4/13/2013

Borak Makan: Nasi Ayam Penyet

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hujung minggu.

Bila sebut hujung minggu baru kali ini terasa sibuk bila hari sabtu aku telah dicuri oleh aktiviti gerko di sekolah. Aduhai malas sebenarnya nak pergi tapi apakan daya 'kerja tetap kerja', mana boleh nak tolak tolak walaupun hujung minggu hanya tinggal hari ahad. 

Dalam kesibukan melengkapkan praktikal selama sebulan makan minum sebagai seorang belia yang suka makan tak pernah terabai.huhuhuhuhuhu. Ini bukan kerja lebih tapi makan jer lebih. Bersenam bersukan bagai lama dah tak buat. Biar orang kata aku makin berisi, aku rasa aku mentain tegap lagi. Amboi yakin sungguh paria nie. Okay-okay berbalik kepada Nasi Ayam Penyet, pada asalnya aku tidak berapa tahu mengenai rasa masakan ini yang aku tahu hanyalah nama NASI AYAM PENYET yang diomong-omongkan oleh mereka-mereka yang telah pernah makan makanan ini. 

Nak dijadikan cerita aku jatuh cinta pada nasi ayam penyet setelah diperkenalkan oleh si dia dalam beberapa minggu yang lalau. Terus aku menjadi sawan dengan ayam penyet selama seminggu. Betul kata oranga kalau tak rasa maka tak gemar kan. Selama seminggu itu aku duk meroyan nak makan ayam penyet. Oleh itu beberapa siri menjelejah satu daerah Tawau ini mencari ayam penyet. Amboi gigih tak gigih lah. Untuk pengetahuan korang nak cari ayam penyet dekat Tawau ini mudah sahaja kerana ayam penyet telah menjadi salah satu makanan kegemaran masyakarat disini, boleh dikatakan ia menjadi menu utama kedai-kedai makan. 

Berdasarkan pengalaman lidah merasa ayam penyet, hanya tiga ayam penyet yang menjadi pilihan aku untuk makan berulang kali. 

NO. 1 - Ayam Penyet Bang Jo, Area Highway Tawau




NO 2 - Ayam Penyet, Kak Tini Taman Sawit Balung. 



 
NO 3 - Ayam Penyet, seri percik kat Balung.





Rasa-rasa korang yang mana menjadi pilihan hati? 






#potpetpopet, tadi makan ayam penyet kedai kedai lain rasa dia macam gampang. Y_Y

No comments: