3/21/2011

Ayuh ke kembali ke sekolah... ayuh!!!

Assalamuaikum murid-murid, cehwah semangat yang tak dibuang lagi meskipun dah 2 jam setengah dah berada di rumah.

Ayuh ke kembali ke sekolah... ayuh!!!
Teringat kembali seni kata lagu dalam iklan kasut sekolah dulu-dulu....

Nak bagi korang semua yang hari ini merupakan first day aku masuk semula ke sekolah as a teacher selama seminggu. Hari ini juga  aku rasa nak letak jawatan jer sbb aku rasa terlampau letih, dehydrate, dan emosi tak beberapa nak stable. Agioo bayangkan aku terpacak kat sekolah dari pukul 7:00 am until sampailah kambing-kambing dah nak masuk kandang semula, kul 5:35 pm. 

Mari tengok muka annoying aku pada hari pertama...

WTH, What The Hekkk!!! Membongkang jer keje, kumpul taik mata, curik tulang dah tue tak agak-agak buat lagak aksi negri dalam bilik guru. Sumpah pas nie kena panggil masuk bilik cekgu besau. 


Kaki kelentong berpura-pura buat sesuatu yang dia sendiri pun tak tau setelah melihat kelibat sosok-sosok ghaib yang seakan -akan cikgu besau. 

Suasana bilik guru kurang produktif mari kita jenjalan a round da school. Muka bajet pegawai yang datang duk observe sekolah. 
Ada sesuatu yang menarik? Snap snap dan jenjalan lagi.....
Dengan lincahh kaduknya aku mengangkat tb jenama panasonic kaler merah nie, macam boleh bawak balik ghumah....
Jumpa pulak dengan kotak susu, nie pun nak kena rembat bawak balik ghumah..

Dah jenuh jejalan satu sekolah, makcik cleaner pun dah kenal, jumlah tangga kat sekolah pun dah hafal, jom  kita mengeteh pulak owkey.



Terkejut ker mak cik...

Terkejut tak per jangan terkentut...

Takut ada bau nanti..

Sebenarnya gegambar semua kat atas tue adalah lakonan semata-mata, so jangan korang terkejut beruk tengok aksi-aksi yang menjengkelkan seorang cikgu di sekolah. Aigoo, sebenarnya aku tengah ngantok gaban sekarang nie, sambung entry esok for the real teacher at school.. See u all again. 




3/18/2011

Kenali Dunia Disleksia Kanak-Kanak


Assalamuikum semua...
Hello...
你好..
 안녕하세요..
नमस्ते..
こんにちは..
สวัสดี..
Nah ambik ko semua bahasa semua ada pandai-pandailah korang nak jawap sapaan 'Hello'. Kali ini aku nak bawa korang ke satu lagi informasi tentang 'Masalah Disleksia' yang ada pada sesetengah orang. Dulu aku pernah tulis pasal magika disleksia amazing people (picit sampai dapat) dan kali ini nak cerita lebih mendalam sikit dan nak bagi ciri-ciri disleksia terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Apa itu DISLEKSIA?
  • Perkataan DISLEKSIA merupakan perkataan berasal dari bahasa Greek dimana DYSLEXIS.
DYS - bermaksud sukar.
LEXIS - kesukaran menggunakan perkataan.
  • Disleksia adalah sesorang yang mengalami kesukaran atau masalah dalam menulis, membaca, memahami teks bacaan dan mengira.
  • Diingatkan bahawa disleksia bukan disebabkan oleh kematangan yang lambat tetapi berpunca dari "kesukaran". 
 
Faktor - faktor boleh terjadinya DISLEKSIA...
  1. Hattum (1980), mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (disfungsi).
  2. Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya lebih kecik sebanyak 27% daripada otak orang yang normal, (Galaburda & Tallal, 1991).
  3. Daripada pemerhatian Lennerberg (1976), terdapat penglibatan yang sama rata di hemisfera cerebal pada peringkat awal perkembangan bahasa, kemudian kemajuan perkembanganya lebih di otak hemisfera kiri dan berterusan berlaku sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik sebelum dan semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan akan menyambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik.
  4. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner,1997).
  5. Secara umunmya, diakui bahawa faktor yang menyebabkan disleksia adalah daripada ginetik yang ada pada dasar yang terletak dibahagian bahasa di otak (Hulme & Snowling).
Bagaimana terjadinya Disleksia...
Ianya disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses maklumat - maklumat terutamanya sekali berkenaan bunyi, simbol dan makana.

Merujuk gamabr diatas kita boleh melihat kedua-dua hemisfera otak manusia dan serta fungsinya. Hemsifera otak kira berfungsi sebagai tempat memproses maklumat berkaitan dengan bahasa, logik, matematik dan susunan dan struktur manakala hemsifera otak kanan berfungsi memproses makluat berkaitan denga visual kreatif dan kemahiran seni. Apabila bahagian hemisfera otak kiri gagal berfungsi dengan sempurna maka tugasnya akan diambil alih oleh hemisfera otak kanan, oleh itu mereka yang mengalami masalah ini mengalami kesukaran untuk memproses maklumat lingustik. Itulah puncanya berlaku disleksia.


Kunci utama mengesan kanak-kanak DISLEKSIA...

  1. Nampak cerdik, pandai dan seorang yang ceria.
  2. Fasih bertutur atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
  3. Fahaman lisannya baik.
  4. Lemah dalam ejaan dan penulisan.
  5. Pencapaian akademik berbeza mengikut subjek.
  6. Suka bertanya.
  7. Sifat ingin tahu yang tinggi.
  8. Minat subjek yang tidak banyak membaca.
  9. Pemerikasaan perubatan.
Fizikal dan pengurusan diri kanak-kanak Disleksia...
  • Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor.
  • Butang baju salah butang (baju jadi senget sebelah).
  • Tali kasut tidak diikat dengan betul.
  • Kidal
  • Tidak minat belajar (subjek banyak membaca).
  • Pemerhatian singkat.
  • Pengamatan lemah.
  • Perangai kelakuan tidak kosisten.
Masalah Pembelajaran Kanak-kanak Disleksia...
  • Bacaan - sukar membaca dan memahami teks yang diberi.
  • Tulisan amat buruk dan tak boleh dibaca.
  • Kerap menggunakan pemadam untuk memadam tulisan mereka.
  • Menekan pensil semasa menulis.
  • Mungkin pantas dalam matematik.
  • Pura-pura membaca buku lisan berpandukan gambar yang dilihat.
  • Membalikkan perkataan seperti gula jadi lagu atau batu jadi tuba.
  • Menambah atau membuang huruf dalam sesuatu perkataan.

Ciri-ciri kanak-kanak Disleksia di peringkat prasekolah dan sekolah rendah...


Pra Sekolah

Permainan LEGO dapat membantu kemahiran halus kanak-kanak disleksia.
  • Kemajuan pertuturan agak lambat.
  • Susah nak ingat atau faham arahan yang diberi.
  • Lemah kemahiran motor kasar seperti menyambut dan membaling bola.
  • Sukar menepuk tangan mengikut irama
  • Hyperaktif dan tak tentu arah.
  • Cekap dengan permainan binaan. 
Sekolah Rendah

  • Lemah bacaan, tulisan dan ejaan.
  • Selalu menterbalikan huruf, perkataan dan nombor.
  • Memiliki semangat ingin tahu yangtinggi dan suka bertanya.
  • Berbakat kreatif.
  • Bertutur dengan baik. 
  • Nampak cerdik dan pandai.
  • Pencapaian akademik tidak seimbang mengikut subjek.
  • Pengetahuan am yang baik.
Kanak-kanak disleksia perlu diberi pemerhatian khusus agar mereka dapat membaca dan menulis dengan baik. 

Nampaknya tue sahaja informasi yang mus nak kongsi ngn korang semua. Kalau ada penambahan atau perkongsian idea please comment owkey. 




p/s: Mencari potensi dalam diri ibarat mencungkil permata yang terbenam, oleh itu kita harus berusaha mengoreknya kerana  ' Kejayaaan itu adalah Usaha kita'. Berusaha menyiapkan post ini meskipun internet lemah longlai lagi lesu tak bermaya... huhuhuhuhu...

3/17/2011

Nak lagi boleh...

Hello and BIG SMILE :) to all my follower and stalker. Ada ker orang nak stalker blog aku yang sememeh nie. 
Hari ini dah masuk hari yang ke-lima aku berada di LD (Lahat Datu) dan cuti pun dah nak sampai ke penghujungnya. Memang tak diduga cepat betul masa berlalu. Rasa cam baru dua tiga hari cuti dan baru nak setart jejalan area-area LD ini. Aku masih lagi dalam mood cuti meskinpun dalam kepala otak ini duk ligat pikir pasal assigment yang tengah buat Q line berebut-rebut suh aku peluk dan belai sekor-sekor.

P/S: Bole tak kalau aku extent cuti ini lagi, please.....?????





   

3/16/2011

Ombak-ombak kecil

Assalamuaikum  semua...
testing, testing one two three..
Sengaja nak testing line internet yang dah macam basikal roda tiga jer dah nie, dah tentu tak syok nak menghentak-hentak keyboard kalau dah kelajuan internet dah kalah dengan kepantasan siput vavi. Kenapalah siput tue sahaja yang kena jadi perbandingan kalau internet lembab. Acer bagi sebab yang munasabah skit.

Petang tadi aku berkesempatan menapak kat tepi pantai untuk menikmati suasana petang yang harmoni di kawasan Tungku ini. Mengadap Laut Celebes yang terbentang luas dan menghirup bayu pantai telah mampu membuat aku kembali senyum balik sebab aku seteres dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.


Ombak-ombak kecil yang manja bermain-main... kalau dah ganas agaknya cam ner ek? korang tau jawapannya.

Bukan siput vavi owkey, halal disentuh...
Woaaaahh, terimpressed lah sangat..
Aksi-aksi mimik muka penyangak baru kat Tungku... ngeee~ 

Memang cambest tengok air laut yang jernih boleh nampak pasir kat dalam tue, niat nak mandi jer tadi tapi keindahaan alam tersebut telah dicemari oleh tangan-tangan dan minda manusia yang suka sangat lempar sampah kat laut. Aigooo, aku dah lama tak mandi laut nie dah tengah gian nak renang-renang katak dalam laut ini. Aigoo, i m impressed lagi sekali...

p/s: Jangan sesekali mencemari keindahan alam, sebab orang lain pun mahu menikmatinya juga...





   

Dihimpit, dihempap, dipenyet bukan kes sleep paralysis

Assalamuaikum dan happy holiday kepada mereka-mereka yang sedang bercuti.
First sekali nak cakap Salam Takziah kepada penduduk Jepun yang kini sedang dalam suasana darurat ekoran kejadiaan Gempa Bumi, Tsunami, dan Letupan Loji Nuklear. Kejadiaan ini semua adalah ketentuaan dan kehendak-Nya, oleh itu marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling kita.

Owkey, bebalik kepada tajuk entri ini yang agak dramatik sikit. Sebenarnya sekarang ini aku sedang bercuti pertengahan semester selama seminggu dan aku berpeluang keluar dari kampus meskipun tak pulang ke Tanah Melayu. Kali ini seperti post yang lepas aku sekarang jauh menapak kat Lahat Datu kat ghumah kawan aku budak opsyen Pengajian Sosial. Tujuan aku menapakan diri kat sini adalah untuk persiapan awal nak gi observe sekolah pada minggu depan. Weh, kalau korang nak tahu yang aku nie dah lama tak masuk sekolah rendah selepas abis UPSR. Memang aku berasa agak kekok nak masuk sekolah balik tapi kemasukan aku kat sekolah rendah bukanlah sebagai title murid baru. Agak-agaklah muka dah macam bapak budak dengan muka berjanggut sejemput kena pakai uniform budak sekolah rendah sambil pegang botol air yang dalam dia ada straw. Ngeeeeeee tak main lah. Kali ini agak berbeza sangat sebab aku masuk sekolah balik sebagai 'seorang jejaka yang bergelar guru or cikgu yang handsome lagi berkaliber'. Statement angkat bakul sendiri dan mampu buat korang muntah hjiau. HAHAHAHAHAH, ada aku kesah. Apa yang aku berharap sekarang ni adalah semua proses dan perjalanan sepanjang minggu depan berlaku dengan mudah dan jayanya. Aku nak curik ambil semua benda yang boleh dijadikan sebagai ilmu dan panduan sebagai seorang cikgu kelak.



Masalah yang kronik sehingga aku terasa Dihimpit, Dihempap dan Dipenyet disebabkan oleh bebanan 'Tugasan' yang telah ditapaukan dibekalkan oleh pensyarah-pensyarah yang sungguh berhati mulia dan baik sesangat (gaya sentap). Buka satu dua tapi lapan sekali gus nak kena buat. Seteresnya aku dibuatnya, ini semua gara-gara adanya observation kat sekolah minggu depan. Macam-macam cikgu handsome nak kena buat bukan sahaja ada kena mengena dengan assignment tapi nak kena tengok bebudak sekolah, kena interview cikgu-cikgu lagi, nak kena wat report, kena lukis pelan sekolah lagi (nasib baik sekolah tue kecik kalau tak jenuh aku nak melukis pelan) dan banyak lagi lah. Nah ambik ko, adusss sapa suh nak sangat jadi cikgu. Tak pe, adat belajar lakh kata kan. Kita buat selow slow yang penting isinya tue. Apa-apa pun percayalah apa orang melayu pernah kata ' usaha itu tangga kejayaan' tau 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudiaan'. Betul tak korang? 



 p/s: Sorry tak dapat upload gamabau yang mengiburkan korang sebab internet lembab kalah siput vavi.




3/13/2011

Bersiaran Dari LD

Assalamuaikum dan night u all semua....

Kali ini nak habak kat hang pa semua lokasi terkini aku selaama dua minggu yang akan datang. Bukan kat Tawau lagi tau, tapi kali nie aku berpeluang gie lagi satu daerah kat Sabah ini iaitu Lahad Datu. Kehadiran aku kat sini adalah sempena cuti pertengah semester minggu ini dan SBE (School Base Experience) pada minggu lagi seterusnya. Ribuan jutaan terima kasih aku ucapakan kepada Farid bin Idros dan keluarganya atas kesudian mereka menerima aku sebagai tetamu. Nak detail lagi lokasi aku sekarang ini, ahaks, aku kat satu tempat nie yang bernama TUNGKU, Lahat Datu. Perjalanan ke Tengku memakan mengambil masa kira-kira hampir satu jam setengah dari Bandar Lahat Datu. 

Tungku merupakan kawasan perkampungan yang berhadapan dengan laut. Woaaaaah, aku masih belum berkesempatan nak mengobserve pantai kat cini. Cambest jew view dia bila aku dok jeling-jeling ke kiri dari tingkap kereta ayah si Farid. Macam nak suruh jer kete tue berhenti then kuar berlari anak-anak terus mandi pantai. Dah lama kot aku tak mandi pantai. TAPI impian aku dirobek oleh signboard yang di paku kat sebatang pokok kelapa yang ditulis dengan susunan frasa yang berbunyi " Kawasan Larangan Polis". What? the bila aku tengok kanan ada pulak balai polis tersergam indah berdiri dengan megahnya. Nak tau jawapannya kenapa ada signboard tue. Aku pown tak berapa pasti. Nanti aku wat temu bual ngn kawan aku tue. Memadang kali line broadband tak berapa nak clear aku tak leh nak taip panjang-panjang. Apa-apa pon next time will talk my new experience at Lahat Datu. See u again, semekom semua....

P/S: 
Jauh berjalan, luas padangan, 
Jauh meranatu, luas pengalaman,
Jauh merapu, luas kelentong (ada kena mengena kew)

               

 


3/08/2011

ChurpChurp | Social Share » Are YOU the 'Most Wanted?' (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Are YOU the 'Most Wanted?' (Preview)

Kenapa dan Mengapa?

Persoalan demi persoalan
 
 
 
 
 
Keraguan saling berganti kesangsian


 
 
 
semua benda itu
 
 
 
 
 
 
masih berlegar-legar dalam kepala otak
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kenapa
 
 
 
 
 & 
 
 
 
 
 Mengapa
 
 
 
ada 

 
 
kata-kata
 
 
 
 
 
 
OK, FINE!!!!!!


3/04/2011

Pabila Mata Tertutup... *_* zzzZZZzzzzZ

 Assalamuaikum dan selamat malam semua pembaca blog nie..

Kali nie aku nak kongsi sikit informasi tentang TIDUR yang merupakan salah satu tingkah laku natural manusia dan merupakan hak tubuh badan yang mesti dijaga kepentingannya. Kalau korang nak tau TIDUR juga ada peringkat-peringkatnya tersendiri yang akan dialami oleh setiap orang apabila mereka mula tidur. 

