1/07/2012

Bila Baju Dah Tak Muat


Berpakaian segak bergaya, kaki disarungkan dengan kasut sukan berwarana ungu kelabu yang dah hampir hampir reput. Mengatur setiap langkah dengan kemas. Pergerakan lincah menjadi tumpuan. Genggaman tangan usah dipertikaikan lihat sahaja pukulan servis yang dilakukan. Setiap pukulan membawa makna kejayaan. Percikan peluh yang mengalir menghurai kesungguhannya..........

Mungkin kali pertama bagi aku dalam tahun ini keluar dari bilik untuk melakukan aktiviti bersokan. Maka apa yang digambarkan seperti di atas itu adalah tidak mungkin terjadi sama sekali. Guwa bangun dari katil dengan muka setoyer mungkin setelah beberapa kali diasak oleh Shazwan yang mengajak guwa main tenis petang tadi. Guwa boleh lupa mana letaknya kasut sukan. Jalan pergi court tenis pun macam orang nak tak nak jer. Mula mula warm up dulu, setakat pusing court dua kali terus main. Kasi servis macam budak budak baru pegang raket sumpah bikin member angin. 

Akhirnya guwa sedar akan diri ini, sudah sebulan lebih duduk rumah dengan aktiviti sehat seperti menghabiskan nasi dengan lauk yang ada dan mengadap tivi tiap tiap hari. Guwa sedar akan keadaan tubuh badan guwa telah berubah hasil daripada pemerhatian 'bila baju dah tak muat'. Kini tiba masanya mencari solution bagi membolehkan guwa memakai baju baju yang ada dengan selesanya. Akhirnya guwa main dengan bersungguh sungguh tadi. Rasa tak puas pula tadi, esok turun lagi.

sideview: tadi ramai juga yang bersokan, agaknya baju dah tak muat gak kot...










   
   


1/06/2012

Sempat Tak Menyempat 2012










 
 
2011
Sudah berlalu hampir seminggu...


Guwa sempat atau tak sempat nie???..

Nak bagi ini doe..
 
Selamat Tahun Baru
2012

ps/: Sudah berkurun lamanya guwa tak buat latihan hand grip di blog ini, kini kembali aktif semula. Mungkin guwa agak ketinggalan nak bagi ucapaan tahun baru kepada semua. Tapi peduli apa selagi bulan satu tak abis lagi guwa masih boleh wish kan.





   

11/23/2011

Kembali ke lubuk

Assalamuaikum dan Hye hye semua

Setelah sekian lama dah menghentak-hentak papan kekunci dengan lacangnya akhirnya telah kembali ke pada lubuk dunia blogger. Siyes guwa cakap agak kekok bila nak buat satu post yang macam nie. Kehilangan selama ini disebabkan guwa agak sibuk sebelum peperiksaan semester dan  pekse kali ini betul betul menguji akal  malah guwa pedap giler masa jawap kertas murid dan alam belajar, belajar bagi nak rak tapi tak dapat jawap dengan baik, tapi kawan kawan belajar sambil nari zapin  dan poco poco tapi boleh score . Rasa nak koyak koyak kertas jawapan diaorang tapi takut nanti kena belasah berjemaah pulak. 
Sekarang semester dua dah habis dan guwa gak dah kembali ke lubuk asal guwa. Finally i at home sweet home in Melaka. Siyes gembira tak terkata takala menghirup udara tanah air sendiri biar pun kelat dengan kentut dan yang bestnye jumpa sanak saudara dan keluarga tersayang. Sekarang nie masih blur ayam nak merancang cuti semester nie supaya terisi dengan pekara yang berpaedah dan pekara seperti ini tak terjadi :
  • Bawa kucing-kucing bersiar-siar kat pantai pastue kat pasar ikan.
  • duduk mengadap depan laptop sampai mak baling dengan kuali.
  • Tidur sampai tengah hari dan abah ko dah siap telepon ambulance sebab cuak ko tak bangun bangun.
  • Duduk layan running man, ketawa terbahak bahak sampai tak ingat nak solat.
     
Dan hari ini dah 3 hari kat rumah masih belum buat apa apa lagi, masih lagi duduk depan tv tekan tekan punat alat kawalan jauh.Siyes, semua siaran gagal memberi layanan terbaik baik guwa layan blogger jadi silent reader jerr.. hahahahaha. 







   

10/22/2011

"My Happiest Moment"

Assalamuaikum and happy holiday to charming readers.



These picture was captured during our practical at a small school in rural area that near by to the beach. Taking fresh breeze make us more energetic and release pressure during class. Smiling, shouting, laughter  and  happiest was born when we was there. They all my classmate which come with me for these an unforgettable journey and i take their picture.      



Capturing sweet memories is no doubt important to you Nuffnangers, and Olympus is giving all you shutterbugs out there the chance to win these gorgeous cameras for yourself with the 'Happy Photography' contest! Head on to the 'Submit' tab for instructions on how to participate in the contest, where the five best entries will win:

  • 1st prize: Olympus PEN Lite E-PL3 Kit worth RM 2,499
  • 2nd prize: Olympus PEN mini E-PM1 Kit worth RM 2,099
  • 3rd-5th prize: Olympus PEN carry-all bag worth RM350





  

10/21/2011

Kau Memang Super Fuuukkkk

Hari pertama aku datang dengan penuh gebang dan kembangnya nak usha try nasi goreng kampung sepesial kat medan selera tapi 'kau' bilang kau sibuk tak ada masak nak masak itu ini makan sahaja yang ada set buffet. Aku keluar dari tempat makan itu dengan pasarah, aku positifkan diri dengan berkata mungkin ada rezeki aku.
 
