3/04/2011

Pabila Mata Tertutup... *_* zzzZZZzzzzZ

 Assalamuaikum dan selamat malam semua pembaca blog nie..

Kali nie aku nak kongsi sikit informasi tentang TIDUR yang merupakan salah satu tingkah laku natural manusia dan merupakan hak tubuh badan yang mesti dijaga kepentingannya. Kalau korang nak tau TIDUR juga ada peringkat-peringkatnya tersendiri yang akan dialami oleh setiap orang apabila mereka mula tidur. 

Agak-agaknya korang tau tak apa yang berlaku semasa kita tidur? 
  • Bermimpi - sudah tentu.
  • Berdengkur berirama - sudah pasti
  • Berjalan semasa tidur - OMG bahaya tue
  • Bruxism (klik here) - sesetengah orang ada
  • Bermimpi sampai bercakap-cakap - kes parah tue
Semua tue adalah kemungkinan yang akan berlaku bila kita tidur, meh kita study sikit tentang peringkat-peringkat tidur. zzzZZZZzzzzzzzzzzzzZ

Secara amnya tidur terbahagi kepada dua peringakat iaitu peringkat REM (Rapid Eye Movement atau Peringkat Mata Laju), dan peringkat bukan REM.Peringkat bukan REM pula ada empat fasa yang bergantung kepada tahap nyenyak tidur individu. Pada permulaan tidur (peringkat 1 & 2 ) kita akan menempuhi peringkat bukan REM terlebih dahulu. Bagi orang yang sihat, pusingan peringkat bukan REM dan REM akan berlaku berulang kali, setiap satu hingga dua jam sepanjang hidupnya. Korang faham tak?? tak pe meh baca lebih detail lagi.. scroll bawah lagi owkey.



 

Peringkat 1 : (non-REM)
  Ini merupakan peringkat awal-awal lagi apabila korang nak tidur, mesti ada rasa-rasa mengantuk atau mamai. Pada masa ini mata pejam dan biji mata akan bergerak perlahan-lahan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri pada masa yang sama akitiviti otak pula akan menjadi perlahan. Kalau korang nak tau semasa peringkat nie kita akan lebih mudah untuk terjaga dari tidur jika dikejutkan. Kadang-kadang kita merasakan seluruh badan akan tersentak atau rasa 'terjatuh' fenomena ini dinamakan hypnic jerks.

Peringkat 2 :  (non-REM)
  Sebahagian besar ataupun 50 peratus masa tidur berada diperingkat ini. Pergerakan mata akan berhenti dan aktiviti otak menjadi semakin perlahan. Peringkat ini dinamakan light sleep.

Peringkat 3 dan 4 : (non REM)

   Peringkat ini pula dinamakan "deep-sleep". Semasa berada kat fasa ini, seseorang itu amat sukar untuk dikejutkan dan di sinilah berlakunya fasa tidur nyenyak.



Peringkat tidur REM
   Berada difasa ini biasanya mimpi akan terjadi. Fasa ini akan terjadi apabila setelah individu itu tidur selama sekurang-kurangnya satu atau dua jam. Semasa fasa ini, mata korang akan bergerak pantas dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri dan nafas akan menjadi laju. Bahagian anggota badan lain akan menjadi kendur seperti otot badan termasuk otot kat kerongkong yang dimana akan menyebabkan anak lelangit bergetar setiap kali udara dihembus keluar dari peparu melalui kerongkong; ini adalah asas kepada fenomena berdengkur.


Dah faham semua murid-murid????

Nampaknya itu sahaja yang cekgu nak ajar hari nie. Saya harap murid-murid semua dapat tidur lena malam nie dan tak ada yang kantoi lagi tertidur dalam kelas. Hahahahaha (mood nak gie sekolah minggu depan).

P/S: Informasi nie adalah dari sumber majalah iSIHAT, kepada korang semua nite and sweet dreams owkey. KISS ( kEEP iT sIMPLE and Suweeet ) >_*






   



2 comments:

eyqa amin said...

said....
deep sleep such as a sleeping beauty la thu kn?kn?
beauty2 with eye back now...
huh=(

eyqa amin said...

said....
deep sleep such as a sleeping beauty la thu kn?kn?
beauty2 with eye back now...
huh=(