Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

8/23/2011

Makan dan makan lagi

Assalamuaikum dan selam ramdhan yang dah masuk hari yang ke-23 dengan harapan mudah mudahan ramadhan kali ini dapat kita memperoleh kejayaan dalam mengawal hawa napsu dan mengurus emosi dengan bijak. Kali ini aqim nak kongsi serba sedikit pasal menu makanan yang menjadi pilihan semenjak belajar di Tawau Sabah ini. Since, selera makan pun dah pulih, kalau tak bila buka puasa jerr duk celup biskut Hup Seng dalam air susu. Makanya berat badan dalam bulan puasa nie dah turun mendadak, masakkanya seluar semua habis longgar sampai terpaksa ikat belt ketat-ketat. Berbalik kepada makanan, bila masuk bulan puasa sahaja makanan ini menjadi lebih fames meskipun dah biasa dijual kat kedai atau warung di Tawau ini. Tetap menjadi pujaan hati orang ramai. Memang sedap dan marvelous katakan. 

Nasi kuning merupakan salah satu menu pilihan makanan utama masyarakat di daerah Tawau ini. Nasi ini dipanggil nasi kuning disebabkan kerana nasi ini berwarna kuning dan agak wangi serta berlemak apabila dimasak bersama santan. Nasi nie hampir sama hebatnya dengan nasi lemak kerana menjadi pilihan orang ramai terutamanya waktu sarapan. Kebiasaannya nasi kuning nie dimakan bersama lauk ikan kayu atau ayam yang dimasak sambal atau kurma berserta telur.



Seterusnya, nie adalah merupakan nasi lalap yang juga merupakan salah makanan yang popular kat Tawau nie. Sebut sahaja nasi lalap siapa sahaja yang tak pernah merasakan masakan yang simple lagi berkhasiat ini. Nasi lalap seperti yang ada dalam gambar ini macam nasi biasa tetapi kelainan dia adalah terdapat ayam goreng yang sedap. Biasa kalau makan kat gerai-gerai nasi lalap akan diletak dua ketul ayam oreng, puas nak habiskan. Then, ada juga sayur segar yang dicelur terlebih dahulu  dan yang paling memainkan peranan bagi memantapkan nasi lalap ini adalah dia punya sambal. Lain dari sambal biasa kerana sambal ini mempunyai rasa yang istimewaanya tersendiri.
So, sekiranya anda melancong ke Sabah terutamanya di bahagian Tawau ini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan yang sedap ini seperti nasi kuning dan nasi lalap.




   

8/16/2011

Diari Dapur Bujang: Hot Yummy Chicken Porrigde

Hari ini entah mimpi apa entah secara tetiba aku aqim nak masak bubur ayam buat sahur kali ini. Mungkin nak lepas geram pasal dah dua hari aku terlepas nak sahur gara-gara gelombang kemalasan melanda. Nak masak ayer panas cecah biskut pun tak larat nak bangun (memang malas sangat nie). Gara-gara malas nak sahur, mr gastrik pun dengan senang hatinya beroperasi takala waktu berpuasa. Back to bubur, projek menjahamkan periuk nasi hari ini memang  Hancus Lebur menjadi sedekit mesikpun rupa bubur ayamnya tak sama dengan aku masak sebelum ini. Ini semua salah si ayam yang terlalu banyak. Sudah ayam pulak jadi bahan tuduhan. Bukanlah masakan sepesial kali tak menjadi sebab aku tukar sikit dia punya cara masakan dia. Sebelum nie aku rebus ayam sekali dengan nasi tapi kali nie aku rebus ayam dulu, nak dapatkan stok atau air rebusan ayam dulu, kemudian baru kasi masuk beras dan macam-macam lagi. Penyudahnya aku gagal nak buat bubur ayam sepesial malam nie untuk sahur esok.

 Cari inspirasi sebelum masak ngan membakar diri dengan api pelita...
Terlebih lobak jingga pulak nie. Hacus-hacus bubur kali nie..

Mak datuk nenek, nie ker rupa bubur ayam. Hahaha dah tak jadi namanya nak buat macam mana. BUT rasa No Doubt lah cam biasa aku buat cuma percaturan kali kurang menjadi. Tak mengapa pas nie budak kelas aku nak buat potluck hujung minggu nie, aku nak try remake balik this "Hot Yummy Chicken Porrigde". Okalah cerita semua dah makan pun dah apa tunggu  lagi baca niat puasa tue karang terlepas pulak. Assalamuaikum dan selamat berpuasa semua.
               

8/07/2011

Puasa dan Tv

Puasa pada hujung minggu memang menyeronokkan kerana kita dapat berpuasa dan berada di rumah bersama keluarga yang terchenta. Teringat zaman kanak-kanak dulu, bila masa cuti duk rumah mula tak duduk diam ke hulu ke mari macam pengawal keselamatan. Behavioral itu disebabkan usaha supaya tidak tidur sepanjang hari dan tidak membatalkan puasa dengan sengaja seperti puasa yang yok. Saat dan ketika itu televsion atau sebutan lebih famous dikalangan masyarakat TV or TB menjadi teman sepanjang hari.

