3/06/2013

Bulan bulan bulan

Bulan bulan bulan. Yeah... sudah masuk bulan 3 bagi tahun ini dan bermakna dah dua bulan aku duduk dekat Tawau ini. Terpisah jauh dengan keluarga dan rakan di seberang laut China Selatan. Sekarang jam 12.30 pagi. Printer Brother DCP-J125 menjadi peneman aku malam ini. Bunyi serrrrrrrrrrrreeeeet serrrrrrrrrrrrrrreeeet menjadi penghibur. Gegar gempa rak tiga tingkat jadi semakin kecang, bila print kertas berulang kali. Gagah juga rak tiga tingkat ini. Boleh jadi contoh model bangunan tahan gempa. 

Mata aku ini dah tak larat ibarat diletak pemberat dihujung mata. Satgi terlelepa juga, tetapi tetapi gigih berusaha menyiapkan tugasan mikro esok. Damm first rph kena rejected by lecture dengan abm-abm sekali ditolak. Well, biasalah benda yang dibuat pertama kali mesti fail tetapi bila dah buat untuk seterusnya mestilah ada penambahbaikan. Step by step omputih kata. I am done with it but masih ada rasa tak puas hati lagi. Memang susah nak senangkan hati orang supaya ia nampak sempurna di mata mereka. Tapi aku rasa biar ar depa nak bagi teguran. Anggap ia sebagai satu motivation untuk kita move forward wtih a new step.

Lately dua tiga hari, aku rasa lemau semacam. Macam biskuat (biskut tiger lepas makan kompom kuat) yang dah lemau atas meja aku ini. Entah lepas balik dari KK ahad lepas kehidupan aku jadi tak tentu hala. Kain baju tak terurus, buat kerja bertabur, dekat kelas aku tidur, balik kelas pun aku tidur, bila aku rasa aku nak tidur aku tidur, dan sekarang pergi kelas rambut pesen baru lepas berjimak (serbai habis rambut aku), ini gara-gara poriasis yang menganas. Entahlah apa punca ini berlaku dekat aku, nak kata aku terkesan dengan kes di LD tak juga. Aku masih selamat dekat sini. Mana hilang semangat aku? * cek dalam kasut kot kot ada dalam tue. 

Mungkin aku rasa penat lepas balik dari kursusuih hari tue. Bila balik sini jer mental jadi block dengan keadaan yang agak tidak tenteram dekat luar sana ditambah dengan rumors yang boleh buat aku jadi pranoid android. Bila masuk kelas, aku pressure dengan task itu ini. Nak kena siapakan dalam bulan ini. Mikro teach buat aku sengsara. Seriusly aku tak ready. Bila masuk bab kejohanan olahraga, perghhhhh tak pernah dalam sejarah hidup aku nak join ini semua tetiba malaikat mana entah telah berbisik, maka acara lapan ratus meter menjadi taruhan, fuuuhhyooo kental ker betes  besar kau nak lari laju. Seriusly MENTAL, hidup aku masa kini. Awas kali aku gigit peha orang depan medan selera. hahahahaha

puas dah aku merepek malam ini. Kbai (tidur tak gosok gigi petua gigi kuat)

1 comment:

maitimie said...

kamon mus! seru semangat tuh! seru....

biasalah bila macam-macam isu/probs/keje yg menimbun/etc mulalah kita ter-block.

positif terus keyh ^_^

wish you all the best!