7/06/2013

Projek Terbang: Pantai Batu Payung

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang buat semua. 



Haaaaa kali ini nak bawa pergi bersiar-siar sedikit. Keluar sebentar ambil angin orang kata. Refresh minda yang lemau. Buang tekanan buat selama-lamanya. Kalau duk teperap dekat bilik lama-lama boleh jadi apam kepam jugakan. Maka lima sekawan telah bersetuju untuk 'terbang keluar' dari hostel (macam ada sayap jer) menuju pantai Batu Payung. 



Ini dia skuad-skuad terbang yang sedia untuk terbang menjunama ke pasir pantai Batu Payung.



Cubaan terbang ke pasir ker? 


Oleh kerana cubaan terbang gagal maka skuad terpaksa berjalan di atas pasir. Yang diaorang tengah lalui ini adalah air sungai yang mengalir ke pantai. Air sungai terasa sejuk dan nyaman sebab malam tue hujan lebat. 

Haaa macam tak pergi pantai jerkan. Jangan tertipu dengan pandangan mata.

Tadaaaaaaaaaa ha kan pantai tue belakang budak yang tengah main ketam. Kalau nak tahu masa kami pergi situ air tengah surut dan keluarlah ketam-ketam sekalian buat flash mob atas pantai itu. 


Agak khejam kalau gambar aku tak masuk dalam citer ini. Kenapa mcm tugu jer




Dah puas mencuci kaki dan mengelapkan kulit lets go mengisi perut yang lapar. 





Goreng pisang cheese



Lepas minum petang baru terbang pulang dengan hati yang tenang. :) 

No comments: