2/04/2013

KELAM MALAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam semua.

Kusut kepala bila fikirkan semua apa yang aku sedang lakukan ini. Kerja gila weh, sumpah tak pernah sekumit perasaan atau terlintas difikiran untuk buat benda ini. Bagi aku ini semua ibarat aku bermimpi di siang hari. Mimpi? bilalah nak sedar dari mimpi. Nak tunggu tersunggur jatuh dari katil baru nak sedar. Tapi ini semua bukan mimpi tetapi kenyataan. Sedar atau tidak bukan penghalang bagi aku nak teruskan kehidupan ini cuma aku perlukan bimbingan atau panduan agar tidak tersilap langkah.

Pilihan tepat atau tidak? :{

Memang kehidupan kita sebagai manusia yang mentadbir dunia ini tidak akan pernah lari dari pilihan. Semua benda memerlukan kita membuat pilihan. Dari benda yang kecil sehinggalah pada pekara yang rumit. Cuma kita perlu membuat pilihan itu agar ia memberi manfaat kepada kita. Namun, terdetik juga dihati kecil ini, adakah pilihan aku ini benar atau sebaliknya? Kusut dibuatnya, masa semakin hampir.

Biar masa mementukan? :#

Pasarah dengan ketentuan atau membiarkan masa menentukan segalanya tapi bila. Jangan nak malas sgt nak berusaha. Hidup kau, sendiri yang tentukan. Gunakan momentem yang ada dalam diri kau. Move on aqim.

Doa sat, :)

Mohon pada yang maha Esa agar diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh kejutan serta diberikan panduan semasa membat pilihan semoga pilihan atau langkah yang diambil dapat memberi manfaat pada diri ini serta orang disekeliling aku. 

Moga malam kelam ini dapat menghilangkan nafas resah yang berlengar di ruang minda. 
Moga malam kelam ini dapat memberi 1 kepastian yang nyata.
Moga malam kelam ini tak sekelam hati ini. Huk?
Moga malam kelam ini dapat tidur nyenyak.
Moga malam kelam ini dapat mimpi yang best-best, mimpi jadi PSY pun masyuk juga hoho.

#Penat aku layan emosi gila  ni, hahaha mengah mengah ni, kbai.
#Moga pilihan untuk bertanding AMT JPP adalah pilihan bermakna dan bermanfaat.



3 comments:

maitimie said...

pape yg jadi, terima dg hati yg terbuka. berlapang dada. mungkin ni masanya untuk kau buktikan, 'diam-diam ubi berisi'

wish you all the best mus. aja-aja!!

Muhammad Mustaqim Razali said...

thanks eyqa. Kita akan lakukan yg terbaik.

maitimie said...

thumbs up!