 
 
Keesokan hari aku datang lagi aku datang dengan yakin, setiap langkah diatur rapi biar tanpa tidak terlalu gairah untuk melepaskan gian kepada nasi goreng kampung. Kali ini kau lagi sekali menghampakan aku. Kau bilang hari ini bahan mentah atau ramuan utama nak buat nasi goreng kampung sudah kehabisan. Aku redha, lantas aku mengambil makanan di set buffet yang ada cuma tempe goreng yang dah lali dengan perut aku, ayam masak kicap yang tak nampak mana satu ayam dan kuah, ayam goreng mini kau tue dan sayur peria yang membunuh nasfu nak makan. 
 
 
Aku terima seadanya. Aku menyuapkan nasi demi mengisi perut dah lama kempuanan nak sangat makan nasi goreng kampung. Biarkan ribut taufan melanada aku mesti dapatkan. Dalam hati aku berdetik 'tak mengapa minggu depan aku datang sini lagi demi sepinggan nasi goreng kampung yang menjadi pujaan semua mahasiswa di kolej ini'. Takala aku hampir menyudahi menghabiskan sisa sisa nasi dalam pinggal, terpacul suara gadis kaunter menjerit dan gelombang-gelombang bunyi suara gadis itu menggegarkan  ruang udara medan selera dan menggetarkan gegendang telinga aku. Dengan jelas lagi nyata dia berkata "nasi goreng kampung tapau siap!!!".
 
Aku terhenti seketika. 
 
Aku tergamam. 
 
Aku bagaikan tidak percaya.

Aku tidak bermimpi disiang hari.

Apakah semua ini?

'kau memang super duper fukkkkkkkk' tergamak kau kencing aku padahal selepas 15 minit lalu aku bertanyakan tentang nasi goreng kampung  tapi kau cakap tidak ada tetapi kenapa sekarang ada pulak. Sumpah kau akan jadi tempat longgokkan sumpah seranah aku secara monolog. 
 
 

Kamon lah, please be fair with ur kastemer yang mengidam nie...







   

Thai Movie Addicted: Crazy Little Thing called Love (aka First Love)

Assalamuaikum dan heylo..

Kemunculan minggu yang ada berkaitan dengan cuti umum di Malaysia ini ada kalanya guwa terpaksa bertahan dan menahan sebak dan kerinduan hendak balik tanah malaya. Takala hari ini semua orang dah angkat kali pulang ke rumah dan bertemu yang tersayang, guwa melayang kebuntu minda yang dah mula menjengkelkan dengan kesunyian seketika dengan menonton 'Carzy Little Thing Called Love (aka First Love) . Perggggg layan jiwa felling fall in love jap. Menyampah... 

First love mengisarakn realiti kehidupan apabila hati seorang remaja perempuan yang ter'crush' dengan senior dia. Sesungguhnya cinta itu gila, dia sanggup melakukan perubahan 360' demi mendapatkan perhatian dan cinta sang arjuna yang telah meranggut cintanya. Persoalan sebagai seorang junior yang comot geek, dan huru hara mampukan dia memperoleh cinta pada zaman persekolahanya...

Malas guwa nak bagitwa lebih-lebih, nanti korang malas pulak nak memonoton First Love.







 
 




   
 

10/09/2011

Sunday Syndrome

Assalamuaikum dan Selamat Bercuti. :)

Hari dah nak masuk petang dah pukul 12 tengah hari ko masih berada atas katil puaka dibuai mimpi-mimpi indah. Ko mimpi makan gulai tempoyak ikan patin, makan dengan lahap sebab dah pukul 12 siapa tak lapar. Tapi realitinya bila ko bangun tido ko lap air liur basi sebagai bekpes lunch yang lazat.

Ko habiskan masa dalam shower dengan menyental rambut ko ala ala korea gitu dengan mata ko masih tertutup rapat. Ko berangan mandi kat dalam suiming pool sambil buat aksi-aksi renang berirama. Realitinya setitik air pun tak kena kan badan ko sebab ko malas nak mandi.
Berjalan ke ampai baju dah macam orang mabuk, ko berangan menggunakan super power ultramen untuk jemur baju ko dan melawan angry bird dan green piggy. Tapi realitinya ko tak pernah basuh baju hujung minggu sebab ko tak ada masa untuk itu semua. 
Depan rezki dan awek ko buat hal. Ko banyangkan ko makan lamb chop berdua kat restoran mewah. Realitinya ko masih lagi tidur, nasi yang ko ambil tadi langau dah sebat dan awek ko makan hati dah siap pegang garpu nak korek biji mata ko.

Itu pucanya dari....




Nie semua gara-gara semalam ko telah berjimba-jimba dengan kekawan ko main game guna WLAN kampus....

ps:// hahaha pepahal enjoy ur weekend dan pandai-pandailah nak bagi-bagi masa....