3/04/2013

Pray For Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia semua.

Hai apa citer semua, sihat ke? dah gemuk ke? hahaha. Harap-harap semua sihat hendaknya. Lama juga tidak membina satu post dekat blog yang pop-ular di dunia ini. Jangan percaya ayat bakul itu. Lambat nak update disebabkan kekangan masa yang dialami oleh aku selaku siswa pendidik di sini. Okay malas nak buat intro panjang lebaq, bukan ada orang nak baca sangat apa yang kau bebelkan tak gitu. hohoho

Kali ini aku just nak cakap tentang peristiwa yang berlaku di Sabah ini terutamanya di Lahad Datu, Semporna dan Kunak. 

# First sekali aku mohon kita Malaysia bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keamanan buat Sabah dan Malaysia. Doakan juga buat para pejuang negara kita yang sedang bertugas dalam usaha mengembalikan keamanan negara. #Ya Allah ya tuhanku, jauhi lah mereka dari malapetaka, permudahkanlah segala urusan mereka ya Allah. Doa kami rakyat malaysia mengiringi kamu semua wahai pejuang negara. Amin



#Keadaan tempat aku belajar masih dalam terkawal buat masa ini tetapi langkah berjaga-jaga telah diambil dalam usaha memastikan kesalamatan pelajar seperti larang keluar selepas jam enam petang dan pulang ke rumah TAPI kuliah seperti biasa. Cissssss keju betul. Mungkin ada hikmahnya. So, duduk diam-diam dalam bilik buat apa yang patutlah kan. Bahaya kot kuar malam-malam. Cuma ada juga perasan cuak dan gementar dan akan menjadi paranoid android lepas baca update update terbaru mengenai hal keadaan semasa di muka buku dan burung buru. Harap mereka yang ada maklumat itu dapat memberi maklumat yang SAHIH dan jangan jadikan keadaan huru-hara, kacau bilau, dan histeria (melampau gak)  sani kerana statement anda yang tak berapa nak betul itu. Sama-sama lah ek kita jaga keselamatan dan keamanan kita. 

#Tadi masa tengok berita jam 1.30 petang tadi seriusly nak gugur air mata aku tapi aku kontrol sebab ada awek depan mata aku. Jatuh saham nanti tapi memang sayu apabila disebutkan satu persatu nama pegawai keselamtan dan anggota  polis yang terkorban semasa serang hendap di Semporna. Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat. Kau lah superhero a.k.a pewira  kami semua. 

#Aku just berharap keadaaan kembali tenang seperti biasa dan kita semua boleh hidup macam biasa semula. Boleh pergi sekolah, pasar, makan sedap-sedap, melancong dan macam-macam lagi lah. Kita hanya manusia biasa dan hentikan batasan antara kita dalam mencipta keamanan bersama demi Malaysia kita. 

No comments: