4/30/2013

Lagu Faberet Minggu nie: Bahagiamu Deritku - Hafiz


Ini merupakan lagu single terbaharu Hafiz.

Aku suka sebab lirik dan muzik dia yang menarik dan vokal hafiz yang sangat bagus. 



Ini MTV - Bahagiamu Deritaku



Ini lirik lagunya:

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


#petpotpetpot: Layan jiwang sat

Jadikan Ia Mudah


Hidup ini mudah

Oleh itu

Jadikan Ia Manis dan Mudah


Potpetpot: Malas nak mengungkit hal-hal lalu, let it go with memory.

4/27/2013

Praktikal Dah Abis Tapi

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hujung minggu.


Selepas hampir sebulan aku duk ulang alik dari kampus pergi sekolah sejauh 36 km. BETUL 36 km jarak antara hostel dan sekolah. Mak ai sanggup tak sanggup ar driving sejauh itu semata-mata nak buat praktkal. Syukur allhamdulillah sangat sangat dengan limpah kurnia-Nya aku dan rakan-rakan sekereta berjaya mengharungi cabaran ini dengan baiknya. Dan apa yang penting sepanjang tempoh sebulan ini banyak benda yang aku belajar. Bak kata iklan terima kasih yang selalu di ulang-ulang dekat tv tue, ayat dia lebih kurang macam ini, "Pengalaman mengajar kita untuk menjadi matang bagi mengatasi masalah pada masa akan datang'. Sungguh benda yang akan menjadikan kita matang ialah pengalaman yang kita ada akan menjadi panduan untuk kita kelak. 

Lega-lega dan lega bila praktikal dah abis semalam. Ramai ar bebudak ni dok update citer masing-masing kat muka biru last day dekat sekolah. Ada dapat hadiah dari murid or upload gambar last day . Hahahaha, biarlah kenangan mereka dan kesukaan mereka juga. Aku? hahahaha last day semalam macam biasa jer. Terpakasa gie sekolah pagi sebab dijemput hadir ke majlis perpisahan dengan staff sana. Majlis yang ringkas dan padat dengan movement makan-makan. Rajin sungguh akak-akak ini membuat potluck, terharu aku huhuhuhuhu. Thannks so much, jasa mu akan ku kenang juga. Makan-makan dengan staff pastue dapat gift dari penyelia petang. Petang pula macam biasa punch card lepaih sembayang jumaat terus masuk kelas. Pengajaran terakhir aku dekat bebudak tahun 3, baca tiga ayat mudah dah cukup kot. hahaha. Diaorang pun aku tengok tak langsung mood nak belajar sangat. Akhir sekali, sesi bergambar dan bermaaf-maafan. Yelah mana tahu sedang aku mendidik mereka ada aku terkasar bahasa ker, terlibas dioarang ker,oppppsss mana ada libas-libas hanya pelukana manja jer yang aku bagi. Abis sekolah pas maghrib terus aku dan 3 lagi ahli kereta pergi meraikan kejayaan praktikal. Pergi pe kena Double Sensation PizaaHut. Terimas pada zack yang sudi belaja kami. Balik hsotel jam 8 lbh harapan nak tengok citer kat TV tiga tue. Last-last ditayangnya mandat. Hampeh sungguh. Terus aku tidur. 

Aku dan kanak-kanak dalam kenangan (bergambau)


Praktikal dah habis TAPI....



Ada benda yang masih belum selesai.....



Serius seram nie.





Cisss berdebah, aku ada 2 lagi projek belum lagi dihantar. Puuuuuleesss help me. Matainaaaaaa aku weekeened nie nak kena siapakan tugasan. Alasan tak siap lagi mudah sahaja, sibuk bermengajau dekat sekolah sampai tak sempat nak buat. hahahaha. Doakan aku dapat siapkan ini sebelum malam ahad esok. 

petpotpet: berkakailah demi masa depan, pedulikan kampen pilihanraya.

4/24/2013

Tangan Ini


Tangan Ini....
Bakal Merindu Melibas,Sebat, Balun, Merotan Budak-Budak. Hahahahah

Hahaha, gurau jer, aku tak adalah.sekejam itu.

#petpotpetpot, praktkal gua dah nak abis :)

4/21/2013

Seksanya Dable


Kalau dapat Dable Cheese Burger Mcd memag sedap

Tapi kalau dapat DABLE kerja memang AZAB sungguh rasanya. 

Tangan Ini Perlu diDABLEkan  tenaga dan usahanya untuk siapkan kerja. 

4/13/2013

Borak Makan: Nasi Ayam Penyet

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hujung minggu.

