: Pantai Batu Payung

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua. 



Haaaaa kali ini nak bawa pergi bersiar-siar sedikit. Keluar sebentar ambil angin orang kata. Refresh minda yang lemau. Buang tekanan buat selama-lamanya. Kalau duk teperap dekat bilik lama-lama boleh jadi apam kepam jugakan. Maka lima sekawan telah bersetuju untuk 'terbang keluar' dari hostel (macam ada sayap jer) menuju pantai Batu Payung. 



Ini dia skuad-skuad terbang yang sedia untuk terbang menjunama ke pasir pantai Batu Payung.



Cubaan terbang ke pasir ker? 


Oleh kerana cubaan terbang gagal maka skuad terpaksa berjalan di atas pasir. Yang diaorang tengah lalui ini adalah air sungai yang mengalir ke pantai. Air sungai terasa sejuk dan nyaman sebab malam tue hujan lebat. 

Haaa macam tak pergi pantai jerkan. Jangan tertipu dengan pandangan mata.

Tadaaaaaaaaaa ha kan pantai tue belakang budak yang tengah main ketam. Kalau nak tahu masa kami pergi situ air tengah surut dan keluarlah ketam-ketam sekalian buat flash mob atas pantai itu. 


Agak khejam kalau gambar aku tak masuk dalam citer ini. Kenapa mcm tugu jer




Dah puas mencuci kaki dan mengelapkan kulit lets go mengisi perut yang lapar. 





Goreng pisang cheese



Lepas minum petang baru terbang pulang dengan hati yang tenang. :) 

7/01/2013

Projek Makan: Warisan Ibu

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Kali ini nak bagitau tentang makanan. Ahad lepas (mean semalam) merupakan hari makan-makan buat perut-perut insan yang sentiasa lapar. Diyakini ada bela anak naga dalam perut. Padan buncit. hahaha. Okay kali ini projek makan-makan telah diketuai oleh Miss Mj dan dibantu oleh krew-krew (sila rujuk bawah) yang sentiasa ada masa untuk projek ini. 

Kali ini keluar makan untuk brunch (breakfast dan lunch), macam mana boleh jadi brunch sebab waktu makan tue in the middle antara breakfast dan lunch. Alang-alang terus jer brunch. 


Miss Amirah (Team Leader) 

Krew Makan-makan: Zul, Shafiq & Afifi

Minuman paling menyegarkan pada saat dan ketika itu, Avocado Blend. Siyes sedap ini kerana 100 % avokado dalam cawan di atas malah rasa lemak-lemak berkrim avokado tue buat rasa nak sedut sampai habis, srrooot srrooott. (Sengaja bagi korang teleng tengok ini) 

Pekena Roti Cobra sebelum makan betul-betul. Cobra??? Letak kari cobra ke? Entahlah mana datang nama cobra yang penting atas roti canai tue ada telur mata dan kuah banjir. Yang ini aku punya sebab lapar nak arwah kot selepas 6 jam dari aku bangun subuh, barulah dapat hidu dan rasa makan. Azab tak azab hehehehe. (Ada banyak cobra ni dekat kedai mamak kat Tawau)


Mee goreng mamak yang di oder oleh Afifi. Siyes kenyang dengan dilimpahi dengan isi ayam dalam mee goreng mamak ini. Terasa mamaknya.

Om om om om yum, nasi ayam mayonis. Rupanya macam lebih kurang nasi ayam biasa cuma olahanya pada ayam goreng yang diletakan mayonis. Yang nie dioder oleh Syafiq. 


Yang ini kuay teow goreng mamak yang beraja dihati Miss Team Leader. Macam mee goreng tadi penuh dengan isi ayam dan rasa mamak tue yang penting,

Tataaaaaa yang ini yang spesial dekat sini, Nasi Goreng Wariasan Ibu. Haaa yang ini baru aku punya. Nasi goreng ini macam betuk gunung berapi yang nak meletop di dalamnya ada lauk (lava yang akan meruap ruap keluar ke ladang gandum pop jadilah..... bukan iklan coco curch yerr) dan di kelilingi dengan keropok belinjo. Sumpah azab kenyang bila nak kena habiskan ini. Banyak sungguh isi lauk dan nasi. Lepas makan kena lari 8 padang baru kuruih balik.





Nak tahu dekat mana ini?



Boooooommmmm (party poppers sound)


Restoran Warisan Ibu, Jalan St. Patrick Tawau. 



Okay dah siap ada peta dari google, bolehkan nampak jalan ke Warisan Ibu. Okay, kepada sesiapa yang tak tahu nak makan apa di mana, when you are here in Tawau. Datang ler ke restaurant Warisan Ibu  yang terletak di tengah Bandar Tawau, berhadapan bangunan LA Hotel. Warisan Ibu menyediakan makanan tempatan, makanan indonesia  dan makanan barat.

Lepas makan masing-masing duk tayang perut.



