11/09/2010

Kertas Exam Bermasalah atau Aku yang Salah ?

Tarikh: 11/9/2010
Hari:  Selasa
Lokasi: Dewan Exam kot 
Tempat duduk: Hot seat  (30)
Kertas: MT3311P
Tempoh Menjawab:  1jam15minit

Sangat mendugakan aku apabila kertas yang dijawab tadi ada beberapa kesilapan teknikal seperti tidak memberi maklumat yang mencukup serta arahan yang mengelirukan semua org yang ambik paper nie. 

Berpeluh gak otak aku berhempas pulah menjawab soklan yang "demand" lebih nie. Soklan trasformation yang melibatkan drawing a polygon mengambil masa setengah jam dan beberapa skolan dibiarkan kosong kerana mmg aku xpaham soklan n xpenah jumpa soklan cam 2. 



BTW aku dah jawab ngn sebaik mungkin lah kan. Harap2 aku pass for this paper dan skrang fokus tuk last paper, PM3312P. 

YESS, akhirnya tamat juga pengajian aku bagi program persediaan sebelum sambung wat program degree tahun depan. Selama tempoh setahun setengah banyak ilmu dan pengalaman yang dapat aku ceduk buat jadi petunjuk dan panduan yang berguna pada  masa hadapan. Kalau nak diceritakan balik apa yang aku lalui  kat  sini mmg tak kan habis 3 hari kerana banyak betul yang nak dikongsikan bersama. hahahaha.. poyo jer ayat tuu.

Tapi kan duk kat tempat orang dah berjauhan dengan keluarga yang terchenta memang membuat aku menjadi lebih berdikari. Apa tak nya semua urusan dilakukan sendiri dan  kawan-kawan juga sedikit sebanyak membantu dalam mewarnai kehidupan di kampus. AKU sebagai pelajar biasa sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan segala nikmat-Nya maka dapatlah aku mengerti erti sebuah kehidupan seorang insan agar mengharagai sesuatu dan sedar akan tugasnya di muka bumi ni. 


Yahoooo, minggu depan ialah minggu terakhir aku di Tawau bagi tahun 2010, maka bermulalah cuti semester. Trimas diucapakan kepada pihak yg bertanggungjawab kerana sudi memberi tiket penerbangan percuma pada 20 hrbln nie. Tak sabar rasanya menjejak kaki ke bumi hang tuah dan jumpa keluarga tersayang. Omak den pesan sebelum balik tuuu, beli ikan bilis dari Indrasabah, Udang Kering dan Ikan Keropok kat Pasar Tanjung. Huhuhuh.. ade-ade jer my mom nie. Owkey2 no problems omak. 






Nyamuk kemudaratan atau kebaikan

Nyamuk merupakan suatu perkataan yang terlalu lumrah bagi kehidupan manusia. Perkataan ini amatlah sukar untuk dipisahkan daripada kehidupan seharian kita. Sehinggakan peribahasa kita juga ada yang menggunakan perkataan nyamuk misalnya marahkan nyamuk kelambu di bakar.

Bagi masyarakat Malaysia, kita mengenali nyamuk dengan kesan-kesan penyakit yang dibawa olehnya. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, nyamuk tiruk terkenal kerana malaria, manakala pada tahun 1970-an dan1980-an, nyamuk aedes pula menjadi popular kerana denggi. Sekarang nyamuk Culex pula muncul kerana Japanese Encephalitis (JE) dan juga selesema burung. 

Namun ramai daripada kita tidak benar-benar tahu kenapa nyamuk wujud. Nyamuk hidup dengan jangka hayat yang pendek iaitu antara 10 dan 14 hari. Kitaran hidup nyamuk bermula dengan telur menetas menjadi larva atau jejentik dan seterusnya menjadi pupa sebelum berubah menjadi nyamuk dewasa. Telur nyamuk boleh dijumpai terapung di atas permukaan air sementara larva nyamuk dan pupa akan berada di bawah permukaan air.


Semua kitaran tersebut kecuali nyamuk dewasa, memerlukan air untuk hidup. Nyamuk memanglah sentiasa ada dan jumlahnya bergantung kepada kedudukan geografi. Umpamanya, di ladang-ladang dan di pinggir-pinggir hutan atau belukar, bilangan nyamuk agak banyak hingga menyusahkan kehidupan manusia. Kewujudan nyamuk merupakan asas rantaian makanan bagi kehidupan di bumi.


Nyamuk merupakan makanan kepada beberapa jenis serangga dan reptilia kecil manakala larva nyamuk pula merupakan makanan kepada anak-anak ikan. Dalam era kemodenan sekarang ini, banyak racun serangga perosak telah digunakan dengan meluas dalam sektor pertanian atau secara persendirian untuk mengawal serangan serangga perosak.


Tetapi penggunaan racun serangga telah menyebabkan pengurangan atau kepupusan ikan-ikan air tawar tempatan.Sebagai contoh, ikan-ikan laga tempatan yang mudah didapati di saliran-saliran air di seluruh negara amatlah sukar untuk diperoleh pada masa ini.

Salah satu sebab pengurangan itu disebabkan kegunaan racun serangga yang telah mengubah kualiti air dan menjadikannya tempat yang kurang sesuai untuk ikan ini membiak.
Sebab lain ialah kurangnya makanan semula jadi iaitu larva atau jejentik nyamuk untuk anak-anak ikan membesar. Oleh itu, untuk mengurangkan kadar kepupusan ikan ini, satu kaedah perlu dicari dalam usaha pemuliharaan ikan-ikan air tawar tersebut. Satu kaedah yang boleh diaplikasi ialah pengumpulan dan penetasan telur nyamuk secara terancang.


Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah untuk mengumpulkan telur-telur nyamuk yang berkeliaran supaya ia boleh ditetaskan dan digunakan sebagai makanan ikan? Mungkin pengamal akuakultur sudah mencubanya tetapi kebanyakan adalah rahsia atau telur nyamuk diperoleh dengan mengutipnya di dalam kolam-kolam atau lopak air. Teknik mengutip telur nyamuk merupakan teknik yang tidak berdaya saing kerana memerlukan masa dan tenaga yang banyak.


Satu cara yang mungkin praktikal dilakukan ialah dengan menarik nyamuk-nyamuk untuk bertelur ditempat yang disediakan. Tetapi apakah yang boleh menarik minat nyamuk untuk datang dan bertelur di tempat-tempat seperti ini? Sekiranya kita dapat merungkai keperluan habitat nyamuk, maka bukan sahaja mendapat faedah dengan penghasilan makanan anak-anak ikan malah kita juga dapat mengurangkan populasi nyamuk.




Looking Back

Sometimes the clearest view of the future comes from looking to the past.

I will looking back


11/02/2010

i m waiting for this...

RM0.00 ANM:EFT
1**************
BIASISWA 11/10
PPISMP 07/09 DIHNTR
PD 01112010 BANK 
SIMPANAN NASIONAL
RUJUK
http://emaklumat.web.anm.gov.my

Alangkah bahagianya bila membaca mesej nie, malah ade yang tersenyum lebar. Urgghh bila nak dapat nie. Dah nak Depavali  and Raya HAJI nie. 
Please help me!


Pengumuman

Kepada semua staff ahli resources sekalian..
Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, facebook, twitter, blogger, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM5.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Bebaskan diri anda dari masalah di tempat kerja :)