Mula-mula hanya sekadar bersahaja menonton rancangan kartun kegemaran a.k.a syok abes, Transformer dan Teletubbies (brain wash jap). 

Tetapi akhirnya kecundang juga. Sambung dalam pukul sebelas pagi usha-usha segmen memasak kuih dan kek raya dari chef-chef yang famous kemudian masuk tengah hari ada pulak citer masakan yang duk sebuk bagi resepi untuk berbuka nanti pastue mak-mak sesebuk gak capai kertas bil elektrik dan pensil 2B menyalin setiap kata pengacara Tv tue, dah macam masuk kuliah Titas. Kemudian sambung lagi lepas zohor dengan citer-citer ramdhan yang setesen tv kuarkan, syok abes sampai tergolek-golek dengan bantal busuk. Masuk pas asar, tukar channel nak tonton pulak 'Jejak Rasul' belajar sirah islam. Then, part yang paling tak miss tengok tiap tiap hari, tak jemu jemu tengok...

 Nie dia, dalam pukul lima adalah dia, pengumuman waktu berbuka puasa bagi seluruh Malaysia. Masa tue dok dengki dengan orang yang berbuka puasa di Sabah dan Sarawak, awal giler dalam pukul 6 lebih gitu. Kita kat semenanjung sejam kemudian baru nak buka puasa. Sapa penah pikir cam tue ramai-ramai angkat tangan. Nah sekarang baru aku tau rasa berbuka puasa di negeri bawah bayu ini. Memang awal giler tapi sahur pun awal lah.

Sekarang dah duk jauh-jauh nie dah tak berapa nak layan tv, skrang layan laptop mengonline dan tugasan yang lecture yang berlambak. Dari pada duk melanggok depan tv tanpa paedah lebih baik duduk diam-diam sambil berzikir banyak-banyak semoga Allah memberkati usaha dan amalan kita di sepanjang bulan ramdhan dan semoga semua pekara yang baik dibulan penuh berkat ini dapat diamalkan dibulan-bulan yang lain, Insyallah pasti boleh.

               

8/02/2011

Pensil picit: Puasa yang yok

Hari ini dah masuk ramadhan yang kedua dalam tahun ini. Semalam adalah puasa paling ngeri bagi aku. Sebabkan gastrik apa yang aku makan masa buka terpaksa diluahkan balik sampai perut nie kosong balik. Malam tadi aku sambung puasa gamaknya, bukan apa  asal makan keluar balik. Sapa jer larat gitu, harap-harap hari ini taklah jadi cam selamam. 

Teringat pulak kesah masa aku kecik-kecik. Masuk jer bulan pusa terdengarlah istilah puasa "yang yok". Sebuk disoalkan oleh orang tua-tua kepada budak-budak yang baru nak start belajar puasa. Soalannya berbunyi begini ' ko puasa tak nak'. 'Puasa jawab aku'. 'Ya yer jer ko puasa, ker ko puasa yang yok'. Begitu lebih kurang persoalan mereka. Kalau korang nak tahu apa itu puasa 'yang yok' dan aku penah jadi golongan orang yang puasa 'yang yok' gak.. hahahah.. itu semua zaman gua masih kanak-kanak hingusan. Meh tengok lukisan pensil picit @ mekanikal. First try for post kat blog harap-harap oklah kan.

Mula-mula masa sahur sanggup bangun meskipun mata dikepit ngan taik mata demi kerana lauk pagi ada ayam goreng dan milo ais. Dengan dalam dunia yang gelap aku makan sambil tersengguk-sengguk bila abah tegur baru terbeliak biji mata. Pastue yang tak best pulak puasa time musim persekolahan. Muka seorang-sorang macam sayur lembik, tak banyak cakap, pergerakkan pun perlahan dan bila time rehat ambil kesempatan tidur sampai teacher masuk kelas pun buat-buat tak tahu. Then, bila balik sekolah, sumpah lapar dan dahaga yang melamapu (masa tuelah). Aku pun dengan suka hati gie usha apa yang ada bawah tudung saji. Cantik... ada ayam goreng pagi tadi dan cantik lagi sekali tak ada orang lain kat umah.



Masa tue tak pandai sangat nak cover line nak cilok dari kantoi xpose. Akhirnya aku kena duk jauh jauh dari orang buka puasa. Paling sadis dapat makan last bila orang lain dah habis makan. Pas hari tue taubat dah nak puasa 'yang yok'. Ada juga sebenarnya pantun untuk orang yang puasa jenis 'yang yok', pakcik-pakcik yang reka sendiri bagi menyindir budak-budak kecik yang puasa 'yang yok'.

Puasa yang yok
Tengah hari buka periuk.

Hari ini aku buka puasa ngan sebijik ubat gastrik. Pas 2o minit baru boleh makan makanan dibeli kat bazar tadi. Di sini nak ambil kesempatan nak ucapakan selamat menjalanani ibadah berpuasa dan ibadah-ibadah yang lain di sepanjang bulan ramadhan nie. Apa-apa pun jangan jadi puasa 'yang yok'.