*Potpetpopet: gambar gua tak ada dalam cerita ini Y_Y

6/26/2013

Laporan Isnin-Rabu

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua.

Hari ini rasa macam nak upload gambar dengan banyaknya. Awas dengan amaran ini. hehehehe. Minggu ini merupakan minggu kedua bagi sem baru ini. Maka minggu berhibernasi telah pun tamat (tak dapat ar nak baring telentang atas katil). Sebenarnya minggu lepas tak ada ler lek mana pun sebab sibuk dengan kuliah dan itu ini  Penat penat tau tak. 



Apa-apa pun gambar tuan punya blog kena mendahului gambar-gambar lain. Handsome tak? Melting tak? Menggoda tak?. *hahaha :_)




Selamat datang diberi kepada students baharu yang mendaftar hari isnin lepas dan selamat berlajar dekat ipg ini sampai grad. Sekarang ini mereka semua tangah menjalani aktviti minggu pengurusan pelajar baharu. Bila tengok bebudak ini terasa tuanya bila melihat beza jarak umur sebanyak lima tahun. 


Oleh kerana kemasukan unit sahaja maka kemasukan budak baru tak adalah ramai sangat, hanya sekadar satu kelas sahaja. Ini pun selepas dua tahun berturut-turut tak ada kemasukan pelajar baharu kat kampus ini. 

Sesi taklimat minggu pengurusan pelajar baharu.

Kita tamatkan cerita pelajar baharu di sini. Nak cerita pasal projek inovasi yang baru jer aku dan ahli kumpulan yang lain bentang semasa pameran inovasi. Penat juga ar hari ini. Projek ini dibuat dalam tempoh 4 hari. Mula dengan brain stroming untuk creat core idea pastue terus gerak siapkan projek ini minggu part masing-masing.




ini adalah sebahagian daripada peserta inovasi pada kali ni.


Haaaa yang ini baru produk kitaorang. Buku cerita yang disertakan dengan QR Code (Quick Response Code ). QR kod yang diletakan pada setiap muka surat buku cerita ini adalah bertujuan memberi panduan kepada kanak-kanak untuk melihat video animasi yang telah bina dalam satu portal pembelajaran. Cara pengguaaannya mudah sahaja, contohnya murid mambaca pada muka surat 1 dan selepas itu dengan menggunakan telefon pintar, imbas kod berkenaan dan murid akan dapat melihat video animasi pada laman sesawang yang kami sediakan. Video animasi itu sama seperti apa yang dibaca oleh murid pada muka surat itu. Secara tidak langsung dapat merangsang lagi imaginasi murid serta melatih murid untuk bercerita dan menyebut dengan sebutan dan intonasi yang jelas dan betul. 


Kebaaabooooom (bunga api). Taniah buat group aku yang berjaya menarik perhatian orang ramai dan kami pun puas hati dengan feed back orang ramai mengenai produk kitaorang. 

Ok, chaw sys :)

2/11/2012

KunyahkunyahMalamIni

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bila malam menjelma

Sang bulan mengambang penuh

Pungguk tersenyum lebar

Cengerik berasamaradana disebalik langsir

Lampu kalimantang kian malap

Namun

Ada bunyi pelik, krak kruk krak kruk...



Mana tak nya, dengan kehadiran anak bongsu abah ke bilik guwa pasti akan adanya akitviti yang dipanggil marathon menguyah pada malam nie. Hari ini macam bisa dak shafiq azmie bawak buah tangan ke bilik guwa untuk diratah bersama-sama. Nie namanya nikmat kehidupan yang murni apabila hidup berjiran di sebuah hostel yang aman damai.

 Ini dia hasil dusun shafiq azmi yang suka membeli buah buahan kat downtown balung tue. Ini sepisis buah Tarap yang boleh guwa kata hanya terdapat kat daerah ini dan mustahil nak jumpa kat semenajung sana. Buah ini macam buah cempedak dari luar dan sepesialnya buah nie tak perlu sebarang senjata atau perkakas seperti pisau getah, parang, pedang samurai dan sewaktu dengannya. untuk mengupas buah nie. Dengan hanya menggunakan jari jemari runcing korang sahaja boleh membuka buah ini. Kulit dia siyes mudah dibuka meskipun nampak keras. Kruk krak kruk krak marathon bermula. Siapa nak nnti guwa pos guna kurier.


Bunyi kruk krak dan marathon kunyahkunyahmalamini semakin menjadi pekara yang lagha dengan adanya kehadiran kacang rebus. Ini gak hasil titik peluh anak abah berlari ke downtown memberi kacang ini dan merebus kacang tanah nie hidup hidup. Terima kasih  kepada periuk nasi panasonic 1 liter kerana sudi jadi bahan napsu kitaorng malam ini. Kruk krak kruk krak. Kunyahkunyahmalamini akan berhenti apabila salah sorang dari anah abah mengalami kekejangan rahang. Hahahahahah.

               

2/04/2012

Last Friday Morning


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Today is friday
Haip haip horray esok cuti..... once again haip haip horray

blurrr in class..

Try be focus on the lecture...



Dyslexia class totaly damm boring...
so, i try this activity...
hahahahah...



ps://mood malas nak belajar tapi nak cuti lebih.









1/27/2012

Meroyan Tak Sudah

Diam diam.. berpandangan mata bertentang mata. Malu malu.. aku malu.. kau buat aku begitu.  Stop it, Ahaaahh sudah kenapa guwa masih lagi henti henti duk ulang nyanyi lagu yang sama meskipun sudah masuk pukul empat pagi. Dah nak masuk waktu subuh. Tolong guwa penyakit meroyan tak boleh tidur datang lagi. Bila sebut tentang meroyan guwa teringat akan situasi yang berlaku kat tempat guwa belajar ini. Bulan satu ini merupakan bulan yang agak haru biru rata-rata students kat sini dalam keadaan "meroyan" dan ada kalanya tak tentu hala. 
Mereka bukan meroyan bukan sebab dalam tempoh pantang lepas bersalin yang menjerit tak tentu pasal. Tetapi mereka menoyan menanti Elaun yang tak kunjung tiba meskipun dah sebulan dekat sini. Antara gejala meroyan yang sempat guwa perhatian macam update status Facebook yang mengambarkan tahap meroyan mereka.

Status Fuad:
"Hari ini makan lauk bujang, kecap ABC sebagai penyedap rasa".
Seminit kemudian...
"Bila nak duit nak masyuk niee, dammm" 
google mari












Status Selina Gemas:
 "Kitew nak makan kepsi tapi....... :( "
Seminit kemudian...
"mamam nasi goreng ayam pun ok juga heheheh."

Dalam memempuh dugaan ini, ada juga yang ambil peluang untuk diet dan berpuasa sunat. Alhamdulillah baguslah tue sekurang kurangnya dapat juga buat amal ibadat dalam keadaan begini.

Namun hari ini status meroyan berubah corak kepada yang agak sedih kepada gembira tak tentu pasal. Mana taknya, Elaun yang dinanti nanti dah pun masyuk, Guwa turut tumpang gembira sebab guwa dah kaya hahahahahaha (persetan itu semua).

Status Fuad:
"yes, akhirnya kau masyuk juga. boleh beli kecap ABC dua kotak".
Seminit kemudian..
"adui potong ar, member dah sebut pasal hutang, dammm".


Status Selina Gemas:
"hari ini kitew nak borong kasut kat vincci "
Seminit kemudian...
" kitew kena bayar kasut kawad lah , mencik mencik."
Status meroyan tak sudah, tak dapat meroyan dapat pun meroyan juga. Sebenarnya guwa pun hampir hampir meroyan juga takala duk pikir macam macam yang hendak dibuat dengan duit yang sedebuk dibaginya, thanks  to rakyat Msia. Takut takut tak sampai sebulan tinggal tak berapa nak cukup, Tak pasal pasal meroyan pulak dekat fb. Apa yang penting kena pandai pandai lah menguruskannya. 





   



9/25/2011

You Saka Pergi Jauh Jauh

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera Buat Kalian Semua.

Sejak kebelakangan ini dalam dua tiga hari nie wa terasa berat bahu memikul beban saka yang sentiasa mengekori duapolohempat jam. Keadaan ini berlarutan hingga kini. Rasa resah memburu wa sepanjang masa. Patut wa selalu keletihan sehingga wa tertidur (pedahal kaki tido). Wa tertekan dengan peristiwa aneh nie. Kina tiba masanya wa cari jalan penyelesaian bagi menghapuskan saka-saka yang durjana ini.



  • Minggu ini wa  kena bertarung dengan saka assingment dah berasak asak sampai wa tak lena tidur. 
  • Saka exam buat wa seram sejuk sebab wa belum buat revision lagi (last minute study lagi berkesan).
  • Gastrik kali nie merasuk kejam, ruined my day with pain. Elok-elok wa chubby dulu skrang dah kering.
  • Saka yang tak boleh dibuang, kemalasan di hujung minggu buat wa malas nak gerak sana sini.
Dengarkan kata kata ini wahai saka saka semua 
"You Saka Pergi Jauh Jauh!!!!!!!".

ps:// Gagal Merancang Merancang Kegagalan. Manage ur self and time wisely so no stress no pressure No Saka





   

9/20/2011

Padan Muka Aku

Assalamuaikum dan Salam Malaysia

Kali ini tak boleh nak taip entri panjang lebar sebab wa kena layan dengan penuh kasih sayang assignment yang dah lama Que-up minta wa peluk, belai, dan cium.

OMG, Oh Memang Gila kali ini sekali 4 tugasan yang wa kena siapkan.

ps:// Lain kali jangan buang masa ngn benda tak berpaedah. Hargai masa lapang jangan  masa busy baru nak menyesal