9/27/2012

Berongsang


Mungkin cara aku ini disilap disilap tafsir olehnya. Bukan niat dihati hendak menguris hati dan perasaan orang. Bukan sifatku yang suka memberongsang terhadap orang lain. Hanya satu jadi petanda dalam hidup aku ini. Paling tidak suka dimarahi oleh orang lain jika berlaku maka akan dibenci orang itu seumur hidup ku ini. Oleh itu, agak sukar untuk aku untuk memarahi sesorang tanpa sebab kerana aku tak nak dibenci orang. Kedamaian dan ketenagan menjadi pilihan hati bukannya uring-uring dan kekacauan.

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

*bersongsang = marah-marah, meradang, memanas.
*uring-uringan = marah

9/26/2012

Kejanggalan

Aku akan

Canggung

Kekok

Awkward

# Bila mula-mula jumpa orang yang baru kita kenal.

# Bila mula-mula nak mula benda yang betul betul baharu dalam hidup aku.

# Bila bertembung dengan crush yang selalu kita usya dari jauh.

# Bila disoalkan soalan yang agak sukar untuk dijawab oleh aku, akan aku kelentong mereka.

# Bila orang bercakap dengan aku tetapi aku tak dengar, sumpah aku awkward takut tersalah    cakap.

# Bila orang yang kita kenal buat tak tahu dengan kita. Siapalah diri ini nak berkawan dengan dia.

# Bila kawan kolej yang selalu duk main tweet atau komen dekat blog tapi bila bersemuka senyap membisu macam tak kenal.

* Hidup ini penuh dengan perasaan kejanggalan. Tanpa perasaan ini siapalah kita sebagai manusia biasa.

9/16/2012

Masih ada semangat

Assalamuaikum dan Selamat Hari Malaysia.

Entah kenapa hati ini tergerak untuk buka blog sendiri.
Bila tengok semula lama sangat tak menaip sesuatu dekat blog sendiri.
Rasa rindu nak menaip pun datang tak diundang.
Itu maknanya 'Masih ada Semangat Lagi'.

Upload muka toyer
 Kbai