Agak-agaknya korang tau tak apa yang berlaku semasa kita tidur? 
  • Bermimpi - sudah tentu.
  • Berdengkur berirama - sudah pasti
  • Berjalan semasa tidur - OMG bahaya tue
  • Bruxism (klik here) - sesetengah orang ada
  • Bermimpi sampai bercakap-cakap - kes parah tue
Semua tue adalah kemungkinan yang akan berlaku bila kita tidur, meh kita study sikit tentang peringkat-peringkat tidur. zzzZZZZzzzzzzzzzzzzZ

Secara amnya tidur terbahagi kepada dua peringakat iaitu peringkat REM (Rapid Eye Movement atau Peringkat Mata Laju), dan peringkat bukan REM.Peringkat bukan REM pula ada empat fasa yang bergantung kepada tahap nyenyak tidur individu. Pada permulaan tidur (peringkat 1 & 2 ) kita akan menempuhi peringkat bukan REM terlebih dahulu. Bagi orang yang sihat, pusingan peringkat bukan REM dan REM akan berlaku berulang kali, setiap satu hingga dua jam sepanjang hidupnya. Korang faham tak?? tak pe meh baca lebih detail lagi.. scroll bawah lagi owkey.



 

Peringkat 1 : (non-REM)
  Ini merupakan peringkat awal-awal lagi apabila korang nak tidur, mesti ada rasa-rasa mengantuk atau mamai. Pada masa ini mata pejam dan biji mata akan bergerak perlahan-lahan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri pada masa yang sama akitiviti otak pula akan menjadi perlahan. Kalau korang nak tau semasa peringkat nie kita akan lebih mudah untuk terjaga dari tidur jika dikejutkan. Kadang-kadang kita merasakan seluruh badan akan tersentak atau rasa 'terjatuh' fenomena ini dinamakan hypnic jerks.

Peringkat 2 :  (non-REM)
  Sebahagian besar ataupun 50 peratus masa tidur berada diperingkat ini. Pergerakan mata akan berhenti dan aktiviti otak menjadi semakin perlahan. Peringkat ini dinamakan light sleep.

Peringkat 3 dan 4 : (non REM)

   Peringkat ini pula dinamakan "deep-sleep". Semasa berada kat fasa ini, seseorang itu amat sukar untuk dikejutkan dan di sinilah berlakunya fasa tidur nyenyak.



Peringkat tidur REM
   Berada difasa ini biasanya mimpi akan terjadi. Fasa ini akan terjadi apabila setelah individu itu tidur selama sekurang-kurangnya satu atau dua jam. Semasa fasa ini, mata korang akan bergerak pantas dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri dan nafas akan menjadi laju. Bahagian anggota badan lain akan menjadi kendur seperti otot badan termasuk otot kat kerongkong yang dimana akan menyebabkan anak lelangit bergetar setiap kali udara dihembus keluar dari peparu melalui kerongkong; ini adalah asas kepada fenomena berdengkur.


Dah faham semua murid-murid????

Nampaknya itu sahaja yang cekgu nak ajar hari nie. Saya harap murid-murid semua dapat tidur lena malam nie dan tak ada yang kantoi lagi tertidur dalam kelas. Hahahahaha (mood nak gie sekolah minggu depan).

P/S: Informasi nie adalah dari sumber majalah iSIHAT, kepada korang semua nite and sweet dreams owkey. KISS ( kEEP iT sIMPLE and Suweeet ) >_*






   



3/02/2011

Bukan Sekadar 'Fear Factor or Explorace' Biasa


Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian (permulaan yang skema). 

Kali nie mus nak citer sikit pasal pengalaman menyertai perkemahan Bina Insan Guru, BIG. Memang mencabar kepala otak, otot mentot, keberanian dan bebagai lagi pada minggu lalu. 
Check list xtvt:
  • Kaya mengayak
  • Infared (jejalan malam sensorang)
  • Berkawad kaki  
  • Kembara 
  • Refleksi (part paling aku xsuka)
  • Memasak (idup api gu guna batu)

Masak & Makan  >_*
xtviti kembara - misi menyelamatkan mangsa patah riuk.
Bernafas dalam lumpur - kerbau balau pown tak wat keje2 cam nie.
Group member aku - super model with clay
Mengasah batu - nak hidupkan api , jadi ke???

Jadi kot, lempeng telur + lumpur (tangan tak basuh)

Berkaya mengayak - dari sg ke tgh laut.

ROw row ur boat..


Cara nak parking kayak - tengok kiri then kanan, lulus ujian JPJ.

Ada banyak lagi gambar tapi malas nak kasi tengok, ahaks. Memang seronok bila terkenangkan kembali sepanjang minggu BIG. Tak banyak benda nak story ngn korang sebab aku dah mula busy dengan xaiment. 

P/S: TEACHER TOUCH THE FUTURE !!!