Bila sebut hujung minggu baru kali ini terasa sibuk bila hari sabtu aku telah dicuri oleh aktiviti gerko di sekolah. Aduhai malas sebenarnya nak pergi tapi apakan daya 'kerja tetap kerja', mana boleh nak tolak tolak walaupun hujung minggu hanya tinggal hari ahad. 

Dalam kesibukan melengkapkan praktikal selama sebulan makan minum sebagai seorang belia yang suka makan tak pernah terabai.huhuhuhuhuhu. Ini bukan kerja lebih tapi makan jer lebih. Bersenam bersukan bagai lama dah tak buat. Biar orang kata aku makin berisi, aku rasa aku mentain tegap lagi. Amboi yakin sungguh paria nie. Okay-okay berbalik kepada Nasi Ayam Penyet, pada asalnya aku tidak berapa tahu mengenai rasa masakan ini yang aku tahu hanyalah nama NASI AYAM PENYET yang diomong-omongkan oleh mereka-mereka yang telah pernah makan makanan ini. 

Nak dijadikan cerita aku jatuh cinta pada nasi ayam penyet setelah diperkenalkan oleh si dia dalam beberapa minggu yang lalau. Terus aku menjadi sawan dengan ayam penyet selama seminggu. Betul kata oranga kalau tak rasa maka tak gemar kan. Selama seminggu itu aku duk meroyan nak makan ayam penyet. Oleh itu beberapa siri menjelejah satu daerah Tawau ini mencari ayam penyet. Amboi gigih tak gigih lah. Untuk pengetahuan korang nak cari ayam penyet dekat Tawau ini mudah sahaja kerana ayam penyet telah menjadi salah satu makanan kegemaran masyakarat disini, boleh dikatakan ia menjadi menu utama kedai-kedai makan. 

Berdasarkan pengalaman lidah merasa ayam penyet, hanya tiga ayam penyet yang menjadi pilihan aku untuk makan berulang kali. 

NO. 1 - Ayam Penyet Bang Jo, Area Highway Tawau




NO 2 - Ayam Penyet, Kak Tini Taman Sawit Balung. 



 
NO 3 - Ayam Penyet, seri percik kat Balung.





Rasa-rasa korang yang mana menjadi pilihan hati? 






#potpetpopet, tadi makan ayam penyet kedai kedai lain rasa dia macam gampang. Y_Y

4/11/2013

Tisu

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Hati ditisu di pagi hari.

Lap sana lap sini.

Kesat sana kesat sini.

Keringkan hati tisu yang basah di pagi hari.

Basah bersama hujan pagi.

Serenyai hujan pagi.

Jangan kasi nampak kesan air mata.

Kipaskan hati tisu dengan kipas jenama Haier.

Biarkan ia kering lalu terbang bersama deru angin.

Biarkan ia pergi membawa kepiluan hati.

Pergi jangan kembali.

Kesan dihati masih basah.

Hanya,

Hanya hati,

Hanya hati ini tahu apa yang dirasakan.

Terima Kasih. 


#LifeMustGoOn

4/07/2013

Peluh Malam

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang semua, muaaahhh

Kesah

Gelisah

Basah

Gasaklah

Peluh Malam Tiba lagi

Berpeluh Malam Nak Siapkan RPH Nan Satu. Puiiiiihhhhh budak busuk.

4/02/2013

Mengeluh

Assalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sayang semua, muaaahhh

Alhamdulillah lega baru balik dari praktikum. Baru aku tahu apa yang dimaksudkan dengan praktikum yang sering dikata-katakan oleh mereka yang pernah praktikum. Penat segalanya, penat badan, penat mental, penat duit dan lain-lain lagi. Mengeluh nampak!!!, releakslah bro baru dua hari kot kau dah nak potpetpotpet itu ini. Baru kini aku tahu macam mana rupanya ibu dan abah berkerja nak membesarkan kau. Ingat itu ingat tue. Jangan jadi manja ngat.Teruskan kehidupan ini dengan penuh gigihnya.  


Sesungguhnya, mencari potensi dalam diri ibarat mencungkil permata yang terbenam, oleh itu kita harus berusaha mengoreknya kerana ''kejayaan itu adalah Usaha Kita".


potpetpotpet: Saya rela dan bangga mengajar anak murid yang berbilang bangsa walaupun mereka pati (sungguh)

4/01/2013

EmpatBelasJam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan hai semua



Keluar - 6.00 pagi

Balik - 8.00 malam

Semuanya EMPAT BELAS JAM, Weeehh sekolah apa aku pergi ini? Good night (pengsan)

potpetpopet: Badan-badan gatal lepas mandi, aduhai.