Hari pertama aku datang dengan penuh gebang dan kembangnya nak usha try nasi goreng kampung sepesial kat medan selera tapi 'kau' bilang kau sibuk tak ada masak nak masak itu ini makan sahaja yang ada set buffet. Aku keluar dari tempat makan itu dengan pasarah, aku positifkan diri dengan berkata mungkin ada rezeki aku.
Keesokan hari aku datang lagi aku datang dengan yakin, setiap langkah diatur rapi biar tanpa tidak terlalu gairah untuk melepaskan gian kepada nasi goreng kampung. Kali ini kau lagi sekali menghampakan aku. Kau bilang hari ini bahan mentah atau ramuan utama nak buat nasi goreng kampung sudah kehabisan. Aku redha, lantas aku mengambil makanan di set buffet yang ada cuma tempe goreng yang dah lali dengan perut aku, ayam masak kicap yang tak nampak mana satu ayam dan kuah, ayam goreng mini kau tue dan sayur peria yang membunuh nasfu nak makan.
Aku terima seadanya. Aku menyuapkan nasi demi mengisi perut dah lama kempuanan nak sangat makan nasi goreng kampung. Biarkan ribut taufan melanada aku mesti dapatkan. Dalam hati aku berdetik 'tak mengapa minggu depan aku datang sini lagi demi sepinggan nasi goreng kampung yang menjadi pujaan semua mahasiswa di kolej ini'. Takala aku hampir menyudahi menghabiskan sisa sisa nasi dalam pinggal, terpacul suara gadis kaunter menjerit dan gelombang-gelombang bunyi suara gadis itu menggegarkan ruang udara medan selera dan menggetarkan gegendang telinga aku. Dengan jelas lagi nyata dia berkata "nasi goreng kampung tapau siap!!!".
Aku terhenti seketika.
Aku tergamam.
Aku bagaikan tidak percaya.
Aku tidak bermimpi disiang hari.
Apakah semua ini?
'kau memang super duper fukkkkkkkk' tergamak kau kencing aku padahal selepas 15 minit lalu aku bertanyakan tentang nasi goreng kampung tapi kau cakap tidak ada tetapi kenapa sekarang ada pulak. Sumpah kau akan jadi tempat longgokkan sumpah seranah aku secara monolog.
Kamon lah, please be fair with ur kastemer yang mengidam nie...