10/12/2013

Rindu

Ribut 
Mesti ada angin.
Biar kencang baru sebut ribut.

Hujan.
Mesti ada air.
Biar basah baru sebut hujan.

Petir.
Mesti ada kilat.
Biar meletop baru sebut petir.

Rindu?
Mesti ada rasa.
Biar merana baru sebut RINDU. 


10/11/2013

Longest Non Stop Macro Teaching Session in Malaysia 2013: My Part.

Assalamuaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah. Salam sayang semua.


Woah tajuk nak gempak siap nak ada long longer longest bagai. Eh ini benda betul ni, aku serius kali ini. Sekarang sedang dan masih lagi berlangsung proses menjayakan projek mega yang dianjurkan oleh kampus aku pada tahun ini. Entah mimpi apa entah diorang nak buat projek mencipta cabaran  'Longest Non Stop Macro Teching Session in Malaysia 2013 dan siap masuk Malaysia Book of Records (MBR) tahun nie.

Projek cabaran melaksanakan pengajaran makro 182 Jam tanpa henti yang, lebih kurang dalam tempoh 9 hari 8 malam gitue. Bermula pada 4 Okt jam 8 pagi sehingga 11 Okt 2013 10 malam. 

Pengajaran makro ini adalah secara bergilir-gilir. Ada group masing-masing dan giliran mengajar mengikut kumpulan dan jadual. Bila turn aku?

Turn aku dah habis pun. Semalam awal pagi Rabu. 


Giliran aku pada waktu selepas subuh jam 6 sehingga 7 pagi selama 60 minit. Tapi nak juga bagi tahu yang aku terpaksa terpacak dekat set makro seawal jam 4 pagi sbb ahli kumpulan aku seramai 7 orang dan waktu bermula mengajar bagi group aku seawal jam 5 pagi. Sumpah mata masa tue kecil daripada mata yang dah lama celik. *pesen mata kecik 




Selepas 8 jam duduk dalam set makro (kematue dan kebas-kebas kaki) akhirnya aku melaksanakan tugas sebagai peserta. Pada awal sesi pengajaran jam 6 pagi itu agak gementar sedikit tapi lepaih masuk ke arena pertempuran terus bertukar watak dan perasaan. Jadi Sir yang bersemangat dan banyak cakap. hahahahaha.


Member group B. 

Bergambar di awal pagi ada senyuman paling sweet orang kata sbb muka masih fresh nak senyum.

Walaupun selepas 8 jam senyuman masih lagi sweet sbb dah shift kami HABIS!!!! 

Dan malam ini merupakan malam kemuncak dimana tepat jam 10 malam akan berakhirnya makorthon yang akan disempurnakan oleh Farid Idrus. Doakan kejayaan kami semua. 



* Dalam 22 tahun punya kenangan ada setahun ia milik kamu: Kenangan aku dan kamu. :)

10/10/2013

Sempurna

Assalamuaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Bismillah. Salam sayang semua.

Hidup.
Ramai orang kata...
Hidup kita tak sempurna.
Memanglah tak sempurna.
TAPI...
Mencari kesempurnaan itukan harus bagi manusia.
Apalah guna dikurniakan akal dan kudrat
kalau hanya terima sesuatu itu bulat-bulat.
Wake up man you got to do something better and the best for the future.
Move ur lazzy fat ass.
Bangkit dari lamunan khayalan duniawi.
Gunakan akal dan dipadukan oleh tenaga badan. 
Biar nampak poyo
Biar nampak rakus
Biar nampak tamak lahoba
Biar nampak gila
Asalkan
AKU
ihklas melakukanya.